Tengah makan Nasi Goreng Petai Sardin ni ..
Tinggal berdua dengan Cella..malasa nak masak lauk bagai..Cella tengah membaking...mood rajin apakah dia tak tau la tetiba rajin nak baking...hihihi
Oleh kerana dia takmau makan nasi...maka saya goreng nasi letak sardin.Dah beberapa kali bila saya masak sardin dan dia makan..matanya auto membengkak semula.Maka dia dah tak berani makan sardin.Ni saya masak nasi goreng petai letak sardin sebab dia kata dia tak mau makan nasi goreng ni.Dia nak buat megi ketam jap lagi katanya.
Semerbak bau petai....hihihi..
Selambak isi petai..Besar-besar isi petai ni..
Kebetulan ada stok sambal belacan dapat banyak masa beli laksa johor.Ada ke siberinya 1 palastik lauk tu sambal belacannya..Saya simpan buat goreng nasi dan buat masak sardin.Memang mudah kerja.
Saya hanya panaskan minyak.Tumis sambal belacan.Masukkan 1 tin kecil sardin macerel dan garam gulanya..Tambah isi petai..terus masukkan nasi.Saya gunakan nasi beras perang sebab tiada stok beras putih.Saya dan anak-anak memang menyukai beras perang.Cuma hari tu try nak tukar Beras Perang Somaly..Oh,no....rasanya tawar sangat..Sempat masak sekali sahaja.Terus back tu Beras Perang Jasmine Sun Brown...Tanak guna air sikit saja baru rasa sedap "berkacang".Kalau masak guna air banyak..rasa tawar...Tekak saya la..🤭
Petai kiriman mak hari beberapa hari lepas.
Semalam cerita petai belalang ..Tu haa petai belalang kat belakang.Dua jenis petai la...
Mata petai terbeliak macam mata burung hantu
Cerita semalam ..Mengarang pun semalam ni ..Tapi lupa nak publish ..Hari ni baru perasan..hihihi
Bezanya saiz petai belalang dengan petai biasa.
ReplyDeleteTiba-tiba saya pun teringin nak makan nasi goreng sardin berpetai.
Arlegik kot anak dara Mama Cella dengan sardin.
Tu la...dulu tak perasan..sekarang baru sedar dia ada elergik sardin dan makanan laut yang diproses
DeleteNampak sedapnyer tapi wak tak makan petai
ReplyDeleteHihihihi....
Deleteuntung la tak makan petai sebab petai mahal🤭
jangan bagi Khilfi lalu sebelah rumah mama cella...kalau dia bau kang mau juga dia ketuk pintu bagi salam mintak semangkuk
ReplyDeleteMasyaa Allah....Khilfi ni geng Cella...🤭
DeleteAlamak...nasi goreng sardin...sedapnya....tapi SA x makan petai...kat rumah dilarang ada petai sebab Pak Zain ngan Mak Pah kalau makan confirm muntah..angin naik badan
ReplyDeleteTakyah boh petai SA...Nasi gorwng sardin pun dah sedap.Bagus Pak Zain dan Mak Pah berpantang..
DeleteSaya pantang nampak..🤣