Sunday, 2 October 2022

MENU LUNCH HARI INI: ASAM PEDAS SARDIN,IKAN MECEREL GORENG KUNYIT HIDUP BAWANG PUTIH,SAMBAL KERING TEMPE & TELUR DADAR

 

Panjang tajuk hari ni sebab sebut semua menu🤭Dah lama tak masak asam pedas...



Hari ni masak asam pedas ikan kurung dalam tin...hihihi..


SARDIN TIN ASAM PEDAS


1 tin sardin mecerel
10 batang bendi
¼ cawan cili kisar
² sudu bawang kisar
1 bunga kantan
1 serai
1 sudu teh pes asam jawa
minyak,garam,gula

1. Panaskan 4 sudu minyak dan tumis serai ketuk & bawang kisar.Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak 

2. Masukkan sos sardin dan pes asam jawa yang dibancuh dengan 1 gelas air.Biar mendidih.

3.Tambah ikan, bendi,kantan,garam dan secubit gula untuk imbang rasa.


Ni kali kedua buat ikan macam ni hasil perkongsian resipi dari SURIA AMANDA


Bahan- Bahan

Ikan Cencaru - 4 ekor ( SA guna seekor aje yang paling besar dan jangan buang jaket dia tu)- saya guna Polland mecerel

Kunyit Hidup - sejengkal
Bawang Putih - 7 -10 ulas
Garam

Cara masak
Tumbuk kunyit sampai hancur
Asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
Then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu

Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali

Goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan

Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga

Then gaulkan pada ikan macam dalam gambar

Dah siap...


Saya gantikan ikan cencaru dengan sekor Polland mecerel yang besar.Saya buat bahan serdak tu lebih...nak makan bagi puas.Saya guna 2 labu bawang putih,2 jengkal kunyit dan saya tambah 1 jengkal halia...derhaka sikit ja takpa ye SA 🤭


Buat sambal kering tempe+bilis+kacang tanah


Sambal ni sedap meratah..hihi


Kami dua beranak dengan  anak dara makan lauk ikan goreng nak gu dengan asam pedas..Goreng juga la telur dadar untuk anak bujang nan sorang tu...

Saya masak awal hari ni...

Hari ni lunch 3 beranak..Cella balik KL hari Khamis nak buat persiapan barang keperluan untuk pendaftaran.


Sampai terlena dalam telekung🤭terperosok bawah kerusi..menyiapkan lagage dan segala barang untuk pendaftaran nanti.Dah macam tongkang pecah dia tengah pilih dan asingkan mana nak bawa..Sepanjang bulan Ogos dan September hingga awal Oktober ni KL-Kedah-KL dah dekat 20 kali dah rasanya.Ada perkara perlu diselesaikan..kejap Kedah..kejap KL..nenek dia kata...

"hangpa ni berulang 

KL-Kedah dah macam Pendang -Alor Setar ja dah naa.."


Hihiihi... ni pun lepas lunch dia dah  balik Kedah semula...🤣

20 comments:

  1. Sedapnya asam pedas. Malangnya dalam banyak2 menu, asam pedas je wife tak makan. Saya suka sangat! ada telur masin pulak.. aduhai.. syahdu.

    ReplyDelete
  2. Hahaha..ayat last tu sama macam ayat jiran sy kat kampung dulu. Masa study kat uum, balik kg sebulan 2,3 kali. Asal hujung minggu je dia nampk muka saya kat rumah. Dia pun cakap " amboii, kedah selangor dah macam sg besar dengan shah alam je". 🤣. Tahniah cella dapat sambung study. Kat mana la agaknye tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish...tiap.minggu balik tu...homesick ka

      Delete
    2. ops...tunggu pendaftaran 6hb ..
      Khamis ni kita upadte ..boleh la satu entri dah kan🤭🤣apapun terima kasih atas semua doa2 yang baik.semoga yang baik juga kembali kepada semua

      Delete
  3. Oh, awat tak dok ja kat Kedah sampai settle semua urusan di sana? Apapun semoga urusan TTK dipermudahkan. Macam belum diberitahu TTK sambung degree kat mana, kami tunggulah Mak Ngah umumkan nanti 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena balik juga KL buat peraiapan sebab pendaftaran 6hb ni..Hari tu dok ingt daftar 11hb..
      Nanti kita umumkan 6hb nanti..🤭..in sha Allah...
      Iman dah siap lagage dah ka?
      UTM sepalaung ja kan..kalau tertinggal apa-apa..sesambil bonda pi kerja boleh kona singgah🤣

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan pendaftaran Cella.
    Saya rindu nak masak asam pedas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pula teringin sup ceker cikgu...hihihi

      Delete
  5. macam cari gambar tersembunyi
    Cari gambar budak terlena tak jumpa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu...dalam telekung hitam bawah kerusi emoji bunga-bunga tu la budak tu🤣

      Delete
  6. mujur misi mencari budak tidur jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tuntut hadiah teka benda tersembunyi🤣

      Delete
  7. Uishh..sedap tengok asam pedas tu. Menu jadi kegilaan saya sekarang ni. Begitulah kehidupan seorang student. Saya dulu pun rajin balik masa study Penang dulu. Penang-Johor dibuatnya macam dekat je. kejap naik train kejap naik bas. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uih....utara ke selatan tu...lagi jauh..
      Saya ni teringin nak balik Kedah naik train tapi takut nak naik sengsorang🤭

      Delete
  8. Tudiaaa...ulang tayang lagi...eh x pe la kak...nak derhaka pun ok janji sedap...guna apa2 ikan pun boleh...cuba guna ikan siakap plak..mesti sedap..

    ReplyDelete