Thursday, 6 October 2022

UPM JADI PILIHAN : PERSIAPAN & PENDAFTARAN

 

Hari ini menemani Cella untuk pendaftaran @ UPM


pic google


Alhamdulillah,akhirnya rezekinya di sini setelah 2 tahun di UniSZA Trengganu selesai menghabiskan pengajian peringkat diploma.Daripada beberapa pilihan universiti masa isi UPU.
Selain UPM,dia cakap dia mohon juga UiTM,UPNM,UM,UKM & UPSI melalui UPU.
Kos yang dipohon juga pelbagai.Ada memerlukan interview dan ada yang tidak.
Bulan Julai hari tu UPM panggil interview..
Bulan September pula UniSZA dipanggil interview.

Alhamduliah...result UPU dah keluar 25 Sept minggu lepas dapat UPM.Syukur Alhamdulillah..


Esoknya keluar result feeder pula menawarkan sambung degree kat UniSZA.Feeder ni kalau tak salah,sambung degree dalam bidang yang sama dan  di universiti yang sama selepas tamat diploma di situ.Tetaplah kena isi UPU kalau peringkat diploma atau diploma kat U lain tapi  nak sambung degree kat U lain....

Pendaftaran 10 Okt 2022 ...Isnin selepas Cuti Malidurrasul.

Cella dalam dilema kerana dua-dua dia nak tapi mana mungkin untuk memilih keduanya.Tak boleh poligami🤭..hanya monogami🤣

Tu sebab selagi tak daftar saya tak berani nak cakap dia dapat U mana.Hati dia masih berbolak balik antara UPM & UniSZA...hinggalah  sehari dua yang lepas setelah memanjatkan doa dan  buat pertimbangan.....

Tarik nafas sambil doa agar ini pilihan yang betul...sebab kena terus bayar yuran RM2k++ 

Akhirnya UPM jadi pilihan.Ingatkan semua U daftar minggu depan.Bila belek balik surat tawaran baru perasan tarikh daftar ialah 6 Okt.


Nak jadikan cerita,5 Okt ada ujian JPJ untuk lesen kereta.Tu sebab  malam Jumaat 30 Sept  balik KL untuk buat persipan serba sikit.Dalam perjalanan balik KL dapat pula berita rakan sekelas UniSZA kemalangan dan awal pagi Jumaat rakannya tah  kembali ke rahmatullah....Pagi sebelum ziarah arwah Cella kata dia nak ke CIMB buka akaun  dulu sebab UPM syaratkan kena buka akaun CIMB.masa kat UniSZA kena buka akaun Bank Islam...sama jugak macam kakak masa kat UiTM dulu buka akaun Bank Islam.


Kata Cella pagi Jumaat tu dia ke  CIMB dekat kawasan rumah ni tapi terlalu ramai.Dia order grab car pergi ke CIMB dekat Sunway Pyramid..Dah masuk bila nak isi borang staf CIMB bgtau kalau nak buka akaun untuk tujuan universiti hanya boleh buka kat CIMB dalam kawasan universiti tersebut atau CIMB yang terdekat alamat dalam mykad...
pulakkk..!!!

Saya pun tak tau pulak kata macam tu sebab hari tu masa buka akaun Bank Islam boleh saja kat mana pun...staf  Bank Islam tu siap bgtau mana branch yang tak ramai orang agar boleh ke sana supaya tak que panjang.
Kata Cella terpaksalah dia order grab car sekali lagi balik ke CIMB yang memula tadi..
Mmmm.....dah la sekarang ni bank ke apa ker..kalau call memang takkan ada orang jawab..!
Saya pula tak dapat nak bantu untuk hantar dia buat urusan buka akaun sebab terikat dengan kerja.
Apapun Alhamdulillah dapat juga selesaikan urusan buka akaun dan ziarah pengkebumian rakan yang meninggal tu.
Malam baru sampai rumah.

Sabtu 1 Okt tu..pepagi lagi keluarlah ke USJ cari pula serba sikit barang keperluan..toileteries etc .



Mug dan sudu pun nak beli juga...hihihi...



Hasil menjala @ Kedai Eco USJ..apa saja la yang dia beli dekat RM200 juga..


 
Singgah pula Mydin Mall nak beli stok makanan .megi jajan bagai..
Tapi setelah ambil satu dua barang..pandang kat kaunter bayaran...tudiaaaa..semua kaunter beratur panjang..
Akhirnya letak balik bakul tu..terus keluar..



Nampak pula Herold Bread...beli sorang 1pc roti ja buat alas perut.Dia boleh pula tanya...Dah berjaya dalam UPU ni takda apa-apa special ke...?
Kalau takda,nak minta makan kat Soru boleh ke???



Belanja la dia sikit...maklumlah sejak habis diploma,boleh kata dia memang dok Kedah sebab nak fokus siapkan lesen.Lepas SPM dah lulus lesen L dan dah bayar yuran belajar memandu..namun tiada rezeki kerana Covid 19 melanda dan terperangkap dalam PKP.Lesen L tamat tempoh..yuran burn..!
Sebaik habis diploma hari tu cari sekolah memandu kat KL & sekitar..semua kemain panjang Q...paling cepat bulan Nov baru ada kosong..tu yang deside ambil lesen kat Kedah.Bermula la episod ulang alik KL-Kedah-KL

Balik dari Soru terus siapkan segala dokumen berkaitan untuk pendaftaran..tak tidur dia semalaman..


Habis siap dokumen..siapkan pula bagasi..Sampai terlena lena.Kena siapkan juga kerana Ahad petang 2 Okt dah kena naik bas balik Kedah kerana Isnin 3 Okt dan Selasa 4 Okt ada latihan memandu.
Rabu 5 Okt JPJ test.
Alhamdulillah lulus.Malam tadi pukul 10 malam naik bas balik pula KL sebab nak kejar daftar UPM pagi tadi.Kalau naik bas pukul 10 malam biasanya pukul 4 pagi dah sampai.Tapi takdirnya jalan jem sebab ada kemalangan...
Pukul 7 pagi baru sampai TBS.Nasib baik abangnya dapat EL untuk daftar adik bongsunya ni.
Saya tak mohon cuti sebab hujung bulan nanti nak cuti lagi untuk konvo Cella.

So,pagi tadi abangnya tunggu ketibaan Cella kat TBS...Saya terus ke tempat kerja...

Pukul 10.00 pagi excuse untuk hantar anak.Terus balik rumah nak pick up barang dan tuannya.

Alhamdulillah...nampaknya Cella juga rezeki dapat U dekat Klang Velley ni.
Bak kata SK bila Iman dapat UTM...hanya sepelaung..🤭


Anak dara punya barang...🤭
Berbeza dengan anak teruna yang cukup 1 lagage sahaja..kan


Lepas Tol Sungai Besi...drive thru dulu la bekal untuk lunch sesiap.


Pukul 11++ sampai kolej kediaman .
Pendaftaran tutup pukul 4 petang.


Ni kolej kediaman siswa

Kediaman siswi

Lepas daftar...ibu bapa hanya boleh turunkan beg dan hantar sampai laluan ke tangga ni saja...
Beg ka apa ka...student kena angkat sendiri...
Saya ni  ingat lepas PKP Covid bagai...dah boleh la naik..berangan la nak hantar sampai bilik nak tengok bagaimana rupa bilik...


Awal-awal kena sound..parent tak boleh masuk....hihihi
Hantar dengan ekor mata saja la nampaknya...

Pendek saja lah proses pendaftaran kerana hanya daftar masuk kolej kediaman...yang lain katanya depa akan uruskan selepas pukul 5  petang .
So..nak tunggu apa lagi...balik laaaaaa

Terus ke tempat kerja semula....



18 comments:

  1. Ermmm..yg ni pun jarak sekangkang kera je ehh..hahahah..
    Tahniah Cella 😘.

    ReplyDelete
  2. skrg mana-mana gini..parents tak boleh naik. tu yg masa kyra 1st time masuk asrama sedih ammi dia. anak br form 1 kene jenjet beg berat2 naik tingkat 3 asrama. ada budak yg halus mulus lagi..sampai nangis2 dia.

    apa pun tahniah Cella

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...asrama sekolah pun tak boleh ek Ammi..
      Lagi la kesian kan anak,-anak kecil...Ni yang dah 20 tahun pun kita tgk kesian.
      apa lagi anak sekolah.Tapi dah peraturan kan...ikut ja la

      Delete
  3. Tahniahhhh Cella & tahniah Mak Ngah dapat U yg sepelaung. Samalah mcm anak sedara kita, Izzat, dapat 2 twrn U, tapi dia pilih feeder wpun dah dpt U yg dekat dgn rumah. Patutlah tak nampak Mak Ngah mcm sibuk2 nak jalan jauh. Gitu, lambertttt lagi la nak dapat rrpeat Nasi Dage Atas Tol 😍.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iman hari tu boleh pulak buka acc CIMB tak dalam kawasan u dan jauh dari alamat rumah. Agaknya peraturan baru ke?

      Delete
    2. Tu la...Cella pun berbelah bagi sebab suka persekitaran UniSZA dan kos sara hidup serta makan banyak yang murah dan sedap.
      Tapi UPM pun nak..hihihi
      Nanti kena cari Ijat lah masa konvo Cella...boleh ajak makan..hihihi

      Pasal CIMB tu tatau la pula peraturan baru atau apa..Rasa macam nak ja buruk sangka ja dengan staf tu..boleh dak?🤣🤣🤣

      Delete
  4. alhamdulillah dekat dengan rumah kan kak... dia punya persiapan tu memang lengkap kalau peremuan, cantik nengok segala kelengkapan yang warna pink tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...
      baju nak gi kelas..
      baju nak pakai kat bilik..
      baju tidur..
      make up bagai..
      Dia memang pink lover🤭

      Delete
  5. Tak sabarnya SA nak hantar dania plak masuk kolej nanti bulan 12....ya allah mesti debar2 ka n..ada tempat benarkan ibu bapa hantar sampaj ke bilik dan ada yg pelajar yg kena uruskan..haih..x tau la nanti Dania camana..dh la x pernah berpisah lama ngan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kena sediakan tisu banyak-banyak la kalau hantar Dania nanti...hahaha

      Delete
  6. Alhamdulillah tahniah Cella & maknya juga 🌹
    Macam-macam diangkut ke asrama tu haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH..
      Tu selepas dah pilih-pilih tu..Entah apa yang dihangkut tak tau la PH

      Delete
  7. Apabila tiba musim pedaftaran ke IPT, bukan anak-anak saja yang sibuk, kita yang emak-emak pun sibuk sama.
    Tahniah Cella. Semoga terus berjaya.
    Teringat dulu sewaktu Farid hendak daftar ke kolej di Labuan, hendak dibawanya semua barang keperluan... aduh! 10 beg isi segala macam! Kalau kasut, entah berapa pasang dibawanya. Maklumlah pertama kali keluar sarang. Pandai juga akhirnya dia susun atur barang keperluan, hanya satu beg besar sahaja dibawa sewaktu daftar ke UKM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cikgu....
      Kita yang mak-mak lagi sibok nak pastikan semua keperluan...
      Takut ada tertinggal..
      Masa sekolah ..pi camping pandai ja bawa baju dua tiga helai untuk seminggu..ni dah besar ..eh,tak reti nak bawa sikit dah..hihihi
      Oo..Abang Farid kat UKM yer..saya cuma jumpa cerita pasal Abang Farid ke Labuan..nanti sy explore lagi blog cikgu...
      Apapun TQ Cikgu Amie..atas doa yang baik .Semoga yang baik-baik juga Allah ganjarkan untuk Cikgu sekeluarga

      Delete
  8. Komen saya selalu tak keluar. Kenapa entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...baru perasan ada 2 komen tak keluar..
      Ok saya dh klick not spam( sebenarnya ini ilmu yg cikgu Amie la ajar saya cara nak bg keluar komen yang tak nampak..masa saya alami masalah sikit masa hr tu..terima kasih ilmu yang simple tapi bermanfaat)
      yg last ni keluar pula dia...saya pun tak tau pasai pa..

      Delete
  9. Alhamdulillah..Allah kabulkan doa mama cella. Syukur dapat U dekat. Banyak betul cella menjala. Kembung beg besar tu. Jenuh nak kemas kalau register ni. Kalau boleh semua nak pack. hehehe...

    ReplyDelete