Tuesday, 9 August 2022

MAHA 2022 -"SEKURITI MAKANAN UNTUK MASA DEPAN"

 Sambung cerita pi MAHA 2022 semalam..

MAHA 2022 dengan tema"Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan"


Lepas sarapan  kat Dewan A tu...merayau la ke dewan B,C,D dan Fruits  Castle.


Gambar berterabur sebab dari handphone CellaDia hantar bededebuk sekali harung dah berterabur.Tak tau nak terangkan sebab dah tak ikut urutan.


Beli susu Farm Fresh..4 pack 250ml tu RM10


Ni pun dah tak tau apa benda.hihihi


Ni macam diorama la..Tentang proses penanaman padi dari mula hingga selesai.Saya suka la benda macam ni.


Tapi selera 2 beranak berlainan zaman ni tak sama.Saya suka ruang pameran tentang pertanian tradisional yang memggamit memori.

Tenang tengok seroja di kolam..
Seroja dan teratai umpama dua beradik kembar seiras..serupa tapi tak sama
Seroja jarang dikenali berbanding teratai....


Saya suka tengok macam ni sambil fikir sambil berangan nak buat macam ni kat rumah di Kedah bila dah pencen nanti....hihihihi

Si anak lebih tertarik dengan teknologi

Semua benda berkaitan drone dia belek.

Sibok dia membelek setiap drone pertanian.

Dia suka tengok mesin-mesin


Minatnya ke arah itu

Saya tertarik dengan alat tradisional pembajak sawah..Gajet lama memproses padi seperti nyiru jarang..bakul buluh..sabit.Alat tangkap ikan secara tradisional..bubu dan lukah.

Saya suka kraf


TTK leka memdengar irama gamelan ke cak lempong ke apa namanya ni

Ni pun menarik..


Boleh merasai pengalaman pakai pakai pengantin dan hiasan pengantin tradisional..
Ramai juga peminat riang sini.Teringat pengalaman  macam kat Rumah Gadang @ Padang,Sumatra..
Saya juga sempat memakai persalinan pengantin Minangkabau masa ke sana dulu.



Cella nk tengok anak ayam warna-warni ni..


View dari  susur Dewan A,B,C,D nak turun ke bawah sana untuk ke Fruits Castle


Dah sampai bawah..

Fruits Castle
Eh...salah nama la 🤭
Dok sebut Fruits Castle..
Rupanya nama dia 
"Castle of Fruit"
Hihihi...

Masuk la.....

Biasa-biasa saja🤭


Agak kureng berbanding MAHA  2018🤭


Tahun ni katanya fokusnya buah dari keluarga nangka..
Tapi saya hanya nampak 3 jenis ni saja keluarganya..
Nangka...cempedak dan buah sukun..
Mana buah tarap?
Mana buah keluih?
Mana buah plong/buah mekai..?
Buah cempedak nangka mana?
Buah Cempedak durian kat mana?
Semua tu keluarga Buah Nangka tau..!
Hihihi ...tu la lain kali ajak la saya sekali masa meeting MAHA..🤣🤣🤣



Dalam banyak-banyak pokok..saya hanya tertarik dengan Pokok Jambu Strawberry ni
Sebab saya belum pernah tengok.
Nampak gambar buahnya yang masak warna merah..cantik

Daunnya macam daun limau.Buahnya macam buah jambu batu tapi saiz buah ceri saja..Semua belum masak..semua hijau lagi..Menyesal pulak tak beli..

Yang berminat nak beli aneka pokok ke baja ke bagai..jangan risau ..ada perkhidmatan motor roda 3 boleh hantar sampai ke kereta.Bayar sikit ja tapi tak ingat berapa ringgit.
Kita macam ojek kat Indonesia tu kot🤭
Sebenarnya banyak lagi product pertanian seperti bibit aneka flora,baja,racun dan benda berkaitan.
Cuma saya tak teruj sangat kali ni 
Banyak lagi video dan pic Cella sent kat saya..Tapi penat nak cari dan nak bagi seiring dengan ceritanya.Maka saya biarkan dalam galerry...hihihi


Penat berjalan...jom la balik..TTK dah senyum tak senyum ja dah tu.
Tapi dalam tak ke mana sangat tu...habis juga 
RM 200..
Jangan tanya saya beli apa...saya pun tak tau🤭🤣
Yang saya ingat...balik rumah anak bujang tu ketawakan saya beli buah longan 3kg RM20
Dia cakap berderet gerai buah depan kuaters tu jual 2kg RM10..lagi fresh buahnya.Dia bawa dalam sekilo pi kerja..Kawan-kawan dia pula gelakkan saya secara berjemaah...🤣

Banyak lagi tempat lain kami tak explore seperti laman padi dan haiwan  tu kami tak explore pun.


Tapi ada lagi satu entri pasal MAHA ni lepas ni..
Bukan cerita flora..juga bukan fauna..
Tapi cerita pasal orang..
Esok la pulak...nak tidur dah ni..penat + mengantuk.
Blogwalking pun takdan hari ni..Esok lah saya pi ziarah kawan-kawan ye..!

🤭

10 comments:

  1. Saya pun terpikat dengan jambu strawberi tu. Mesti sedap rasanya, sudahlah nampak comel walaupun masih muda, dah masak nanti lagilah cantik berseri warna merahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ...nyesal tak beli....RM65 je pun..
      Teringat pesan cikgu
      Biar nyesal makan dari nyesal tak makan..
      🤭

      Delete
  2. Ya Allah, sy baru tau seroja tu pokok air! Bila MC tulis tu terus Google 😁 Selama ni ingatkan pokok bunga mcm kenangan ke, melur ke...
    Sakan jugak tu ber-shopping :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..sama saya masak sekolah dulu ingatkan bunga seroja macam bunga tanjung sebab ada lagu Sharifah Aini..
      Mari menyusun seroja bunga seroja..hiasan sanggul ( tu yg saya ingat macam bunga tanjung)
      Pastu ada pula karya" Seroja Masih di Kolam" karya Salmi Manja..
      Eh,kolam pulak.
      Dengar pulak lagi Sudirman..Bunga seroja dalam impian..
      Bunga teratai datang menjelma...
      Haaaaa...panjang cerita

      Delete
  3. dah lama sangat dana tak pergi MAHA ni, takde kerajinan nak berjalan jauh-jauh gini.

    ReplyDelete
  4. Kita baru balik, geram tau ngan dia, salah nama dewan dia kasi info 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunkan kekanda...!🙏
      Dah update dah Dewan A jadi Dewan D...
      Hihihihi...
      Tu la pi tak habaq...
      Kalau tak boleh kita pun nak juga pi jumpa SK 🤭
      Ampunnn..

      Delete
  5. Biasanya wak tak miss pegi MAHA
    Tahun ni wak bercadang tak mau pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la tak cadang pun Wak..
      Tahun ni macam banyak "kureng" ja berbanding sebelum ni..
      ( komen jujur)🤭

      Delete