Wednesday, 12 October 2022

SAYA SUKA PASTA BAWANG PUTIH

Dalam perjalanan balik rumah tadi dah plan nak masak pasta bawang putih.


Sampai rumah,terus jerang air nak rebus pasta.Terus cincang selabu  bawang putih dan 7 biji cili padi Bangladesh.Kena buat sebelum mandi kerana tangan akan berbau bawang putih dan pedas cili kan.....hihihi

SPAGHETTI OLIO BAWANG PUTIH

½ paket spaghetti
( saya guna pasta vermicelli)
½ kiub ayam 
7 cili padi-hiris
1 labu bawang putih
garam,minyak & daun basil

1. Jerang ¼ periuk air hingga mendisih untuk rebus pasta.

2. Panaskan ½ cawan minyak dan goreng bawang putih cincang hingga keemasan.Angkat bersama minyaknya dan ketepikan .
**Sementara itu masukkan pasta dalam air mendidih dan masak hingga agak lembut

3. Tinggalkan agak-agak 3 sudu minyak bawang putih dalam kuali dan tumis cili padi.

5. Masukkan pasta dan gaul rata.Perisakan dengan kiub ayam dan garam jika perlu.Jika pasta belum cukup lembut + air rebusan pasta dan biar mendidih hingga pasta lembut.

6. Sesuaikan rasa.Gaul bawang putih rangup tadi dan  tabur daun basil.Saya hanya tabur daun sup sebab takda sweet basil.hihihi


Sebaik sahaja padam api dapur,barulah mandi dan solat asar.Tidak sabar nak makan..hihihi.

Pasta bawang putih ni sangat saya gemari walaupun ada pilihan lain untuk masak pasta.Saya lebih menyukai pasta yang dimasak  basah-basah sikit dan makan panas-panas...nikmatnya..

Kalau masak pasta bolognese memang hanya untuk anak-anak sebab saya kurang berminat.Kalau masak sos carbonara ka,saya makan la juga.


Ada telur rebus baki anak bujang tu bawa bekal..Juga saya tambah hirisan timun jepun sebagai pelangkap.


Bancuh secawan teh 0 panas...
Slruppp....saya tengah suap pasta bawang putih dan hirup teh 0 panas ni sambil menaip entri ni.Lepas publish entri ni,nak blogwalking sat.Takdan nak bertandang banyak rumah..kita singgah mana yang sempat... 
Sekejap lagi senja akan berlabuh.
Maghrib akan tiba..malam pula menjelma.Masa untuk kita berehat sebelum memulakan rutin yang sama lagi esok hari...In shaa Allah...


17 comments:

  1. Selamat menjamu selera
    Nampak sedapnyer

    ReplyDelete
  2. Memang sedap makan pasta yang basah-basah sikit. Sama kalau makan mi goreng. Senang nak telan.

    ReplyDelete
  3. Kak lin ni da jangkit umi cella.. manjang nk tabur cili bangladesh.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Sebenarnya sedap...kalau cili padi biasa kurang menyengat kan kak Lin

      Delete
  4. wahhh....dap ni... kena plak pedas cili padi tu kan...emmm

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kak, kalau dana apa jua pasta memang kegemaran dana. Sedapnya pasta simple gini, bawang putih tu memang sesuai sangat kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...pasta tak pernah jemu dan bokeh pelbagaikan

      Delete
  6. Saya penggemar pasta, masaklah cara apapun, sy suka.

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa.. sy ngn ank mmg hantu pasta..
    boleh try resepi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak dan ibu suka.senang nak masak..jangan bapanya tak suka sudahh🤭

      Delete
  8. wah simple jugak bahan bahannya, boleh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      Simple tapi sedap sangat dengan bawang putih rangup dan minyaknya..in sha allah sedap

      Delete
  9. Tambah plak udang kecik2 atau sotong...eh..sedapnyaaa....rasanya macam ada lagi spaghetti kat rumah...bleh la buat nanti ni...

    ReplyDelete