Hari ni masak sardin saja untuk lunch depa dua beradik tu kat rumah.Masak yang senang dan cepat saja awal pagi tadi untuk Cella dan abangnya.
Lauk lunch untuk depa 2 beradik tu..
Saya masak lebihkan kuah...Selalu saya masak asam pedas masuk serai lengkuas bagai.Hari ni masak super simple saja.Hanya tumis bawang blend bersama cili blend dan serai ketuk.Tambah bunga kantan untuk aroma asam pedas.Dah masuk 3 tahun kot memang jarang blend cili.Sejak Ros ada jual segala bahan kisar,memang saya order saja dari Ros.Cili,kering,bawang besar,bawang merah,bawang putih,serai,lengkuas,halia,garam kunyit semua Ros kisar sendiri.Sangat memudahkan rakan-rakan yang memang kebanyakan malas macam saya...hihihiPadahal Ros tu sama umur dengan saya.Ibu kepada 6 orang anak yang masih sekolah menengah dan sekolah rendah.Kalau dia buat kerja sambil bercakap sama laju macam peluru.pra..pra..pra..pra..prapraaaa....Siap....!
Semua kerja dia sempat buat...Sebenarnya tangan Ros tu ada berapa???
SARDIN TIN ASAM PEDAS SIMPLE SAJA..
1 tin sardin mecerel
10 batang bendi
¼ cawan cili kisar
² sudu bawang kisar
1 bunga kantan
1 serai
1 sudu teh pes asam jawa
minyak,garam,gula
1. Panaskan 4 sudu minyak dan tumis serai ketuk & bawang kisar.Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak
2. Masukkan sos sardin dan pes asam jawa yang dibancuh dengan 1 gelas air.Biar mendidih.
3.Tambah ikan, bendi,kantan,garam dan secubit gula untuk imbang rasa.
Tak tau la kot kalau lepas ni boleh jumpa nasi dagang lain ka yang boleh mengatasi Nasi Dagang Atas Tol.
Sedapnya macam nak tambah lagi sepinggan...hihihi
Makanya sebelum maghrib tadi saya buat cucur kembong..
Dah lama tak menyucur ...skill cucur kembong dah mula ke laut...Dulu kalau buat cucur kembong elok kemas ja bulat-bulat sama size dan kembong helok saja macam CUCUR KEMBONG BULAT-BULAT...kat sini.
Sekarang asal boleh saja.....hihihi
Malas nak bancuh kopi sebab tadi kat tempat kerja dah 2 cawan buat kopi..Bebudak tu pun taknak bila saya offer nak buatkan teh 0 panas..So pakat minum air kosong saja...
Sy dah jarang jumpa lauk sardin skrg. Kalau betul2 teringin, baru masak. Kadang jumpa lauk sardin kat kedai tapi memikiokan regenya kalah jugak ikan fresh, lebih baik sy makan ikan atau ayam, hihi.
ReplyDeleteAgak2 kalau sy jual cili kisar boleh laku tak? Tambah kalau ada ramai kawan yg malas macam Mak Cella, haha. Tapi, sy percaya, ni bukan sebab malas tapi lebih kpd bantu dan sokong kawan2 meniaga, betul tak?
Aduh,memang harga sekarang macam tak masuk akal...
DeleteBab cili tu,pun ye jugak...
Hehehe...
tak pernah lagi masak asam pedas ikan sardin, kalau masak lemak atau kari ikan sardin biasalah kak. Boleh cuba lah nanti nih..... memang sedap tu kak cok kembong cicah asam pdas.... mau tak sedar ngap ngap tahu2 habis
ReplyDeleteSardin ni masak apa pun bagi saya sedap ja..
DeleteLagipun penyelamat ketika sibuk.Tapi tu la harga dia la pulak
Dah lama x makan asam pedas sardin..nak buat confirm x jadi...nanti la cari...hehehe
ReplyDeleteIsh....apa pulak tak jadi..Banyak lauk-pauk masakan SA dok tengok dalam pos SA tu nampak sedap-sedap belaka...
DeleteKalau lauk sardin, mesti nak tambah telur dadar. Itu sayalah. Sardin asam pedas memang sedap! Tapi memang sekarang nak beli sardin bila tengok harga memang tak berapa sedap mata nak memandang. Sudahlah sardin kegemaran kita tu cap kayangan hahahahaa. Marilah cari tangga, turun dari kayangan.
ReplyDeleteKan...
DeleteTelur dadar adalah gandingan mantop bersama sardin..hihihi.
Betul..sekarang sardin harga kayangan..
Cap 🐓 pulak memang la kayangan harganya..
hihihi