Sunday, 7 February 2021

UBI KAYU TUTUP AURAT


Dah dekat seminggu beli ubi kayu ni. Specialnya  ubi kayu ni mungkin spesis perempuan muslim  agaknya.. Kerana seluruh auratnya ditutup rapi.. Hihihi


2 ketul ni memang menutup aurat sepenuhnya. Tiada ruang yang terbuka. Dari hujung kepala hingga hujung kaki. 2 ketul ni beratnya 1kg. 

Setelah dibuka hijabnya.. Seakan ular bersalin kulit. Selalu kalau kat kampung, dipinggir belukar & selalunya musim kemarau macam sekarang, memang selalu jumpa sarung ular tedung dibatas-batas bendang. Batas tu bahasa standardnya disebut permatang iaitu pemisah antara petak-petak sawah. Musim kemarau ular tedung yang banya bersarang didalam batas bendang akan bersalin kulit. Sarung kulitnya yang putih & ringan  kadang menjadi mainan kami dizaman kanak-kanak. Ular tedung memang bahaya tapi sarungnya tidak. Lagipun ular akan lari bila bertembung manusia kecuali bila dia rasa terancam, memang ia akan bertindak balas. Petani dulu-dulu memang berdamai dengan ular tedung. Masing-masing dengan urusan masing-masing tapi saling berkerjasama dalam diam. Batas bendang menjadi tempat bersarang ular tedung kerana sawah padi juga menyediakan sumber makanan kepada mereka iaitu tikus yang juga bersarang di sawah padi.Dalam diam ular juga membantu petani dengan memakan makhluk perosak padi. Tanpa ular, banyaklah tikus membiak & merosakkan tanaman padi.
 
Ubi yang sudah dibuka balutannya dikupas direbus. Alhamdulillah, walau sudah hampir seminggu ubinya masih empuk & tidak rosak. Ubi kekal segar dan tidak masuk angin kerana dibalut rapi. Plastik pembalut tu bukan bukan plastic cling yang selalu kita guna untuk wrap makanan tu. Tapi plastinya seakan plastik kita isi lauk, cuma ia seperti di seal dengan baik & kemas mengikut bentuk ubi. Kali pertama saya jumpa ubi berbalut seperti ini. Bagus idea ini kerana ubi tahan lama


Empuk gebu ubinya kerana ubi muda & saiznya juga sederhana tidak terlalu besar



Dihidangkan bersama kelapa parut + sikit garam & gula perang


Kalau mak saya punya style, semua kelapa, garam & gula pasir putih digaul hinga rata untuk dihidang bersama ubi kayu rebus. Tapi saya suka gula perang. 



Lemak gebu ubi kayu muda bila direbus empuk. Siapa sahaja yang memakan ubi kayu rebus pastinya turut sama hanyut dalam arus kenangan. Hampir setiap orang mempunyai kenangannya tersendiri bersama ubi kayu. 


Untuk yang tidak mahu makan ubi kayu rebus.. 


Nugget goreng cicah cheese sauce.. 
🎼🎤Aku suka singkong, 🎶
🎧🎤Kau suka nugget🎵
Hei.. hei.. 
🎼🎤Aku ini.. Hanya anak taniiii... 🎵
Lagu zaman sekolah hujung 80's🤭


11 comments:

  1. eh eh hujung kelapa ke kepala tu. hihi
    Sedapnya ubi rebus. Style saya suka makan ubi rebus dengan sambal tumis pedas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Jadi besar. Lately ni banyak typo sejak PKP2.0. Jari makin kembang kot.. Hihihi

      Delete
  2. Ubi tutup aurat tapi telanjang ni, hihihi (sebab masih nampak kulit - tutup guna bahan lutsinar, kikiki)

    Stail family sy pulak, ubi makan dengan sambal lada hijau, uhhhh.. rindunyaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advance la SK.. Boleh pula dia terfikir ke situ.. Hahahaha..
      Tapi betul la kan.. Berbaju jarang nampak kulit.. Hihihi

      Delete
  3. Kenapa tak buat vlog utube je. Lg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pandai.Blog ni pun menyambung dari blog yang cella creat masa sekolah rendah lagi. Saya sampai sekrang tak reti nak creat.Nak edit & setting bagi proper sikit pun saya tak reti. Hanya tahu tulis & upload pic sahaja.In sha Allah kalau ada guide & punya masa untuk belajar. Doakan untuk saya d terima kasih atas komen

      Delete
  4. sedapnya kak... ubi goreng tepung... kalo sini cicah gula apong atau sambal belacan.. kalo kat kedai mmg mahal menu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gula apong sedapnya mim..Pernah beli masa ke Sarawak. Kalau kat Kedah gula apong tu dipanggil nisan nipah. Dulu2 dicampur dalam cendol. Kadang sirap gula melaka dimasak camour daun rokok untuk dapat aroma nipah.

      Delete
  5. Style mak sy, rebus ubi sampai empuk pastu buang sikit air dia, masukkan gula.. nnt gula tu cair n melekit².. sedapnyeeee.. tapi sejak lepas bersalin, xboleh nk makan ubi sgt, angin pulaknyee.. rugi betul.

    ReplyDelete
  6. Aduhai ubi. Time hujan sedap betul makan ubi sambil sembang-sembang!

    ReplyDelete
  7. Masak serawa pun sedap.tapi klu makan dgn kelapa, garam dan ikan masin lagi sedap

    ReplyDelete