Tuesday, 4 October 2022

BEKAL SIMPLE SEDAP WRAP GARDENIA

Kadang dah takda idea nak buat bekal yang sedap.Selalu kalau nak buat bekal cepat,simple dan sedap saya pilih Gardenia wrap.Pilih filling yang senang nak sediakan..Sihat tak sihat bergantung pada filling dia..Tapi saya selalu guna filling tak la sihat  sangat...sebab guna nugget atau kepingan burger ja...hihihi.Kalau nak filling sihat guna la chicken grill ka atau yang sewaktu dengannya..



-Gardenia wrap saya suka pack hijau ni...wholemeal

- Gorengkan beberapa ketul Ramly's nugget tempura.

- Kadang saya guna kepingan burger ayam brand Ramly's..Lebih sesuai guna kepingan burger ayam berbanding kepingan burger daging sebab kepingan burger ayam lebih garing rangup dan sedap serta lebih sesuai untuk wrap ni.

- Kadang ada lebihan ayam goreng pun saya jadikan filling wrap ni.

- Kalau dah takda ap sangat..saya dadarkan telur...letak atas wrap..roll...siap..hihihi

- Guna salad campur ready to eat.Suka beli yang dah siap campur sebab rangup.Apa rahsia depa bg daun tu rangup?Kalau beli whole sepokok sepokok daun salad tu macam tak serangup yang ready to eat ni.

- Guna kewpei sos.Sedap sos ni lemak berperisa.Saya beli yang ada campuran bijan.Kalau takda sos ni saya guna saja mayo @ cili sos pun jadi..hihihi


Bentang wrap...
Susun sikit salad...
Tambah nugget
Roll kemas-kemas..


Untuk bekal biasanya lepas roll...saya guna plastic cling untuk balut supaya lebih kemas dan mudah nak makan kerana ni adalah bekal anak bujang saya..hihihi


Saya hanya bawa bekal telur rebus hari ni..Dah beberapa minggu bawa dan makan telur rebus waktu pagi kerana terinspire dengan Cikgu Amie yang selalu bawa bekal sihat tu.Cuma belum terbuat bekal sihat suku suku separuh tu..
In shaa Allah kalau dah niat dan  disebut-sebut nanti jadi doa...kan


Ok.. ni sunrise sekejap tadi dari jendela bilik kerja saya..


Baru sekajap rakam ...cuaca dah berubah...matahari diseliputi awan...Saya dah siap bancuh kopi dan bakar roti...Nak sarapan jap sebelum memulakan tugas...Jemput minum..

24 comments:

  1. sama ngan MA, suka wrap yg whole meal tu... MA lagi la...ayam masak rendang or masak merah tu, amik part dada....soyat2 kan isi nya...letak dlm wrap dgn salad. tuang skt sos nya...siappp!!! lagi x sihat rasanya but sedap...ok je. he he he

    ReplyDelete
  2. gardenia wrap tu kene masak (panaskan) dulu ke cemana,sblm kita bubuh inti kat atasnya, tak pernah buat lgi sblm ni..tq mama chella share resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna brand Gardenia ni saya tak panaskan pun..Tapi kalau guna Tortil sedap dipanaskan

      Delete
  3. Ye la.. lama xbuat wrap.. ank dara kak lin suka romaine salad.. mcm2 sayur dia letak.. mkn 1 da kenyang..
    Cantiknya pemandangan sunrise.. Org travel jauh nk tgk.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. romaine pun sedap kan..hijau rangup..Saya juga pernah guna iceberg...bila makan rasa sangat sama dengan KFC twister🤭

      Delete
  4. Saya bawa bekal wajib, air tapisan, betik dan telur rebus. Makanan lain beli di warung atau beli di kantin.
    Teringat dulu waktu rajin beli wrap, macam-macamlah diisi dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mencari juga betik...aduhai dok di Malaysia pun punya payah nak dapat betik.Yang ada hanya betik solo..mahal ya ampun..sekilo RM10

      Delete
    2. Ya ampun! Mahalnya sampai RM10 sekilogram!

      Delete
  5. Kadang teringin jugak nak buat wrap macam ni tapi memikiokan sy makan bekal dalam kereta sambil memandu. Nanti nak buatlah juga utk sarapan hari Jumaat/ Sabtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau roll bg kemas dan balut dengan plastic cling tu in sha Allah mudah nak makan SK..anak bujang saya pun sarapan sambil drive...tapi kereta dia lg kemas dan harum berbanding kereta saya🤭

      Delete
  6. rajin akak membuat sarapan, dana pun dah lama tak bawak sarapan wrap gini. kerajinan makin kurang sekarang ni

    ReplyDelete
  7. Tengok wrap ni, teringat masa pkp dulu..buat kulit wrap tu ikut resepi akak. Memang sedap. Filling buat chic popcorn n sayur. Sos roasted sesame tu. Sedapnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama tak buat sendiri kulit wrap ni..Kalau buat sendiri puas makan kan..rasa manis lemak tepung segar jer kan...ish..kalau rajin weekend ni nak buat stok..kalauuuu🤭🤣

      Delete
  8. Senang bawa bekal wrap. Nak makan pun senang dan cepat siap makan. Idea bekal paling mudah. Kena pandai pandai pelbagaikan filling dia. Cantik gambar layung tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...filling dia boleh guna macam-macam...
      Hari tu ada sekali saya guna megi goreng..uiii not bad...kenyang berganda🤣

      Delete
    2. Wah...luar kotak idea ni. Macam best gak tu. Boleh cuba.

      Delete
  9. Saya suka makan ber wrap camni 🤩 Memang amek yang jenis wmeal ni kalau tetiba teringin nak makan... Kemasnya balutan.. sy punya gemok terus.. Lelagi kalau letsk tolo hancur.. penuh isi teruss 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gemuk tu yang sedap...penuh inti...saya isi 2 ketul nugget saja🤭..lepas roll saya balut dengan plastic cling supaya kemas tak terburai...

      Delete
  10. wahh ada wrap gardenia skrng hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama ada wrap ni VM..dulu kita selalu guna brand Mission tu kan...Brand Gardenia ni lebih lembut VM

      Delete
  11. Okey boleh buat wrap mcm ni..selalu buat jenama mission je...gaddenia dh ada rupanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin SA tak perasan sebab dah terbiasa amik mission tu agaknya...dia biasa ada kat roti department🤣

      Delete