Thursday, 11 August 2022

DINNER NAAN & AYAM TANDOORI

 Cella ajak makan roti naan kat  restoran Pakistan tu.Katanya teringin nak makan sebab kat Trengganu dia tak jumpa roti naan.Tak tau tak jumpa sebab memang takdak atau dia yang tak cari..hihihi..


Dia nak naan cheese dengan ayam tandoori..bersama teh 0 limau panas.


Saya pesan naan biasa saja..tanpa cheese.Teh 0 panas ..juga tanpa limau..semua plain la kiranya...hihihi



Chatney pudina ka ketumbar tak tau ni.Rasa dan bau dia macam daun ketumbar.Tapi dia punya hijau tu nampak sangat la fake kan...hihihi
Tapi memang sedap la chutney tu pekena dengan naan.
Dah lama tak makan naan.Padhal masa PKP boleh ja "HOMEMADE NAAN CHEESE...macam kat sini

Zaman anak-anak sekolah pun memang masak sendiri  NAAN CHEESE PANAS-PANAS...macam kat sini

Tapi makan kat rumah & makan kat luar ..feel dia lain la kan...


Dulu masa sekolah naan ni kami lebih kenali sebagai roti tempayan sebab dibakar dalam tempayan berisi bara api.Biasa dijual kat Bazar Ramadhan  ja.Bau harum ayam tandoori dia memang menggugat nafsu tengah berpuasa.Rupanya tandoori tu merujuk kepada " tempayan" tu la yang sebenarnya dipanggil " tandoor"
Roti naan pun dulu-dulu saya keliru sebutan dia & selalu sebut "na-an"
Rupanya sebutan dia hanya "nan"
Sama la kes masa sekolah rendah kalau baca buku teks sebutan Deepavali kami sebut
" De-ee- pavali"
Nama orang Andrew..patu sebut Endru sahaja..Kami bantai sebut "End- Driu"
Nama Nathan yang patut sebit " Naden" kami baca sebagai " Nat - Han"
Cikgu pun tak tegur masa tu..Agaknya sebab persekitaran kami hanya kenal Ali Ahmad,Salmah,Zurina & Aminah sahaja..membuatkan kami tak biasa dengan sebutan yang betul untuk nama asing.Kami sebut la ikut baku...
Hihihi...



9 comments:

  1. Teringat pulak nama watak2 dalam buku teks, mesti ada Ali. Ali selalu digambarkan baik. Yang nakal namanya mesti Abu, hihi.

    Memang lain macam hijau sos pudina tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....
      Agaknya itulah yang budak-budak sekarang dok sebut " naya Pak Abu"...hihihi

      Delete
  2. Sempat tak baca buku teks bahasa Melayu tentang Pak Cik Kordi? Perangai Pak Cik Kordi kebudak-budakan. Basikal Pak Cik Kordi kekuning-kuningan. Lebih kurang gitulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat....sempat...
      Saya masih ingat gambar Pakcik Kordi tengah menunggang basikal dan dikejar beberapa orang kanak-kanak..
      Silibus dulu simpe dan mudah difahami..Ilmunya kita ingat hingga kini kan...
      Tengok bebudak zaman sekarang struggle

      Delete
  3. Roti nan ni feveret Ahnaff. Dia boleh habis sekeping ye 😆. Tapi kat sini ayam tandoori dia pedas sikit. Ahnaff marah betul kalau abah dia beli roti nan+tandoori tapi lupe ayam goreng untuk dia 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Ahanaff kena datang pekena naan tandoori kat sini...tak pedas langsung.mokcik pula terpaksa gigit cili nak feel pedas...hihihi

      Delete
  4. Masa PKP 1st sy ada buat roti naan resepi MC tau haha... Semua buat seniri la time tu, tak boleh keluaq rumah kan.
    Tapi iyalah, makan di kedai beza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...
      makan kat kedai lain feel nya..
      Kita yang buat naan pun takda dapur tandur nya kan...Tapi masa PKP seronok untuk dikenang ..nikmat yang Allah kurniakan untuk bebas dari kesibukan

      Delete