Wednesday, 3 February 2021

WRAP GARDENIA vs NASI GORENG IKAN MASIN

 Pagi tadi  kelam kabut. Semua berpunca salah sendiri bila tidak pandai time management. Maklum lah sejak PKP, masa macam takdak disiplin. Salah sendiri. Pukul 8 nak handle meeting, Mana sarapan & bekal belum siap. Asalnya timing dah ok. Tapi seawal pukul 7 dah ada yang berwasap.Mula memang hal penting, tapi dah lama-lama sedap pula dia sembang. Kita mengejar masa ni.. Hihihi. Kelam kabut la ke dapur. Buat bekal & sarapan ulang tayang yang simple sahaja pun. Pukul 7.45 siap bekal Adah, terus siap2 bahan untuk meeting pula. Ni la bila kerja dari rumah. Hihihi.. Kadang seronok, kadang kelam kabut + penat la sikit. Ops, jangan merungut... Kita yang memilih untuk bekerja kan.. 


Ni dah tengahari baru dapat menjamah sarapan. Dah kira lunch dah pun..hihihi


Saya masak Nasi Goreng Ikan Masin. Sebenarnya nasi goreng ikan pekasam. Pedas, masin, lemak & gu kan dengan telur  leleh. Kalau ada kailan lagi terangkat ni. 


Nikmat... Walau hanya makan nasi goreng. 



Untuk anak-anak saya buat wrap simple ni sahaja sebagai bekal



Guna wraps brand Gardenia.Saya suka wholemeal tapi hanya ada 2 ni sahaja, Garlic & clasic. Dulu masa muda, zaman buat bekal anak sekolah, wrap tortil ni pun buat sendiri. Gigih menguli tepung, mencanai. Sekarang tiada lagi kerajinan
-Filling dia banya guna kepingan burger ayam brand Ramly. Masak atas kuali tanpa minyak. 
-Colesslaw tu saya sagat carot & hiris kobis nipis-nipis gaul dengam mayonis. 
-Nak sedap saya tambah sesudu teh serbuk cheese super ring. Kobis kena hiris. Kalau sagat macam cepat berair. 
- Gaul sebati semua bahan coleslaw
-Bentang wrap & letak 1 sudu coleslaw
-letak juga kepingan burger yang dihiris memanjang & letak sikit sos cili. 
-Gulung kemas-kemas & bungkus dengan plastic cling supaya wrap kemas & tidak kering. 

Siap bekal. Adah


Anak bujang lambat gi kerja hari ni. 2 rolls untuk anak bujang & 1 roll untuk Cella.Tak sempat nak balut satu persatu dah, Masa sudah time.. Hihihi. 
Hanya letak dalam pinggan & wrap dengan pinggan sekali. Nasi Goreng Ikan Masin  pun ada sekuali. Nampaknya nasi goreng ni merangkap lunch kami 2 beranak kat rumah. 



1 paket Gardenia Wraps tu ada 5 keping. 
Habis sebungkus. Ada lagi sebungkus untuk kecemasan bila terlambat @ kekeringam idea bekal & sarapan


Jom makan. Sebenarnya nasi ni isi dalam pinggan pagi tadi lagi. Snap pic & tutup dengan tudung saji. Tak sempat sarapan. Tengahari baru makan. Hihihi


Anak bujang makan 1 roll sahaja. Sebab masih ada 2 rolls selepas dia gi kerja. Saja potong untuk snap pic  sebelum Cella makan. 

10 comments:

  1. PKP 1.0 memang rajin buat wraps sendiri. Buat kulit dia tu ikut resepi akak.. yg cella post. Memang sedap n menjadi. PKP 2.0, ape pun tak jadi 😂, sebab suami kerja, xsyok nk mkn sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,
      Jaja pun rajin memasak.. baking bagai.. Teruskan untuk Ahmaff.. Hihihi

      Delete
  2. Boleh ikut resepi mak cella ni untuk bekal dan sarapan anak2.Kat rumah akak ada je wrap tapi biasanya simple je buat utk bekal si kakak gi kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la untuk hari-harinyang kita kering idea. Lagipun anak-anak suka sebab mudah nak makan & menegenyangkan.

      Delete
  3. Bila baca betapa gigihnya setiap pagi Mama Cella siapkan bekalan anak-anak, rasa teringin nak buat begitu. Tapi bangun pagi, saya hanya sempat untuk diri sendiri saja.
    Nasi goreng ikan masin tu, sedapnya ya ampun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Sabah mungkin sebab harinya cepat siang kot, rasa masa cepat bergerak, nak banding semenanjung. Kalau sini pukul 6.30 baru pakat gi kerja sebab gelap lagi. Kalau Sabah pukul 6 pun dah terang benderangkan.

      Delete
  4. Wak pun selalu sarapan nasi goreng
    sebab selalu masak nasi tak habis

    ReplyDelete
  5. Sy suka wrap tp anak² x suka... kalo hidang wrap dgn roti sandwich 0 tu je kompom diorg akn pilih roti sandwich tu.. so ikut selera anak je lah.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mak-mak memang akan ikut selerera anak-anak kan... Zaman kita dulu makan sahaja apa yang mak masak

      Delete