Sunday, 7 February 2021

IKAN MASAK CUKA/IKAN JERUK

Semalam berwhatsApp dengan Achik. Rupanya dia demam. Puncanya hampir sama. Dia ada kontak rapat +ve Covid di ofisnya. Katanya sudah seminggu dia berkerja dengan kontak rapat +ve covid & beberapa hari lepas baru tahu. Dia terus lembik & demam. Pokcik bagi minum setiap orang  sebiji penuh  air kelapa dicampur sesudu garam & perah sebiji limau nipis. Sebiji jangan dikongsi, mesti habiskan sorang sebiji termasuk nenek.Aqil yang memang tak suka air kelapa sampai termuntah-muntah minum. Alhamdulillah Achik kata dah rasa sedikit sihat. Kata mak saya juga, jiran depan rumah yang KKM datang ambil hari tu juga dah balik rumah. 

Alhamdulillah, semoga kita semua  dalam jagaan Allah & dihindari segala musibah yang membinasakan. 


Dua hari lepas punya lauk lunch. Ikan Masak Cuka. Kat tempat saya ikan masak cuka dipanggil  ikan masak jeruk


Masakan kesukaan mak saya ni. Ikan masak cuka atau ikan jeruk ni memang mak saya selalu masak dulu-dulu. Masakan ni akan lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak. Dua tiga hari ulang panas lagi la sedap dimakan bila semua kuah & bahannya sudah sebati diserap.Penggunaan cuka membantu mengawet ikan dan bahannya. Bawang dan halia kena letak banyak-banyak sebab bahan ni bila ulang panaskan pun akan kekal rangup & sedap perisa cuka garam & gula yang dimasukkan dalam masakan ini. Bawang putih memang tiada lagi bau bawangnya jika diulang panas beberapa kali.Bawang merah pula elok guna bawang merah kecil & dibiar sebiji-sebiji. Manakala halia pula guna halia muda barulah  sedap nak kunyah bila dah sebati dengan kuah. Memang rasa jeruk halia yang sedap. Saya memang akan letak lebih. 


Lauk ni akan sedap bila ada rasa yang seimbang, masam, masin & sikit manisnya. 



Yang ni saya guna isi Polland Mecerel. Saya kalau jumpa Poland Mecerel macam jumpa salmon murah. Memang saya akan beli. Sebab sedap dan banyak isi. Kalau mak saya pula ikan pilihan untuk masak cuka ni ialah ikan tongkol dan ikan tenggiri. Kalau tak ada, ikan kembung pun jadi. Teringat dulu-dulu zaman kanak-kanak selalunya masak cuka dimasak menggunakan ikan haruan besar yang dikerat-kerat.Kalau dalam istilah kampung saya kepingan ikan yang dikerat disebut sebagai "katam". Contohnya seekor ikan haruan  besar boleh dapat 5 katam. Maknanya dipotong 5 bahagian. Selalunya lauk popular ketika kenduri padi baharu. Sebab masa tu sawah parit kering & dapat banyak ikan haruan. Lagipun ikan haruan banyak isi & tulangnya tidak sebanyak ikan puyu atau sepat. Mudah kanak-kanak nak makan. 

Resipi saya c&p dari lauk masa Cella pantang tahun lepas kerana matanya calazoin tu. Tapi saya gandakan bahan sebab yang ini saya masak agak banyak

IKAN MASAK CUKA/JERUK IKAN

1 keping isi ikan merah- gaul garam kunyit
(hari ini saya guna 10 keping ikan mecerel)
10 biji bawang  kecil - biar sebiji-sebiji
(hari ini saya guna sebiji bawang besar merah sebab tiada stok bawang merah kecil)
5 bawang putih - kerat dua
1 ketul halia muda- hiris jejari halus
1 cili merah - hiris
3 cili padi hijau-belah dua
1 sudu teh  halba campur
1/2 cawan cuka makan
1/4 cawan air
2 sudu makan gula perang
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk goreng & tumis

1. Goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan
2.Kurangkan minyak goreng dalam kuali menjadi 2 sudu & tumis halba campur.
3. Masukkan cuka & semua bawang kecil, bawang putih & halia. Biar mendidih dalam cuka 1-2 minit supaya  bawang & halia rangup.
4. Tambah 1/4 cawan air, garam & gula
5. Masukkan ikan goreng, cili & biar mendidih
6. Sesuaikan rasa kuahnya supaya masam, masin & manis.

** Ikan Masak Cuka lebih sedap dimasak awal & dibiarkan beberapa jam ssbelum dimakan supaya semua rasa menjadi sebati & lebih sedap. Jika untuk jamuan, seeloknya dimasak sehari awal & esoknya dipanaskan hingga mendidih. 


Saya masak agak banyak sebab sudah plan untuk ulang panaskan beberapa hari supaya lagi sedap. Lagipun hanya saya dan Cella sahaja yang suka. Adah tak suka masakan ni & abangnya pula memang tak makan ikan ni. Anak bujang tu hanya makan ikan pari ikan talapia merah yang besar sahaja. Katanya sebab ikan pari isinya macam ayam. Ikan talapia merah yang besar pula dia cakap sebab dulu-dulu kalau balik kampung Pokcik selalu beli & panggang. Dah la ikan tu mahal & sudah nak dapat. Demand betul budak-budak sekarang. 


4 comments:

  1. YaAllah.. teringat arwah mak.. mak suka masakni sbb kesukaan ayah.. guna ikan plotan.. ikan haruan.. indahnya kenangan lalu.. la ni kalau ayah tak berselera saya akan masak cuka.. tiap kali makan ayah pasti cakap “awat tak macam mak hang masak”.. saya hanya mampu tersenyum.. ayah pasti merindui arwah yg telah 3th meninggal.. saya cuba semampu mungkin masak makanan kegemaran ayah ..

    Dalam mencari resepi masakan Kedah saya terjumpa blog Cella.. Alhamdulillah berkat berkongsi pelbagai resepi saya beroleh ilmu utk saya hidangkan utk ayah esp sejak bermula pkp..

    Semoga asbab blog ini kita bersahabat di jannah nanti..
    Teringin mengenali pengendali blog ini secara akrab.. Semoga Allah permudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... Maha Suci Allah...
      Semoga catatan dalam blog ini mampu membawa kabaikan & ilmua berfaedah kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Andainya ada terselit sebarang kekhilafan mohon dimaafkan & tidak disebarkan agar ianya berakhir di sini sahaja.

      Semoga roh mak Kay ditempatkan dalam kalangan orang beriman & ayah Kay dikurniakan kesihatan yang baik serta Kay juga beroleh keberkatan... Amiin dan terima kasih atas kiriman doa..

      Delete
  2. hrap2 semuanya dijauhi daripada jangkitan pendemik C19 ni
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  3. Ikan bawal mas pun sedap masak cuka.

    ReplyDelete