Kat rumah ni kalau tiada makanan pedas, macam senyap sunyi sahaja. Hari-hari kena ada pedas. Dah la sekarang cili padi harganya melambung naik sejak PKP. Dulu paling mahal belasan ringgit sahaja sekilo. Sekarang dah cecah rm30 sekilo. Memang la kita bukan beli sekilo tapi kalau beli 100, 200 gm pun memang beza banyak la dari sebelum ni. Tapi dah nak makan, beli la juga. Bukan ada sapa paksa suruh makan cili pun.. Hihihi
Saya guna 3 biji tomato hijau saiz apple hijau tu. Besar sungguh tomatonya.Kalau sekali pandang macam buah apple pun. Tapi tak snap pic la pulak.
SAMBAL BILIS TOMATO HIJAU
3 biji tomato hijau besar
1 cawan cili padi
1 bawang besar
1 cawan ikan bilis bersih
1 sudu garam
1 sudu teh gula
Minyak
1. Blend cili padi, ikan bilis dan bawang besar.
2. Panaskan minyak anggaran 1/4 cawan & tumis bahan blend. Masak hingga mendidih
3. Tambah garam, gula & buah tomato hikau yang dibelah dan dihiris nipis.
4.Masak hingga naik minyak & sesuaikan rasa.
*Sambal lebih sedap dimasak beberapa sebelum dimakan supaya rasa sambal meyerap ke dalam tomato & lebih sedap
Puas dapat makan nasi panas gaul sambal bilis tomato hijau ni. Tak perlu lauk lain dah. Paling nak tambah pun telur dadar garing. Meleleh air mata & air hidung menahan pedas. Hihihi
Kalau dah sampai meleleh air mata hidung menahan pedas tu, memang sedap sungguhlah sambal bilis tomato hijaunya. Saya kalau makan pedas, siap sedia air suam-suam panas. Bila minum, kurang sikit rasa pedas.
ReplyDeleteBetul kan.. Kalau minum air suam rasa macam nak melompat panasnya tapi memang mujarab
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
Akak pun kalau nampak tomato hijau akan beli.Sedap kan buat sambal..
ReplyDeleteKita banyak persamaan selera kak.. Kalau dekat-dekat boleh tukar2 juadah ni
DeleteSaya pun suka tomato hijau tapi tak pernah jumpa yg besar buah apple.selalu saya akan pilih yg kecil atau sederhana besar.klu saya mau dua sudu besar gulanya.saya mmg tak tahan pedas
ReplyDeleteHari tu jumpa memang besar sungguh macam buah apple.Rasanya dalam 5 ke 6 biji dah sekilo. Agaknya tu yang tak sempat tunggu masak depa dah petik. Berat pokok kot..
Delete