Eh, dah hari Ahad dah. Rasa macam baru lagi hari Ahad, dah Ahad semula dah. Minggu depan dah minggu akhir bulan Februari.
Hari ni cuba masak ungkep. Jujurnya saya rasa macam tak pernah masak sebelum ni. Tapi masak ungkep ubi kayu pernah la. Sedap. Hari ni try ungkepkan ayam pencen pula.
Habis bersembang, lauk pun dah kering pekat. Empuk elok dah. Siap dah. Nasib baik masa mak call dah siap masuk ayam dalam tumisan.
Kalau beli ayam pencen, inilah yang saya cari dulu. Favourite saya ni walaupun ramai orang tak makan. Dulu zaman kanak-kanak mak tak kasi makan. Ni dah jadi mak, anak-anak pula tak makan. Rezeki la dapat makan tanpa berebut.. Kikikiki
Sekali jumpa pula rempah ketumbar biji yang masih belum buka. Tengok rmtarikh packaging 20Disember 2020.Mmm baru beli sangat la ni. Terus gantikan serbuk ketumbar tu kepada ketumbar biji. Saya suka bau & rasa ketumbar. Kalau beki serondeng dari Kelantan saya akan pilih yang ada dicampur ketumbar biji yang disangai & dibiar sebiji-sebiji dalam serondeng tu. Sedap
1ekor ayam pencen
2 batang serai - ketuk
1 asam keping
1 sudu garam
1 sudu gula melaka
1/4 cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili padi merah
1 bawang besar
1/2 labu bawang putih
1ketul halia
1 ketul kunyit
2 sudu rempah ketumbar biji
1 sudu jintan manis
1. Panaskan minyak & tumis serai ketuk.
2. Masukkan bahan blend & biar mendidih
3. Masukkan ayam & masak hingga mendidih & ayam kecut. Tambah 2 cawan air & masak hingga ayam empuk. Ulang tambah 1/2 cawan air jika ayam belum lembut.
4. Tambah asam keping, garam & gula.
5. Masak dengan api perlahan hingga pekat & naik minyak.
6. Sesuaikan rasa
Dah siap masuk ayam ni. Tak lama pastu mak call.. Eloklah berbual sambil menunggu ayam empuk. Namapun ayam pencen, memang lama la nak empukkan. Tapi saya kurang gemar guna presure cooker(ayat sebenar malas nak keluarkan dan paling malas nak cuci & nak simpan balik) Hihihi
Ni kalau dapat satu lauk jer dah, sayur2 semua tak nak, nanti kacau rasa ungkep
ReplyDeleteBetul SK.. Memang kena makan dia ja baru feel
DeleteUngkep ayam pencen mmg juadah Raya sejak pindah felda smpi 10 hekor masak tuk meratah. Masa tu tak yah berebut organ dalaman sbb banyak. Dulu ayam pencen dijual 3 ekor 10 hengget Dan tersangat gemuk. Mungkin dulu ayam ni kurang digemari.masak ungkep smpi pecah minyak kulit ayam jadi garing.skrg tak masak sbb anak2 tak nak makan.
ReplyDeleteOmak ai.. Sepo hekor. Taoi puas makan kalau masak banyak kan. Betul, dulu ayam pencen tidak begitu digemari. Sekrang sekor kat sini rm12.. Pun memang versi ayam diet la.Tulang jer Hihihi.
DeleteSaya suka kulit dia kruo krup krup
Ayam ungkep ni, dapat kuahnya yang berminyak-minyak tu pun dah cukup sedap gaul dengan nasi putih.
ReplyDeleteBetullah, orang dulu-dulu tak benarkan kita makan telur ayam muda, mempedal, hati, tongkeng, sayap dan leher ayam... hahahahaa!Rupanya itulah bahagian ayam yang sedap!
Betul cikgu. Gaul minyak dengan nasi panas-panas. Kalau time hujan lagi la feel. Bau melekat kat tangan. Hihihi.
DeleteSaya memang suka pedal, tongkeng,kaki, telur muda & leher ayam. Untung sebab anak-anak tak suka. Takyah rebut. Hihihi