Petang tadi berebut masa sekejap mengunjungi dapur maya rakan-rakan..Tapi tu la ,tak sempat pula nak membalas teguran kawan-kawan di ruangan komen...hihihi
Nasi Goreng Daging bersama Sup
Bekal Cella balik asrama malam tadi..
Dapat la tidur berehat di rumah semalaman.
Semalam hari Jumaat,pagi sebelum pergi kerja,tanakkan nasi dan masak sup bebola ayam & sambal tempe + kacang panjang untuk depa di rumah..Anak bujang tu juga MC sah 2 hari...tonsil membengkak.Kalau tak baik juga doc klinik panel tu suruh pi hospital..
Duduk la depa yang MC tu kat rumah..Cella pun patutnya dia MC lagi..tapi sebab lecturer buat online class....kena la join...macam tak MC la..ðŸ¤
Betul-betul lepaa maghrib dah kena hantar balik asrama sebab malam pukul 8.00 ada latihan katanya..Hantar la pulak balik asrama..
Beli apple strawberry & anggur seedless ni untuk
Masak Nasi Goreng Daging untuk bekal..Tak sempat nak makan pun kat rumah..Bawa bekal untuk makan dengan kawan-kawan
4 cawan beras-tanak jadi nasi( saya guna beras perang)
½ kg daging daging rebus & potong nipi1
10 cendawan shitake
¼ cawan minyak
sikit daun sup
sikit kicap
sikit garam
bahan tumbuk
5 cili merah + 10 cili padi
1 labu bawang putih
1 bawang besar
1. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk...
2. Masukkan daging & kacau rata...
3. Masukkan kicap,garam & kacau..
4. Masukkan nasi & gaul rata ..tambah daun sup
5. Goreng hingga nasi bercampur rata & teruskan masak beberapa minit lagi..Siap
Isikan dalam bekas buat bekal.Macam biasa..untuk roommate dia 1..
Lagi 2 bekas untuk 2 orang kawan lelaki yang sama belajar kat UniSZA dulu...
Asalnya saya masak sup daging + cendawan untuk Cella dan abangnya makan dengan nasi putih.Dah kata depa tak sihat kan...Nasi pun saya sanggup la beli beras wangi kot depa tak selera nak makan beras perang yang keras ni.
Eh,sekali nasi putih beras wangi tak berusik.Depa pakat nak nasi goreng beras perang .Kata depa tak puas makan lauk tak pedas..mmmm
Tu yang jadi nasi goreng daging bersama sup tu..
Aduhai, sakitnya bila tonsil bengkak. Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteTeringat Fairuz dulu bengkak tonsil, kita yang nangis tengok dia demam.
eh...la.dah reply tadi tak publish..
DeleteSaya tak berani nak tengok tonsil tuðŸ¤
Terima kasih atas doanya..
Alhamdulillah murah rezeki , dapat kawan- kawan cella merasa ye...apapun kepada yang MC semoga cept baik ye
ReplyDeleteTerima kasih SA
Delete2 hari lps kak lin pun beli epal strawbery ni.. comel2 buahnya.. 😉
ReplyDeleteComel kan...
DeleteTapi sebelum ni saya beli dia tulis ceri apple..
Ada yang komen namanya crab apple...& bila google search memang crab apple
dapnya.... kena plak ngan sup..extra sedap!
ReplyDeleteAda kelas online memang tak macam MC lah gitu. Eh ada strawberry apples juga. Sana sini nampak buah ni. hihi..saya pun baru update. Sedapnya nasi goreng mama cella banyak accesories siap sup lagi tu. Memang eloklah untuk orang sakit. Semoga cepat sembuh.
ReplyDelete