Sunday, 28 August 2022

MEE MAGGI KETAM SEKOR


Tadi masak Megi Ketam.
Cella request sejak semalam...

Upah dia teman pergi pasar.Dia minta nak makan ketam.Hihihi...sejenis hidupan laut yang sangat jarang saya beli.Selain harganya  4½ kali ganda daripada harga ayam...haiwan ini juga saya tidak pandai nak pilih yang mana elok dan yang mana sebaliknya...Sering terjadi masa beli nampak elok tapi bila bawa balik ia membusuk dan isinya medak iaitu seperti isi reput..


Namun,bila anak yang meminta,seorang mak itu jarang berkata tidak.Tawakkal saja la pilih 2 ekor ketam betina...tidak sampai ½kg. 400gm++ RM22


Setelah buka cengkerang dan keluarkan isi perutnya,Cella request lagi agar jangan dikerat ketamnya.Dia nak makan sekor-sekor.Cengkerang ketam juga dia nak..Nak masak dengan megi katanya.Maka selepas dah kopek cengkerang dan basuh maka dipasangkan semula cengkerangnya untuk nampak.seekor ketam..

Panas dua sudu minyak.Tumis bawang cincang.Tambah tomato cincang dan cili padi hiris.Tuang air dalam   1½ cawan.Bila mendidih tambah serbuk perencah megi kari dan biar mendidih hingg ketam masak,baru masukkan mee meginya..Bila mee kembang terus matikan api.Tabur daun sup dan perahkan sedikit limau nipis agar beraroma segar.


Mee Maggi Ketam Sekor.

10 comments:

  1. Amboi cik ketam peluk mee maggi!
    Terus terliur tengok hirisan limau nipis tu.
    Orang kata kalau nak pilih ketam, timbang-timbang ketam di tangan. Kalau berat isinya penuh. hehehee... tak tahulah betul tidaknya. Saya hanya tahu bezakan ketam jantan dengan ketam betina saja sebab saya suka makan telur ketam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...dalam banyak-banyak megi dengan ketam...limau nipis yang cikgu terliur...hihihi

      Sama la saya pun tak pandai milih ketam.menal jantan betina saja berdasarkan bawah perut dia

      Delete
  2. Nampak sedih aje muka ketam tu nak kena makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....
      ketam sedih..orang yang makan happy

      Delete
  3. Suka makan ketam.. tp kena abg yan tlg kopekkan.. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ..romantic nya kak Lin ngan Abang Yan...❤️❤️

      Delete
  4. ammi pun lama dah tak makan ketam...nak riki harga ketam pun takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ammi..Kalau bukan anak yang minta...memang saya tak beli 🤣
      Beli ayam sekor RM25..Beli ketam 2 ekor RM22...Memang la ketam 2 ekor tapi kalau ayam sekor tu boleh makan 2 hari..
      Ketam 2 ekor..sorang ja boleh makan

      Delete
  5. Alaaaaa...fav SA ni...cumanya x selalu beli sebab SA sorang je makan...Dania makan gak la..tapi 2 jam la kat meja makan...tunggu SA kopek kulit dan bagi isi kat dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kalau Dania pi dating kena bawa makan ketam...boleh dating lama🤣

      Delete