Lepas sarapan @ MEDAN SELERA BANDAR TUN RAZAK semalam....bawa mak ronda-ronda KL jap...Lalu depan Dataran Merdeka...tapi jalan tutup tak boleh la nak lepak tepi Dataran Merdeka tu..
Bawa mak lalu depan Pudu Sentral( dulu Pudu Raya) sebab mak nak mengimbau kenangan zaman datang KL naik turun bas kat Puduraya..Tak dapat nak snap pic sebab drive..
Dulu zaman mak masih muda...sekitar tahun 90-an hingga 2016 mak masih kuat datang KL naik bas.Tunggu mak kat Pudu Raya hinggalah bila Pudu Raya diubahsuai jadi Pudu Sentral...mak naik bas turun pula kat Hentian Duta.Kemudian pindah lagi ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS)Kali terakhir mak datang naik bas 2016 @ TBS la...Lepaa tu mak Achik dah tak benarkan lagi mak naik bas...takut jatuh atau apa-apa sorang-sorang.Kalau nak datang KL pun mak akan datang dengan keluarga Achik.
Bawa lalu Pudu Sentral...Central Market dan pusing-pusing sekitar..banyak dah tempat mak dah tak cam.Kalau dulu mak boleh cerita sebiji-sebiji kawasan sekitar tu.
Parking depan Restoran A.Hassan ni.Ada lauk ayam kampung,ulaman bagai...Tapi dah tawaf dari hujung sampai hujung...mak tak mau makan situ..
Lepas makan, mak nampak Keropok Belinjau...Terus mak tuju...Suka betul mak dengan keropok belinjau..Kat Kedah jarang jumpa.
Dekat 1 jam juga kat situ...jom balik..
Berselera nampak mak makan mee sizzling.
ReplyDeleteMak suka keropok belinjau ye. Kita pun suka. Lemak-lemak pahit. Dah lama tak makan keropok tu. Teringin pulak!
Nanti Kak Amie cari kat Parit Raja. Yang mentah pun banyak jual kat sana.
Deleteha... tak lama lagi tu SK... bulan Disember, kalau sempatlah
DeleteWah....akan ke Tanah Jauhar ye...
DeleteSemoga ada rezeki Cikgu dapat bertemu adinda SK🤭
Nampak berselera mak makan.
ReplyDeleteAlhamdulillah....🤲🤲🤲
DeleteSelera mak dah berubah, jemu kot makan nasi, hihi.
ReplyDeleteTu la..
Deletekalau dulu kemain susah nak ajak makan kat luar..
La ni...dia tertunggu nak pi makan kat luar
pernah makan satay dekat awan besar tu, tapi tu dulu lah masa bujang lps tu tak pernah ke sana lagi. Apa lagi akak belikan la kerepek melinjau yang belum goreng dekat sini kak, mesti seronok mak akak makan, lagi best akak gorengkan siap2 heeheheh
ReplyDeleteSate Samuri kat Awan Besar masih ada...
DeleteTapi kat r&r Kinrara seberang sana tu tutup..
Tu la lupa nak oi cari kerepek belinjau mentah tu
Seronok bawak mak jenjalan kan..lagi seronok dapat mwngimbau kenangan...tp tu la kebanyakkan tempat dh banyak berubah
ReplyDeleteBetul SA..
DeleteBanyak tempat dag berubah...Kita pun kalau tak selalu pi...boleh jadi dah tak cam
Seronok mak dapat jalan jalan KL sambil tu boleh imbas kembali zaman sebelumnya. Mak saya pun suka betul keropok Belinjau. Kalau singgah Ayer Hitam mesti beli.
ReplyDeleteTaste mak-mak kerepok belinjau ni..termasuk saya🤭
Delete