Monday, 31 October 2022

MAKAN @ RASA FOOD ARENA ALAMANDA: DULU MAK MARAH KALAU KAMI MAKAN DALAM KUALI...SEKARANG MAK PUN MAKAN DALAM KUALI..🤣


Semalam Ahad....bawa mak lunch kat Alamanda.
Rasa Foodcourt tu kali terakhir mak datang dulu kat lavel P3 sama lavel dengan MdC & MPH tu.
Kali ni datang foodcourt tu dah pindah ke level P4 dah..atas sekali..
Dulu Achik selalu bawa mak makan kat sini.
Ni dah dua hari mak dok sebut nak makan kat Alamanda tu ..so,semalam cuti kan..boleh la bawa.

Mak order kat Little Wok
Makan nasi dalam kuali la mak..hahahaha
Dulu mak marah kalau kami makan dalam kuali..
Hari ni mak langgar pantang sendiri..🤭

Kata mak....takpa la dah lama dok pantang.Tua-tua makan dalam kuali tak pa...hahaha


Mak order spicy chicken rice ....dengan air barli ais


Saya pilih yong taufu sup
Saya suka yong taufu sup berbanding cicah sos tu..

Tengok peria dan terung sumbat isi ikan ni teringat buku SRT dulu-dulu... kalau tak silap dalam buku SRT tu dipanggil Sup Sayuran  Bersarak..


Lepas makan ronda-ronda sat dalam Alamanda tu

         video dari google
Suasana Rasa Arena Food Alamanda...
Sebenarnya saya rakam juga video dengan handphone saya tapi banyak sangat muka orang depan kami yang jelas dan saya tak pandai nak blur kan..Jadi saya guna video dari google..

Kalau kat sini makan waffle & Roti John Chees memang recomended..sedap.


14 comments:

  1. Hahaha.. samalah mak kita, pantang makan dalam kuali atau periuk belanga. Minum dari jug pun salah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      Mai kat generasi kita & selepas...habis dilanggar pantang

      Delete
  2. kalau dengan mak saya tengok kedai hidang macam ni dia takmo masuk kak..katanya terlebih cari kelainan smp adab dilupakan huhu
    dah bagitau kualinya cantik bersih mak takmo juga dia,skrg ni dalam pasu pun orang makan inikan pulak kuali ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...memang sepatutnya kita menjaga adab..
      Tapi tu la...dah keadaan la ni pakat berlumba mencari kelainan kadang kita terjebak juga..
      Cuma kalau sampai ada yg hidang dlm "kasut"..dalam "mangkuk tandas"..
      belum la boleh terima lagi🤭🤭

      Delete
  3. Haaaa... samalah dengan mak kita. Itulah cara orang dulu-dulu nak didik anak, banyak pantang larangnya. Tapi, dibawanya juga periuk nasi dan lesung isi sambal letak dengan lauk-pauk lain waktu makan sekeluarga hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kita dah bagus dah didik kita...Cuma kita ni kadang terikut juga perubahan walaupun bukan perubahan baik sangat kan..🤭
      Bab hidang dgn periuk belanga..kadang lagi feel makan macam tu🤣

      Delete
  4. Kalau abah SA dia bangun ni..pi mintak pinggan kosong...padahal makan dalam kuali kecik tu trademark restaurant tu..hahaha..apapun janji mak akak happy

    ReplyDelete
  5. mak saya pun sama juga! hahaha

    ReplyDelete
  6. yelah kan kak mmg pantang orang tua kan makan dalam kuali tu. Tapi sekarang dah gaya nya gitu nak buat camne kan, nampak sedap yong tau fu akak, ye belah johor mmg yong taufu makan dgn sup.Tapi belah sini susah nak jumpa yong tau fu dengan kuah sup selalu kuah sos hitam merah tu. Buku SRT tu buku apa kak, sains rumah tangga ek, dana dulu ERT dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la ..jarang jumpa orang jual yong taufu sup..dulu selalu dengar belah selatan ada yong taufu sup..
      SRT tu Sains Rumah Tangga..
      Zaman Dana sek men..saya dh masuk kolej...pun ada subject ERT..saya suka

      Delete
  7. Orang tua banyak pantang larangnya. Terpaksalah mak langgar pantang di zaman moden ni. Sedapnya yong taufu sup tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...
      La ni banyak juga dah pantang larang terpaksa dan sengaja dilanggar🤭
      tong taufu sup sedap tapi tak tau pasai pa orang jarang jual

      Delete