Sambal bilis jer pun.. Tapi kalau 10 orang diberi tugasan masak sambal bilis, harus ada 11 rasa yang berbeza kot. Hihihi. Ada yang guna asam keping, ada yang guna asam jawa. Ada yang guna gula pasir. Ada yang guna gula melaka. Ada yang langsung berkerat rotan berpatah arang dengan gula. Diharamkan gula dalam sambal bilis. Hihihi. Namapun manusia, pasti selera tidak sama.
SAMBAL BILIS SIMPLE SEDAP
1mangkuk bilis belah bersih
1 mangkuk cili blend(-+ 30 biji cili mering)
1/2 cawan bawang blend (1 biji bawang besar)
1 sudu bawang putih blend(5 ulas)
1 asam keping(boleh ganti 1/2 sudu teh pes asam jawa adabi)
1 sudu teh penuh garam
1/4o keping gula nisan kerek (2 sudu gula melaka)
1 cawan minyak
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga rangup.
2. Tanpa mengangkat bilis dsri minyak, terus masukkan bawang blend, cili blend & kacau rata. Masak hingga mendidih
3. Tambah asam keping, garan dan gula nisan/gula melaka.
4. Masak dengam api perlahan hingga naik minyak. Sesuaikan rasa
Tapi dalam seminggu @ 2 minggu sekali mengupas bawang & merebus juga la cili untuk stok.
Cili blend tu saya beli dari kawan kerana cili blendnya halus mulus tiada biji & tahan lama. Bawang putih dalam botol penutup putih tu baki stok dah sebulan. Bawang putih tu saya guna beberapa labu d vlend dengan minyak masak sekadar mata blade blender boleh berputar. Botol penutup hitam tu stok bawang besar blend. Dalam sebulan saya biasanya guna 2 botol. Yang ni warnanya putih sebab saya guna bawang besar Holland.Juga blend dengan minyak masak untuk tahan lebih lama. Simpan dalam peti ais di rak biasa. In sha Allah tahan berminggu. Cuma sebelum ni saya biasa guna bawang besar yang merah. Tapi bila guna bawang Holland jangka hayat lebih lama. Pastikan bila nak guna, pastikan cepat-cepat cedok setakat keperluan & teruas simpan semula dalam peti ais supaya suhu bahan tersebut kekal. Jika lama terdedah pada suhu luar peti sejuk, takut mudah rosak. Ini dari pemerhatian & pengalaman amatur saya. Saya tak pernah buat R&D secara serius pun. Hihihi.. Walluhua'lam
Tak pernah jemu dengan sambal ikan bilis. Sedap!
ReplyDeleteKam.. Sambal bilos dulu-dulu lauk murah. Sekarang harha bilis pun boleh tahan macam durian juga. Hihihi
DeleteSaya jarang buat sambal bilis, nanti boleh terai cara ni. Cuma bawang sy dah blend siap dgn cili, senang sekali arung masuk, haha.
ReplyDelete