Sejak MAHA dah buat kat MAEPs memang dah masukkan dalam takwim pengurusan diri untuk free kan sehari untuk hadir.Oleh sebab MAHA diadakan 2 tahun sekali sedang elok pula 2022 ni dah masuk endemik.
Kali terakhir MAHA sebelum Covid adalah
2020 takda MAHA sebab semua tengah PKP.
Memang sejak minggu lepas lagi dah plan pi MAHA hari Isnin ni.
Plan nak gerak seawal pagi tapi lepas subuh hujan lebat membawa ke pukul 8 pagi la juga.Pukul 9.00 pagi baru gerak ke MAEPs tu..
Pergi berdua saja dengan Cella.Kami berdua saja yang cuti kan...hihihi
Tapi sebab dari pengalaman MAHA sebelum-sebelum ni dah tahu foodcourt dia buka awal dalam pukul 8 pagi.Maka kami plan nak sarapan kat sana sebab ada aneka pilihan makanan dari pelbagai negeri seluruh Malaysia.
Upadate...Empayar makanan tu dewan D sebenarnya...🙏🙏🙏
( kredit SK - kat komen bawah)
Jom tengok apa ada kat foodcout MAHA ni...
Macam-macam ada..
Saya pilih Nasi Dagang Trengganu kerana masih terkenang keenakan NASI DAGANG ATAS TOL beberapa minggu lepas.
Cella memilih Gerai Sabah.
Tapi akhirnya beli Udang Celup Tepung..3 ekor RM5
Jom cari tempat duduk..
Udang Celup Tepung Gerai Aziz Satar ni pula berpatutan harganya.Udang dia besar juga.Tepung dia pun rangup.Menyesal lak tak beli sotong celup tepung.hihihihi.
Bismillah...
Rezeki datang awal dan pulak weekday..dapat la pilih parking...Kalau dulu datang awal macam ni pun dah kena menapak dekat 1 km.
Nak sarapan dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Pahang,Kelantan,Trengganu,Sabah dan Sarawak semua ada.
Cuma harga sedikit meningkat berbanding dulu..Bukan sini saja..mana-mana pun sama.
Banyak lagi video tapi saya rakam panjang sangat tak boleh nak upload..Tak reti saya nak cut videonya.
Tapi beli makanan Vietnam🤭
Tapi akhirnya beli Udang Celup Tepung..3 ekor RM5
Banyak meja kerusi disediakan untuk dine in.
Kami memilih meja kayu berkerusi 4 .Biarlah meja bulat besar untuk famili ramai.
Cella pi beli minuman.Saya tunggu makanan kat meja.
Tengah dok ralit perhati nasi dagang yang saya baru buka ni,tetiba ada sorang makcik ni( patut saya panggil kakak kot sebab nampak umur lingkungan 50s)🤭 datang berdiri betul-betul kat sisi kanan saya sambil campak sebungkus keropok lekor goreng panas-panas betul-betul depan bekas nasi dagang ni..Mulutnya membebel entah apa ke butir tapi macam marahkan seseorang.Saya mendongak sambil terkebil-kebil pandang mukanya..
Sekali...dia terjerit..
" Eh,salah meja...minta maaf...minta maaf..!!"
🤣🤣🤣🤣🤣
Sambil dia capai bungkusan keropok lekor tadi dan bergerak ke meja belakang saya...
🤭
Hihihihi saya senyum sambil angguk-angguk kepala tanda tidak apa-apa.Kelakar pula bila diingat.Tengah senyum sorang-sorang Cella datang bawa minuman.Dia pulak pelik tengok mak dia senyum sorang-sorang..
Vietnam Roll..
Hihihi...Sabah ke Vietnam?
3pcs ni RM9
1 pc crabstick
1 pc udang
1 pc tiram
Sedap...inti suhun dan sayur dia penuh.
sos hijau dia pun sedap.
Udang Celup Tepung Gerai Aziz Satar ni pula berpatutan harganya.Udang dia besar juga.Tepung dia pun rangup.Menyesal lak tak beli sotong celup tepung.hihihihi.
Nasi Dagang Trengganu..
RM8
Jangan la expect macam Nasi Dagang Atas Tol yer..hihihi
Selera tak sama..
Tapi masih la rasa nasi dagang.
Kos sarapan pagi ni RM28
Tengah menikmati nasi dagang..lalu pula sepasang suami isteri dan suaminya hulurkan senaskhah surat khabar Kosmo ni kepada saya.Katanya dia pun dapat percuma dan dia dah habis baca..
Hihihi makan sarapan la sambil baca surat khabar macam orang dulu-dulu.
Selesai sarapan...kami bergerak ke Dewan B,C,D dan ke Fruits Castle..
Kita sambung nanti yer...!
Meriahnya makanan kat situ! Yummy
ReplyDeleteMeriah tapi tahun- tahun sebelum ni lagi meriah rasanya..mungkin masih terkesan Covid 19 dan PKP dulu..
DeleteSedapnya, tak pernah gi MAHA.. one day nak singgah
ReplyDeleteSinggah la..
Deletesaya tolong promote🤣
bestnya tengok macam-macam ada, tak terpergi lagi maha tu
ReplyDeleteSaya pun bila anak-anak dah remaja baru berkesempatan..hihihi
DeleteTq tips nya, kira dewan A ni wajiblah utk org suka makan macam kita. Tak cari makanan org Johor?
ReplyDeleteKalau tak silap Dewan A la rasanya🤭
DeleteKalau salah boleh tengok map depa kat situ...
Tapi SK wajib pi Empayar Makanan tu...
Makanan Johor dah try 2018. Sup Tulang Merah & Kacang foul
Hihihi...
Aaaaa.. bukan dewan A tapi dewan D. Adududu.. sampai ati, penat kita carik 😭
Delete🙏🙏🙏...Kita hadoi...salah ek..🤭.ok..ok...kita update semua...
DeleteHihihi...Cella pun dah marah sebab dia kata memang Dewan D.. naper
mak tak tanya dia kalau tak ingat...🙈
Rasa macam masuk syurga makanan! Kalaulah ada begini di LD. Ini yang buat rindu nak cepat-cepat pencen, balik ke Malaya.
ReplyDeleteWaaa....pencen nanti balik Malayakah cikgu?
DeleteSemoga Allah makbulkan dan mudahkan urusan setelah sekian lama di Bawah Bayu
Tentu banyak makanan di empayer makanan tu
ReplyDeleteHarganya tentula mahal sebab tempat tumpuan orang ramai
Pun tak semeriah sebelum-sebelum ni Wak.
DeleteMacam asal ada ja kekdahnya...🤭Semoga tahun-tahun ke depan kembali gemilang seperti dulu...