Wednesday, 10 February 2021

BAKWAN JAGUNG

 Sekarang setiap pagi bila bangun, syukur Allah masih bagi pinjam nyawa.Kadang nak tidur malam selalu terfikir, esok ada lagi ka nyawa. Takut nanti dok ingat hidup lagi, rupanya dah dalam kubur. Sebab dari pembacaan, katanya bila sudah meninggal, roh masih belum sedar dia sudah meninggal kerana ingatkan hanya bermimpi. Bila didatangi Munkar & Nakir baru tersedar bahawa ia sudah meninggal dunia. Ya, Allah semoga kita antara yang mendapat rahmat dan syafaat...! 


Semalam punya semalam punya sarapan, Bakwan Jagung. 


Walaupun sepatutnya kudapan petang. Tapi dah buat waktu pagi, jadilah sarapan yang mengenyangkan. 


BAKWAN JAGUNG
2 tongkol jagung
1/2 cawan ikan bilis bersih
1 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung gandum
1 camt. garam
1 camb. gula
1 pokok daun sup
1 bawang besar-dadu halus
1 cili merah - hiris halus
2 telur
Minyak...

1. Hiris jagung ambil isinya sahaja.
2. Campur isi jagung hiris bersama ikan bilis, daun sup, bawang besar, cili merah, garam dan gula.
3. Gaul rata semua bahan & tambah tepung gandum & tepung ubi. Gaul hingga berderai
4. Pecahkan telur kedalam adunan & gaul rata.
5.Adunan nampak seperti agak berderai kerana tepung sedikit tapi bila digoreng nanti akan elok melekat kerana telur sebagai pelekatnya
6.Panaskan minyak & cedok sesudu demi sesudu & mulakan memasukkan adunan dari tebing kuali. Nanti kepingan akan jatuh sendiri kwdalam minyak. Goreng hingga garing & toskan. Siap untuk hidangan. 


Adunan memang nampak lembik, tapi bila digoreng tidak berderai. 




Sedap dimakan panas-panas 


Boleh cicab sos & boleh makan begitu sahaja. 


9 comments:

  1. Sedapnya bakwan jagung. Memang penuh jagung. Enak dimakan begitu saja!
    Takut bila ingat mati. Moga kita tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat belas kasihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Aminnn.. Saling mengingati..

      Delete
  2. Kalau balik Kola Ketil, kak selalu buat bakwan ni untuk sarapan, memang rasa nak makan habiskan, pakkal jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung la "adik". Kak sayang tu.. Kalau adik dia makan banyak lagi dia suka tu.. Hilang oenat masak

      Delete
    2. Rindu Tembak A kola ketil.. umah arwah cousin.. seronok kalau pi sana.. rasa mcm pi ober c🤣🤣🤣

      Delete
  3. Kena beli jagung.. terlioq tengok.. lama akk x blk kedah.. sejak covic.. biasanya 2-3bln sekali..
    Dah panjang berjela list brg2 yg nak dibeli .. makanan yg nak dimakan.. senarai pekan nat yg nak dijengah.. sdra mara & sahabat handai nak ziarah.... entah bila boleh balik.. wargamas nie x berani balik sendiri.. kena tunggu masa anak2 free...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih. Panjang itinerary.. Kena balik 2 minggu tu kalau macam tu. Hihihihi. Harap-harap raya nanti dapat lah rentas negeri untuk balik raya. Tahun lepas dh raya dalam PKP dah. Takut lamaglama nanti dah pakat tak rasa apa dah bila hari raya.... Huhuhu

      Delete