Tuesday, 16 February 2021

NASI GORENG BUNGA KANTAN


Nasi Goreng Bunga Kantan

Kalau hari valentine katanya bunga ros yang biasanya rm1.50 hingga rm5 sekuntum boleh mencecah rm21 sekuntum. Kalau musim raya pula bunga kantan yang biasanya rm1.50 boleh mencecah rm5 sekuntum. Itupun kalau la ada stoknya. 


Kalau musim raya tidak lah masak Nasi Goreng Bunga Kantan kerana memberi peluang untuk orang yang nak masak laksa membeli bunga kantan tu. Hihihi


Masih berbaki 2 kuntum bunga kantan pemberian Rose. Minggu lepas ke rumah rose membeli cili boh & diberinya beberapa kuntum bunga kantan dengan secekak ulam pucuk salam. Balik rumah saya jaga dengan penuh kasih sayang bunga kantan ni. Simpan elok-elok. 


Hari ni 2 kuntum saya racik untuk campur dalam nasi goreng. 

Nasi Goreng Bunga Kantan ke Nasi Kantan Bunga Nasi ni? 


Hari ni saya masak versi Nasi Goreng Ikan 
Masin berampaikan kantan. Tapi lagi matching  jika masak nasi goreng kantan ni versi NASI GORENG BUNGA KANTAN... kat sini

Kalau Nasi Goreng Sardin pun sedap berampaikan bunga kantan. Setelah cari dalam old post ada jumpa pernah masak 


Tengah explore old post.. Eh, jumpa pula pernah masak sambal bunga kantan. Ada lagi baki 2 kuntum bunga kantan, saya plan nak masak SAMBAL BUNGA KANTAN IKAN BILIS.. macam kat sini



Ini sarapan saya pagi ni. Nasi Goreng Bunga Kantan + ikan masin. Hanya goreng ikan masin, lenyekkan dalam minyak gorengan tu. Campak 10 cili padi hiris bersama bawang. Masukkan nasi + sikit garam & gaul rata sampai naik wap. Tambah bunga kangan hiris rampai & gaul rata. Sesuaikan rasa. 

Makan nasi goreng harus dengan telur rebus. Hari ni tukar taste, hanya buat teh 0..walau tekak meminta kopi 0...Ada ketika kena bertegas dengan selera ni...Tak boleh ikut sangat. 
Ye ke????????? 
Hihihihi....... 


6 comments:

  1. Terbau aroma bunga kantan tu sampai ke Johor, tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Itu bau bunga kantan jiran sebelah masak asam pedas tu.. Hihihi

      Delete
  2. Bunga kantan buat nasi goreng memang sedap..kita tabur ikan bilis goreng 👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Naz, saya pun suka yang versi tabur ikan bilis. Buat kerabu ikan bilia + bunga kantan pun sedap. Ikan bilis goreng dulu. Gaul cili padi, bawang, kantan hiris, garam, sikit gula & perah limau nipis

      Delete
  3. Replies
    1. Wak banyak stok bunga kantan segar lagi sedap tu. Buat kerabu dengan bilis pun sedap wak.. Bagi yang taste macam saya la.. Hihihi

      Delete