Saturday, 20 August 2022

REZEKI JUMAAT & ANGAN-ANGAN

 Cerita semalam,tapi pagi ni dok belek handphone nampak pic semalam.Sebelum delete,buatlah satu post kat sini.

Dulu masa anak-anak masih sekolah,saya suka membaca untuk elakkan kebosanan kerana bila membaca,saya akan turut hanyut seakan saya masuk sekali dalam cerita yang dibaca.Jika rasa down,saya akan ajak anak-anak ke MPH Alamanda untuk beli buku.Saya akan pilih untuk beli dan  baca buku-buku motivasi untuk mativate diri.Sekarang minat membaca sudah merudum...tapi menulis pula jadi pengganti.Bukan tulis buku🤭 pun..Menulis kat sini dah jadi satu terapi pulak untuk saya kerana bila saya menulis,serasa seperti saya sedang berbual dengan kawan-kawan maya.


Semalam pagi dapat rezeki Jumaat.Kak Izzah wasap suruh turun bawah ambil nasi lemak.Kata Kak Izzah dia masak nasi lemak dan Azizi bawa sambal.Hebat depa dua ni..Rabu jadi orang kuat bubur asyura.Jumaat depa sedekah nasi lemak pulak..

Selain Kak Izzah dan Azizi..Julaiza juga sedekahkan sorang 1 pack set nasi tomato.Alhamdulilah,

tak payah fikir untuk lunch dah..hihihi.Semoga Allah limpahkan lagi r zeki untuk mereka.


Terjumpa Jas masa ambil nasi lemak tu.Jas ajak duduk makan bawah pokok mangga ni.Maklumlah,kami ni antara orang "kayangan" yang tiada tempat duduk kat bilik bawah.Bukan kayangan darjat dan harta pun,sekadar bilikkerja sahaja nun atas kayangan😁😁😁.


Maka,makan lah kami berdua di bawah pohon mangga ni.

Sebenarnya saya snap pic ni sebab berangan nanti  nak buat port macam ni la kat rumah di Kedah bila dah pencen.Nak ada port boleh lepak untuk minum petang bawah pokok sambil membelek pokok-pokok bunga dan pokok ulaman.Hihihi

Malam tadi,bila Cella wasap tanya tengah buat apa..saya share la pic ni dengan dia.Saya cakap saya tengah berangan nak ada port macam ni..🤭

Pastu mula la saya menggoogle cari idea untuk backyard.


pic dari Google
Berangan nak buat macam ni untuk tanam ulaman..Hihihi...berangan bukan kena duit kan..🤣

Masa nak balik,lalu "nursery" Pak Man dekat tangki air tepi pokok cermai tu sempat petik bunga temu ni untuk buat ulam.Dah bagitau,nanti saya nak petik bunga temu ni.

Bunga dah kembang sangat dah tak berapa best dah.Kalau bunga baru kudup tu lagi sedap buat ulam.Rasa dan baunya sangat mirip dengan bunga kunyit.Pokoknya Ada tiga kuntum bunga temu ni.Tapi saya petik dua kuntum saja.

Tengok pula Cella tayang menu lunch kat rumah Achik..

Sambal udang.

Kari apa tu..?

Lalalalalala...

Ikan jenahak bakar..
Aduh ,tak boleh jadi..
Sampai rumah terus masak nasi...Lauk Achik dan Ulam bunga temu sudah menggoda..

Balik rumah terus goreng ikan lengat boh cili padi Bangladesh tu banyak-banyak kasi pedas sebab malas nak buat sambal belacan untuk lawankan dengan bunga temu tu.Goreng keropok indon & bancuh secawan kopi 0..
Makan dengan penuh selera sebelum berakhirnya hari Jumaat..Kalau dah azan maghrib,habis la hari Jumaat kan..Dah kira Sabtu..hihihi
So,dari pagi sampai malam dah berapa kali makan nasi?

😱😱😱

5 comments:

  1. Samalah dengan saya Mama Cella, pencen nanti nak balik kampung. Saya berangan nak tanam pokok buah di keliling rumah, depan rumah dipenuhi pokok bunga, belakang rumah ditanami segala pokok herba. Berangan tak salah, berangan tak rugi sebab tak kena bayar yuran hihihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah...semoga Allah mudahkan urusan Cikgu Amie untuk kembali ke Malaya..
      ( tadi dh reply..entaj kemana menghilang🤭)

      Delete