Maksudnya :
Jika seseorang melakukan sesuatu yang bukan kebiasaan,pasti ada sesuatu yang tersebunyi...
Contohnya kalau sebelum ni liat nak pi kerja...tetiba,hari ni belum subuh dah sampai tempat kerja ...
mmm..macam tu la kot maksudnya🤣
pic Google : Burung Tempua membuat sarang
Menurut mak saya,ini sarang burung tempua jantan.
Pic Google : beginilah rupanya Burung Tempua
Setiap kali nampak sarang burung tempua,saya akan teringat arwah Long Sakri iaitu salah seorang tuan punya sawah di kampung kami.Dulu masa kanak-kanak saya selalu juga ambil sarang burung tempua yang dah lama yang gugur bersama pelepah kelapa.Kami akan buat main sarang burung tu.Tapi apa la sangat nak dimainkan.Sekadar membelek sarang burung yang berselirat anyamannya tetapi sangat kemas dan rapi.Suatu hari ketika bermain sarang burung ni Long Sakri berkata kepada saya dan rakan-rakan bahawa siapa yang dapat membuka dan meleraikan anyaman sarang burung tempua ni akan jumpa sebatang jarum emas di dalamnya..
Sarang brung tempua ini saya temui tergantung di pohon renek tepi sawah berhampiran rumah kami kat Kedah..Setelah diperhatikan,terdapat 6 buah sarang burung tempua tergantung di pohon renek tersebut
Sarang Burung Tempua biasanya dibuat diranting pokok yang tinggi.Dari pemerhatian saya sebagai anak kampung,biasanya burung tempua membuat sarangnya dihujung ranting atau kami panggil hujung julai.Bukan julai nama bulan tetapi julai tu bermaksud ranting paling hujung.Kerana letaknya sarang burung ni dihujung julai,yang tinggi,biasanya pemangsa yang lain seperti ular,biawak sukar untuk masuk ke sarang burung tempua.Sarangnya sangat ringan kerana dibuat dari anyaman rerumput dan daun lalang yang disiat-siat dengan paruhnya.Semakin lama semakin ringan kerana rerumput akan kering.Maka sebab itulah ia boleh dibina dihujung ranting halus sekalipun.Berat badan ular dan biawak pastinya tidak dapat meniti hingga hujung julai yang kecil atau dihujung pelepah daun kelapa yang tinggi.Maka semua akan menelan air liur sahajalah kerana tak dapat mencapai telur atau anak burung tempua dalam sarangnya yang terbuai-buai ditiup angin..Manusia pun agak sukar nak mengambil sarang brung tempua ni kerana terlalu tinggi.
Kerana kebiasaannya burung tempua ini sarangnya dibina tinggi di atas pokok,Maka jika tempua membina sarang diranting yang rendah,pastinya menjadi satu keanehan atau sesuatu yang bukan biasa.Menurut cerita orang-orang tua yang berpengalaman,jika burung tempua membuat sarang di dahan yang rendah,pastinya ada sesuatu yang menyebabkan burung tu berani mempertaruhkan sarangnya didahan rendah.Kata orang biasanya mesti dipokok tersebut ada sarang penyengat atau lebah atau tebuan bersarang.Tempua akan berasa selamat kerana pemangsa lain takut mendekati sarangnya kerana akan disengat oleh penyengat atau tebuan tersebut.Itulah "ada-berada" yang dimaksudkan..
Wallahua'lam......
Saya tak dapat mengambil gambar burung tempua yang sedang membina sarangnya kerana ketika dihampiri,burung tu terbang.Maka saya guna gambar daripada Google.
Saya ada mengambil dua buah sarang burung tempua yang tiada telur dan anaknya.Saya bawa balik KL untuk digantung di anjung jendela sebagai singgahan burung gembala kerbau yang selalu menjadikan ampaian saya sebagai port bertenggek.
Sarangnya tiada kantung untuk isi telur.Sekadar ada tempat hinggap bergayut untuk burung jantan berehat macam bermain buaian la katanya.Wallahua'lam .
Ini pula,kata mak saya ...sarang burung tempua betina.Terdapat kantung yang membolehkan burung betina bertelur dan telur atau anaknya tidak akan jatuh kerana kantung tu berbentuk dalam macam mangkuk atau bentuk perut.Menurut emak saya ini sarang yang sudah ditinggalkan kerana ada kesan bulu burung.Maknanya anaknya sudah besar dan sudah terbang meninggalkan sarangnya.
Jika sarangnya baru dibuat,ia bewarna hijau kerana burung tempua menggunakan koyakan rumput dan lalang untuk menganyam sarangnya.Kalau sarang warna hijau,maknanya sarang baru bina dan kalau dah coklat tu sarang yang agak lama.Bila semakin lama,rumput dan lalang akan kering dan jadilah sarang tu bewarna coklat kerana lalang dan rumput tu sudah kering.
**Masa nak ambil sarang ni,kami berhati-hati juga kerana takut juga sebarang bahaya seperti penyengat atau tebuan bersarang.Alhamdulillah,
tiada kejadian tak diingini
Setiap kali nampak sarang burung tempua,saya akan teringat arwah Long Sakri iaitu salah seorang tuan punya sawah di kampung kami.Dulu masa kanak-kanak saya selalu juga ambil sarang burung tempua yang dah lama yang gugur bersama pelepah kelapa.Kami akan buat main sarang burung tu.Tapi apa la sangat nak dimainkan.Sekadar membelek sarang burung yang berselirat anyamannya tetapi sangat kemas dan rapi.Suatu hari ketika bermain sarang burung ni Long Sakri berkata kepada saya dan rakan-rakan bahawa siapa yang dapat membuka dan meleraikan anyaman sarang burung tempua ni akan jumpa sebatang jarum emas di dalamnya..
Wow.....teruja betul kami mendengarnya.Maka berebutlah kami untuk meleraikan sarang burung tu.Tapi kata Long Sakri andainya ada jalinan tu putus ,jarum emas tu akan hilang..Alamak,habis tu macamana nak leraikan tanpa putus.Dah la anyamannya sangat complicated.Sangat kemas dan teguh.Rasanya mustahil nak lerai tanpa memutuskan setiap helai anyaman tu.Akhirnya kami putus asa...
Melihat kami yang kecewa....Long Sakri terus menerangkan kepada kami.Kata Long Sakri....
Sarang tempua ni sangat berselirat dan memang mustahil untuk meleraikan tanpa memutuskan anyaman tu.Jika pun dapat dilakukan pastinya memerlukan kesabaran,kesungguhan dan memakan masa yang sangat lama.Jika masa,tenaga dan kesabaran serta kesungguhan itu digunakan untuk bekerja,pastinya sudah mampu untuk membeli sebatang jarum emas.
Laaaaa......kok gitu..!
Ramai orang yang ambil sarang burung tempua ni buat hiasan
ReplyDeleteKan ..
DeleteAda yang jadikan sebagai sumber pendapatan jual sarang burung ni
nice... arwah suami ayu siap beli dulu.. nak wat hiasan punya pasal
ReplyDeletebetul..ada orang cari untuk jual..
DeleteOh gitu ya, kalau bersarang rendah mungkin ada penyengat dsbnya. Pernah jumpa memang rendah, kira senang la saya nak ambil foto dan videonya. Yang lain tinggi di pokok kelapa.
ReplyDeleteKita berhati-hati dan beringat la..takut juga kan..
Deletehihihi
ohhh terima kasih kak untuk penerangan pasal sarang burung tempua tu dan maksud peribahasa tu. Baru tahu ada sarang burung untuk jantan dan betina rupanya. Ingat cuma ada yang berpasangan je. Bagus betul kata-kata dari arwah Long Sakri tu, sangat dalam maknanya sangat berkias
ReplyDeleteOrang tua-tua dulu menjaga tutur kata..banyak guna kiasan...Kita sekarang kena straight to the point...kalau berkias tak faham🤭
DeleteWahhhhh.. entri yang bagus ni, Mak Ngah. Banyak info dari keterangan tentang peribahasa sehingga maklumat tentang sarang burung tempua. Secara jujurnya, sy tak kenal rupa burung tempua. Terima kasih, Mak Ngah.
ReplyDeletehihihi ..nanti kita belajar peribahasa yang lain pulak yer🤭
DeleteKak lin prnh tgk sarang burung tempua ni.. tp xprnh nk ambk tau cte nya.. umi cella buat cte burung tempua & sarangnya jd menarik.. tq umi cella.. 🤩
ReplyDeletesama-sama kongsi info sekadar yang saya tahu..Masih banyak yang saya tak tahu...hihihi
DeleteLa, lain ya sarang burung jantan & betina...baru tau...
ReplyDeleteDulu selalu tengok sarang burung tempua ni dekat rumah Pak menakan...tinggi atas pokok memang tak tercapai..
Saya pun selama ni ingtkan sama ja semua sarang..bila mak cakap baru perasan ada perbezaan...
Deletebestnya baca entri ni hehehe. baru tahu ada sarang jantan betina berbeza.
ReplyDeleteAlhdulillah...
DeleteSaya pun tau dari mak 🤭
banyaknya ilmu yg dapat dari posting ni...bukan ilmu je...perkataan baru sekali (anyan, tetai)...tq info mamacella
ReplyDeletehihihi....
Deletebiasa la Ammi ....jari mokcik ni besau memang typo sesaja🤭
Ohh begitu ceritanya. Kagum dengan kegigihan burung buat sarang. teguh sarangnya dan berseni. Sarang burun tempua ni cantik, sesuai sangat buat hiasan. Saya pun ada ambil sarang burung, tapi sarang burung biasa je. Simpan untuk buat props gambar.
ReplyDeleteFiza berseni orangnya...prop sentiasa cantik..
DeleteSaya asal boleh ja 🤭
Sarang burung ni saya try gantung di anjung ampaian..Nak tengok ada burung masuk ke tak🤭
Wau...SA belajar benda baru hari ni...terus teringat lagu Burung tempua....terbang tinggi mencari dahan...mcm tu la kot..kadang ada orang jual sarang tempua ni kan..
ReplyDeleteUnik dan boleh buat hiasan rumah
eh...ada lagu ek...saya hanya reti lagu burung tiong & burung kakak tua🤭
Delete