Monday, 15 February 2021

KUIH CUCUR PANDAN/CUCUR JAWA PANDAN

 Buat Cucur Jawa lagi. 

Tapi kali ni versi pandan. Selalu versi gula melaka & gula merah. Kali ni versi pandan pula. 


Rasa lebih lembut & bersarang. Kali ini saya gunakan resipi 2 iaitu melebihkan ratio tepung gandum. Sudah terbiasa buat versi 1:1 ikut resipi mak. Namun pernah beberap kali mencuba resipi 2 ni iaitu ratio tepung beras & tepung gandum 1:2. Pernah simpan & share 
CUCUR JAWA RESIPI 2... kat sini



RESIPI CUCUR JAWA 2:

1cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
3/4cawan gula perang
3/4caran gula putih
2 cawan air suam(boleh ganti 2 cawan air pandan) 
sikit garam & 1sudu perisa pandan double lion
minyak masak

1. Campur dua2 tepung dan gaul dengan garam dan  gula.
2. Bancuh dengan air suam/@air pandan  sikit demi sikit hingga sebati. Tambah perisa & pewarna pandan. 
3. Biarkan semalaman atau beberapa jam supaya kembang
4.Panaskan 1/2 cawan minyak hingga panas dalam kuali yang dalam
5. Perlahankan api bila minyak sudah panas.
Tuang sesenduk adunan & ia akan membentuk seperti ropol sekeliling kuih,
Biar garing & terbalikkan.Toskan minyak & siap...


Pes perisa & pewarna pandan yang saya gunakan branda double lion. Pesnya harum pandan & hijaunya juga cantik. Ini bes minuman tapi saya hanya guna untuk masak kuih-muih yang menggunakan pandan. Bau & warna 2 in 1.Kalau brand Adabi lagi bagus tapi belum jumpa. Ini brand double lion pun cari kat sini tak jumpa




3 comments:

  1. Cantik kejadian cucurnya tu. bahagian bawahnya rupa obor-obor. Saya pun sebenarnya berangan nak buat lagi, tapi versi bersantan pula. Mama Cella gunakan tepung beras yang mana satu? Teratai ke, satu gajah ke dua gajah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, macam menarik versi santan tu cikgu.. Nanti dah buat share ye.. Hihihi
      Saya guna tepung beras cap teratai

      Delete
    2. Ok, Cuba-cuba sajalah kan. Mana tahu menjadi, sebab dalam komen2 lepas, ada yang kata bubuh santan lagi sedap.

      Delete