Friday, 19 February 2021

SAMBAL CILI PADI AYAM BERTELUR

 Hari ni seharian masa terisi hingga ke maghrib. Pagi lepas masak siapkan bekal anak terus ke tempat kerja. Lepas asar baru gerak balik & menyinggah beli barang dapur. Maghrib juga baru sampai. Hanya nasi goreng untuk malam 


Pagi tadi hanya masak Sambal Cili Padi Ayam Bertelur. 


Sebabnya ayam ada 6 ketul. Semalam saya ada rebus 4 biji telur, tapi sebiji saya dah makan. Hihihi. Tinggal lagi 3.


Ayam tu 6 ketul sahaja. Bolehla dah untuk anak-anak sorang 2 ketul. Mak makan telur. Biar makan telur, asal bahagia. Hihihi.. Jangan makan hati berulam jantung.. hihihi

SAMBAL CILI API AYAM BERTELUR

6 ketul ayam- gaul garam & kunyit
3 biji telur rebus
10 cili padi hijau (patahkan) 
2 biji kentang- potong wedges
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Minyak

Bahan Blend(goreng dulu baru blend) 
2 genggam cili padi merah
3 cili merah
1 bawang besar
5 bawang putih
1 biji tomato merah

1. Goreng ayam hingga masak. Ketepikan
2. Goreng kentang hingga masak. Ketepikan
3. Goreng telur rebus hingga berkulit. Ketepikan

4. Dalam minyak gorengan masukkan cili padi, cili merah, bawang-bawang & tomato. Tutup kuali supaya cili tidak meletus keluar. 
Bila bunyi letusan sudah tiada,kaut & blend semua ni dengan 1/2 cawan air. Jangan terlalu halus. 

5.Panaskan minyak 1/2 cawan & tumis bahan blend hingga mendidih. Tambah garam, gula & masukkan ayam, telur dan kentang. 
6. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa. Tabur cili padi hijau
Selaut cili apinya... 


Masuk dalam plastik sesiap untuk anak bujang. 


Tengah tunggu nasi tanak.Nasi  & lauk kena asing sebab nanti dia makan lambat. Sambil tu mandi kali ke-2  & bersiap. Dah mandi subuh tadi. Tapi bau cili pun dah melekat kat badan. Hihihi

Ni pulak bekal anak dara.. Campur sesiap nasi dan lauk. 





2 comments: