Tuesday, 16 February 2021

SESEKALI MAKAN MEGI

 Sesekali layan tekak nak makan megi. Nak cakap makan Maggi, itu brand dia. Hihihi. Patutnya cakap makan mee segera. Tapi x puas la nk cakap makan mee segera.Macam tak sampai maksud sebenar. Kena juga cakap makan megi.. Hihihihi.. 


Nak kurangkan rasa bersalah makan megi, letak sayur banyak-banyak. Konon berkhasiat la kan.. 

Dulu zaman kanak-kanak, tak pernah merasa dapat makan megi sorang sebungkus. Selalu mak hanya suruh beli sebungkus sahaja



                              (pic Google) 
Masa tu kat kampung hanya ada megi brand Vit's sahaja. Sebungkus 15 sen. Selalunya kalau nak sangat merasa megi, mak akan suruh beli 1 paket. Tumis bawang putih & masukkan air 1/2 periuk. Masuk megi & campak sayur asin-asin(cekur manis) sampai penuh periuk. Cedok sorang semangkuk. Meginya hanya beberapa urat sahaja, selebihnya sayur asin-asin penuh semangkuk. Itulah lauk kami adik beradik makan dengan nasi. Selalunya sebab nak ratah megi, kami akan makan nasi dengan ikan masin & megi makan akhir sekali. 



Pertama kali makan megi full tanpa nasi bila tinggal di asrama. Saya mula tinggal diasrama hujung tahun tingkatan 2 hinggalah tingkatan 6 atas. Seingat saya sepanjang tinggal di asrama, makan megi sebungkus tak pernah habis. Mungkin sebab tak biasa makan megi tanpa nasi, jadi kalau makan megi di asrama pun saya hanya mampu habiskan 1/2 paket sahaj. Kalau makan sebungkus memang muntah. Hihihi, jimat la sikit 1 bungkus dapat makan 2 kali. 

                            (pic Google) 
Masuk form 3 masa tu famous pula mihun PAMA ni. Masa tu sebungkis 40 sen beli kat kedai Cina Ahai dekat simpang 3 sebelum sampai asrama. Biasanya megi atau pama ni saya akan beli masa dapat keluarkan duit biasiswa. Keluar pekan untuk keluarkan duit kat BSN dapat la cilok sikit untuk beli megi. Itupun balik kampung kena bentangkan belanjawan dekat mak. Jangan ada tershot sekupang pun memang mak akan tanya sampai ke akar umbi. Even, beli air tebu 30sen, makan apam balik sekeping pun kena bentangkan kepada mak. Haaa.. sampai sekarang saya takut nak tipu mak.. Yer ke..?? Hihihi

 Ni yang masak sekarang big size lagi. Tapi bukan makan sorang. Share 2 beranak. Ops, pasal megi kari ni pun ada cerita. Masa form 5 hujung tahun lepas SPM hangkut semua barang balik kampung sebab dah habis SPM. Bawa balik baki 2 bungkus megi kari ni bagi adik bongsu saya yang lelaki tu.Siap masakkan bagi adik makan. Masa tu dia darjah 1. Suka dia dapat makan megi kari. Maklumlah bukan senang nak dapat makan megi sebungkus sorang. Esok pagi, bangun tidur mukanya bengkak sembab macam kena sengat tebuan. Mak risau & bawa pergi pusat kesihatan kecil kat pekan. Lepas tu mak tak balik.Ada sepupu datang bagitahu ambulance bawa mak & adik ke Hospital Besar Alor Setar & warded dekat seminggu juga rasanya. Rupanya adik disyaki masalah buah pinggang. Sebab tu muka bengkak lepas makan megi yang banyak sodium.Rasa bersalah tak terhingga sebab kerana bawa balik megi, adik sakit. Padahal sebab megi tulah dapat detect adik ada masalah buah pinggang. Sejak tu dah tak bawa balik megi lagi dah. Hihihi.. 


Masa anak-anak masih sekolah rendah , saya pun jarang benarkan anak-anak makan megi. Tapi bila depa dah pandai beli sendiri, mak tak bagi pun depa curi-curi beli. Dah lama-lama semua dah besar, sesekali mak pun tumpang sekaki.. Hihihi



Dah terbiasa masak megi mesti tumis & camput sayur. Sampai tua pun kalau nak makan megi mesti campur sayur & saya paling  TAk  SUKA megi  campur telur. Telur saya suka tapi jangan campur dalam megi. Fail..!! 

Ini pun saya hanya jamah beberapa suap sahaja. Selebihnya anak dara bongsu tu yang habiskan. 

Katanya megi saya masak sedap, tak.sama.dia masak.. Elehhh, itu ayat propa zaman mak dia belum lahir lah. Ayat sebenarnya.... 
"Megi akan lebih sedap bila orang masakkan untuk kita. Kita hanya suap sahaja"

4 comments:

  1. Cerita pasal mee maggi kita tak sama, sy hantu mee maggi dan wajib ada telur, hehehe. Jarang ada sayur dalam mee maggi tapi bawang dan cili padi kena banyak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee maggi ni 10 orang masak.. 10 rasa & tekstur yang berbeza kan.. Walaupun bendanya sama.
      Tapi paling sedap kalau orang tolong masakkan.. Hihihi

      Delete
  2. Megi memang sentiasa simpan, buat penyelamat keadaan time tak sempat masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Anak-anak sekarang memang senonim dengan maggi. Lagi-lagi student.. Hihihi

      Delete