Seronok pula bila majlis dibuat di kawasan terbuka dengan kehadiran warga kerja bersama keluarga dan penduduk sekitar.Walau tak ramai mana tapi sangat bermakna.
Majlis adalah dengan kerjasama daripada PPZ Wilayah Persekutuan,Kuala Lumpur.
" Rasulullah Sebagai Suri Teladan"
Mengajak kita untuk bersama mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Sebenarnya nak fokus kepada seorang remaja berbaju hijau dan berkaca mata tu...
Suaranya..masyaa Allah merdumya ketika melaungkan azan maghrib dan isya'
Bertubuh kecil tapi suara gemersik.Dengar depa dok sembang umurnya sekitar belasan tahun namun suara tidak pecah.Ketika melaungkan azan,semua mata tertumpu kepadanya..Bertuah ibu dan bapanya...Sejuk perut ibu mengandung.
Zura,Ekin,Yati dan Ruby bersama anak-anak Zura yang comel..bersedia untuk solat isya'.Sebelum solat bergambar duluš¤
Dikurniakan hati yang sentiasa hidup dengan kalimah-kalimah Allah.
Turut disediakan Kaunter Zakat Bergerak.Sesiapa yang nak buat pembayaran zakat,potongan gaji dan penambahan potongan gaji untuk bayar zakat boleh berurusan.
Dikurniakan persekitaran dan rakan sekerja yang saling menghormati dan berkasih sayang kerana Allah..
Dalam pukul 9++ dah selesai.
Baru beberapa hari lepas,hati terdetik,nak ke PPZ..
Nak tambah potongan bukan sebab gaji banyakpun...tapi sebab bulan lepas masa ke LHDN,semak potongan income tax..terasa ruginya potong zakat sikit...tapi kena juga bayar income tax
Ini kerana bila buat potongan zakat,auto dah tolak dalam pengiraan income tax..
So,lebih baik tambah potongan zakat untuk pengecualian.Kalau tak,contohnya nak dapat pengecualian kerana beli laptop,komputer,buku bagai semua nak kena simpan resit/ dokumen bawa ke income tax sebagai bukti...jika diminta..
Kalau resit hilang memang takda bukti la kan.Maka takda la pengecualian untuk itu. Kalau potong zakat tak risau bukti/dokumen tu hilang sebab dah ada kat slip gaji.Kita boleh print dan bawa jika diminta..
Sedangkan kita boleh kurangkan bayar kepada LHDN melalui tambah kat potongan zakat..
Kelebihan untuk kita sebagai muslimin dan muslimat..kan...
hihihi
Tak lama pun.Dalam 10 minit saja nak semak potongan lama dan nak tambah potongan baru.Kata pegawai bertugas,
In shaa Allah bulan November nanti dah mula potongan baru.
Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan,PPZ dah ada depan mata..tak payah nak bersusah payah meredah jem bagai.Silap-silap tak pi pun..
Sebab sebelum-sebelum ni pun saya berurusan melalui kaunter bergerak saja.. š¤hihihi
Selesai urusan terus balik..
Esok pagi nak datang lagi..
Pepagi tadi ada senamrobik pula..
Depa la bersenam..
Saya bersenang lenang kat belakangš¤£.
Balik tadi singgah makan sesiap.Beli sesiap nasi bungkus untuk anak bujang tu.Sampai rumah lepas Zohor terus ZZZzzzzz
Dekat asar baru bangun...
Ni baru update blog..hihihi
Alhamdulillah.
ReplyDeleteHidup yang sempurna, ada pengisian duniawi dan ukhrawi.
Memang terpukau kalau dengar suara azan yang merdu, mersik!
Alhamdulillah..
DeleteBetul cikgu..laungan azan tu ada yang sangat menyentuh dilubuk hati kita kan
Betul tu, lebih baik potong untuk zakat kan =)
ReplyDeleteKan....saya pun dulu tak faham sangat...bila dah faham baru sedar betapa beruntungnya kita sebagai seorang Muslim
Deletealhamdulillah..bagus ada majlis2 mcm ni
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSA pun dh buat potongan tambahan...last week...SA suka majlis2 macam ni .senang beruursan bila ada kaunter bergerak
ReplyDelete