Monday, 15 August 2022

MELEMPENG...

 

Dah lama tak melempeng.
Tetiba datang keinginan untuk menikmati lempeng cair cicah sambal.


Puncanya kerana beberapa hari lepas nampak ada orang kat  TANAH JAUHAR tu melempeng...Eh,jadi terliur terkenang-kenang macam orang gila bayang🤣..Ada yang pernah gila bayang ke?🤭
Tu simpuln bahasa orang dulu-dulu untuk orang tengah angau.Budak-budak sekarang entah faham entah tidak simpulan bahasa tu..hihihi


Sebenarnya melempeng ni petang semalam.Weekend tak kemana.Memerap dalam rumah ja..perut mula la asyik minta diisi..hihihi

Kebetulan saya ada masak sambal...Memang ngam la nak gandingan lempeng cair.Sambal ni saya guna cili api Bangladesh yang merah pedas mengaum tu.
Kalau SK cicah sambal hijau..saya cicah sambal merah.Makan bertemankan kopi 0 panas.Makanan kampung yang satu ini kini semakin diminati.Walau pun saya asal dari kampung nun jauh dari bandar tapi kebanyakan makanan kampung saya hanya mula kenal kat Kolumpur ni.Termasuklah lempeng cair ni.Mungkin sebab mak tak pernah buat.Sekarang anak-nak pun layan lempeng cair mungkin sebab saya selalu buat.Dulu kat kampung saya hanya kenal lempeng kelapa atau orang kampung kami panggil " peknga" iaitu singkatan daripada tempek belanga.Biasanya lempeng kelapa a.k.a peknga ni mak masak bila minyak masak hanya tinggal sikit sekadar cukup sapu pada kuali saja.Lempeng cair ni kalau kat kampung saya suatu ketika dulu lebih senonim ketika acara cukur kepala bayi yang baru lahir.Itupun tidak disebut lempeng,sebaliknya dipanggil "dadar".Lempeng cair atau dadar ni akan dibuat bersama bertih padi pulut.Sejemput padi pulut disangai dalam kuali dan bila meletup-letup akan dikaut dan ditampi untuk buang kulit padi.Dibuat berulang kali hingga dapat jumlah bertih yang dikehendaki.Biasanya dalam semangkuk la bertihnya.Bertih pulut ni kecil-kecil sahaja berwarna putih bersih dan rasanya hambar.Jika ada kelahiran biasanya bidan atau nenek bayi akan mencukur sendiri rambut bayi yang berumur sekitar sebulan.Dahulunya kebanyakan orang kampung saya bukan orang senang.Jadi cukur kepala(cukur jambul) hanya dibuat sendiri tanpa majlis.Sebagai ganti,hanya disediakan "dadar" yang dilipat dan dalamnya ada bertih pulut dan dipanggil la kanak-kanak  makan.Saya sempat la merasa pengalaman bersama rakan sebaya merasa dadar & bertih pulut ni masa zaman kanak-kanak.Bukan sedap pun sebab dadar kosong dan bertih pun tawar.Tapi nikmat makan berebut-rebut tu menjadikan semuanya sedap belaka.
Hihihihi...
Sekarang tradisi tu dah tak ada.Sebaliknya diganti kenduri aqiqah yang lebih meriah dengan hidangan nasi dan lauk kambing atau lembu.

Resipi saya c&p dari old post  KAT SINI  versi  menggunakan tepung gandum cap bunga ros.Ada beza sukatan cecairnya bila guna tepung cap ros merah ni berbanding tepung cap sauh,cempaka atau Faiza yang lebih kenyal dan perlu dilebihkan sukatan cecair.


LEMPENG CAIR GUNA TEPUNG CAP BUNGA ROS

2 cawan tepung

1¾ cawan air

1 biji telur 

2 sudu minyak

½ sudu teh garam

1. Blend semua bahan hingga creamy.

2. Biar ½ jam supaya bancuhan kembang biji tepungnya & lempeng jadi lembut kenyal.

3. Sapu kuali dengan minyak guna tisu & tuang sesenduk bancuhan.Ratakan dengan belakang senduk.Masak hingga nampak kering & tiada lagi kesan tepung mentah 

4. Angkat & lipat @ gulung supaya kemas.

**Kali ni untuk melempeng saya guna pan kecil yang selalu guna buat pancake tu.

12 comments:

  1. Kalau lempeng cair yang nipis2 ni wak suka cicah serawa durian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya...Wak ada dusun boleh frozenkan isi durian untuk makan luar musim

      Delete
  2. Lempeng ni kalau sesekali buat memang sedap. Makan pun tak menoleh. Hahaha. Kalau saya makan dengan sambal tumis hijau atau sambal sardin pedas² pun dah sedap sgt. Kalau anak bujang tu, mestilah nak cicah dengan kuah kari 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Tapi kan Jaja..saya ada pernah tengok satu rancangan tu chef Belanda kalau tak salah,dia ajar budak sekolah masak lempeng(depa panggil crepe la) dan makan dengan sapuan perahan limau nipis dan tabur gula.Saya pun cuba..Yes,sedap

      Delete
  3. uih sedap ni kak oi, cicah sambal memang regu dia lah tu

    ReplyDelete
  4. Lempeng ni dah jadi makanan viral sekarang, kan. Kalau jual lempeng, memang laku aje. Lempeng cair lagi orang suka. Iman pun kadang dia yg mintak lempeng cair ni, kalau tebal2 tak minat katanya. Melempeng sendiri tak mahu pulak, haha.

    Berdesing telinga tak makan sambal bangladesh ni?

    ReplyDelete
  5. Betul...
    Omputih pun makan lempeng yang depa panggil crepe tu kan..Cuma filling depa lebih mewah...sos coklat,crea ,buah-buahan dan syrup maple..

    Lidah ni dah imiun dengan pedas🤣

    ReplyDelete
  6. SA pun dah lama x melempeng...kalau buat ni cicah sambal sardin sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom..jom...buat bekal pun mengenyangkan ni SA

      Delete
  7. Teringat Abang Farid. Suka sangat sarapan lempeng kalau Mommy dia yang buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu ..
      Seorang emak pastinya tahu makanan kegemaran setiap anaknya

      Delete