Monday, 1 February 2021

AYAM PANGGANG CICAH SAMBAL KICAP CILI BAWANG

Ayam Panggang Cicah Sambal Kicap


Lihatlah ayamnya sexy kemain dalam airfryer. Warna golden brown cantik kan.. 


Tapi tak payah la nak bangga sangat atau ada yang nak minta resepi.. Sebab ayam ni saya hanya panaskan sahaja dalam airfryer tu. Ayamnya anak bujang saya beli kat Baker's Cottage. Hahahaha. 
Dia beli 1 set nasi dengan 1/4 ayam, sup & dessert untuk diri dia sendiri. Untuk adik-adiknya dia beli sekor ayam panggang untuk dinner. Si Adah taknak ayam baker's Cottage tu, dia kata tak sedap. Cella pula suka tapi dah kekenyangan. Saya pun segera simpan dalam petia ais. Dalam hati, selamat dah untuk menu lunch esok untuk depa. Saya takpa, makan nasi lauk ikan masin dah boleh hidup. Hihihi


Nak jadi cerita, ayam tu patutnya ada sos pencicah dia. Tapi entah kanapa takdak la pulak dalam bekas ayam tu. Togel ayam sekor tanpa sos. Sejuk kaku baru keluar peti ais, saya panaskan la dalam airfryer. Airfryer tu Adah belikan masa dapat gaji sebelum PKP 2.0.Katanya untuk maknya masak bekal sihat. Hihihi, memang berangan la.... 


Dah potong 4 ayam tu, maka saya buat la pencicah dia sambal kicap. Just hiris cili, bawang dan tuangkan kicap, Perah limau. Letak dalam piring 1/4 ayam dengan sorang sebekas sambal kicap.Boleh cicah sukahati. Depa kata sedap macam cicah ikan bakar walaupun hakikatnya ayam. Saya tak rasa pun sebab saya makan nasi dengan ikan pekasam goreng boh cabai potong & bawang hiris. Tu ja ceritanya


4 comments:

  1. Regu yang sedap tu ayam dengan sambal kicap.
    Tapi ikan pekasam tu lagi sedap kan,makan dengan nasi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Bebudak sekarang ayammmmm jer taste depa kan kak.. Kita dulu nak rasa macam-macam, depa ayam.. Ayam.. Ayam.. Hihihi

      Delete
  2. masa dia baru keluar tahun 2019, ayam dia memang tak berapa sedap,tapi sekarang sedap selepas terima banyak feed back dari pelanggan.saya saya selalu juga beli, dekat aje dgn ofis saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lwh.. Yer ke.. Tempat saya ni baru tahun lepas ada. Agaknya sebab tu promo sejak thn lepas sampai sekarang. Sekor RM 11.90

      Delete