Sunday, 14 August 2022

DAGING GORENG KACANG PANJANG vs DAGING GORENG DENGAN LEEK

Minggu lepas tema lauk daging...hihihi.

Sebabnya dah rebus daging kerbau pemberian Pakcik masa balik Raya Haji tu.Saya rebus dalam sekilo buat stok masak pagi-pagi.Sekilo tu saya rebus sebuku-sebuku besar hingga lembut.Kemudiah saya bahagi pula 3 bahagian dan masukkan dalam 3 plastik bersama air rebusan...bekukan.

Nak masak kena plan awal la sebab nak reheat dulu daging tu bersama jus daging tu.


Sebungkus dah selamat dimasak Daging Goreng Kacang Panjang.Sebungkus lagi buat rencah goreng mee dan nasi goreng.Manakala lagi sebungkus masak Daging Goreng Leek.Dua hari masak lauk daging untuk bekal anak bujang tu dan juga untuk lunch Cella.

Hari tu kemain dak Cella ni kata sementara nak tunggu panggilan untuk degree dia nak kerja sambilan.Ni nampak macam tak menyebut dah pun pasal nak kerja sementara tu.Yang dok sebutnya nak amik lesen pulak.Dengarnya sekarang lesen kereta kemain mahal...Kalau auto,dah RM2k katanya..

Dah la lesen L dia hari tu dah burn.Elok lepas dapat L masa habis SPM tu dah siap bayar separuh untuk kelas memandu P...sekali Covid melanda.Dok PKP 2 tahun...lesan L dia pun wassalamu....duit separuh dah bayar untuk kelas memandu hangus begitu sahaja...

Malas nak panjang cerita,maka sekarang kena la fikir mana nak cekau duit untuk ulang balik semua tu hingga dapat lesen yang sah.

Tengah fikir la ni...hihihi


DAGING GORENG KACANG PANJANG

½kg daging( saya guna dlm 350gm saja)

1 cekak kacang panjang hijau.

1 batang carrot.

1 bawang Holland.

2 cili merah.

Minyak,garam,serbuk kunyit


1. Rebus daging seketul-seketul hingga lembut baru dihiris.Gaul daging dengan serbuk kunyit,sedikit garam dan secubit gula.

2. Panaskan minyak dan goreng daging bergaram kunyit sekejap.

3. Tambah air rebusan daging dan masak hingga agak kering.

4. Tambah carrot,kacang panjang,cili dan bawang Holland hiris.

5. Gaul rata hingga sayuran sedikit layu dan sesuaikan rasanya.

#Lebihkan minyak sebab sedap nak gaul dengan nasi panas-panas😁


Ni Daging Goreng Leek.Sebenarnya masak daging leek ni dulu beberapa hari sebelum masak daging kacang panjang tu..Tapi dah upload pic...terkeluar pic daging kacang panjang dulu..Malas nak adjust..jadi lah pic daging leek ni kat bawah ...hihihi


Daging Goreng Leek ni pun saya masak sama ja kekdahnya macam Daging Goreng Kacang Panjang tu.Cuma ganti kacang panjang dengan leek.Saya lebih suka Daging Goreng Leek sebab lebih harum bau bawang leek ni  dan lebih moist kerana batang dan daun leek berjus.Bila kunyah pun feel sebab leek ni berserat dan rangup.Kalau bahagian pangkal leek tu pulak sedap sungguh terasa manis dan harum bawang bersatu dengan daging.
Ni kalau curahkan sos black pepper dag jadi daging black pepper..Nak lagi sedap lada hitam biji tu tumbuk sendiri kasar-kasar sikit..uish,bila tergigit sedapnya boleh bayang la kan...hihihi

Dua hari bekal anak bujang tu hanya nasi putih dan lauk daging tu semata..lebihkan sikit minyak dia buat gaul nasi..Nasi putih panas tu saya renjiskan kicap manis kipas udang tu..Tuang pula daging ni bersama minyaknya atas nasi...llicin...hihihi

6 comments:

  1. Rumah sy banyak daging. Boleh jugak terai resepi Mak Cella ni sebab ulang2 asyik masak sambal dan kari, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terai la SK...mana tau sesuai dengan selera

      Delete
  2. Kegemaran sayalah tu Mama Cella. Tuang minyak daging atas nasi panas...aduhai! sedap tak terkata seperti makan kuah ayam ungkep gaul dengan nasi rasanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita geng...
      Eh,rasa teringin pula nak makan ungkep..Tak dapat ungkep ayam...dapat ungkep ubi kayu pun sedap nih

      Delete