Thursday, 28 May 2020

SUP AYAM PENCEN/AYAM TUA - JUADAH AIDIL FITRI KE-4 2020(PKPB-COVID 19)

Hari ni dah masuk Syawal ke-5 dah..
Kalau x tengok calender.. dah x ingat pun Syawal ke berapa..
Sebab tahun ni kan hanya boleh beraya 1 hari sahaja..
Itupun beraya dalam rumah masing-masing jerk.
Semuanya kerana untuk mengelak wabak Covod 19
Cuma petang hari raya tu keluar juga ronda-onda KL @ Dataran Merdeka.
Syawal ke-2 dudu kat rumah jer
Menghabiskan ketupat & rendang yang masih banyak..
40 ketupat palas licin rupanya sampai aku x sempat pun makan..
Mak aku rebus lagi 10 biji sebab aku merajuk ketupat palas x sempat nak makan
Ketupat daun kelapa 30++ hari raya ke2 la habiskan makan ngan rendang daging, ayam merah & kuah kacang.
Syawal ke-3 keluar jenjalan sampai tengahari jer.
Syawal ke-4 dok umah
Makan tido


Mak aku masak Sup Ayam Pencen
Mak akubyang cakap namanya Ayam Pencen
Agak-agak dulu ayam ni masa belum pencen kerja apa ek??? 🤣


Sup Ayam Pencen a.k.a Ayam Tua..
Kata mak aku ni spesis Ayam Telur
Dipelihara untuk tujuan utamanya ialah untuk dapatkan telur
Kalau ayam yang kita makan hari-hari tu namanya Ayam Pedaging.
Dibela untuk sumber daging ayam.
Ayam daging & ayam telur x sama ker?
Mak aku kata x sama
Ayam daging bulunya warna putih & gemuks
Ayam telur warna coklat cair  & agak kurus
Mak aku cakap dipanggil ayam pencen sebab kerja setiap hari adalah bertelur.
Tapi bila dah tua ayam ni tidak lagi aktif bertelur & biasanya disembelih & dijual sebagai ayam pencen.


Sup Ayam Pencen ni sedap
Actually Ayam Pencen ni pada aku sedap la
Isi dia agak berserat berfiber skit
Kulit dia mak aku cakap sedap krup3
Kuah dia paling sedap.
Sebelum ni mak aku ada juga beberapa kali beli ayam pencen
Tapi mak aku masak rendang
Macam RENDANG CILI PADI AYAM PENCEN... kat sini
Ada juga mak aku masak rendang ayam pencen ni versi cili kering macam  RENDANG AYAM PENCEN..... kat sini
Tapi hari ni mak aku masal sup


SUP AYAM PENCEN
1ekor ayam pencen(potong)
1 tangkai daun sup
2 sudu garam
1 sudu teh lada hitam biji
1 ketul halia-hiris
1 bawang holland-belah8
5 bawang putih - ketuk

Bahan Rempah:
1 kulit kayu manis
10 bunga cengkih
3 bunga lawang
10 buah pelaga
1/2 biji buah pala
(boleh shot cut.. Beli jer remlah sup tulang)

1. Gaul ayam dengan 1 sudu tepung & basuh bersih untuk hilangkan bau hamis ayam
2. Rebus ayam dalam rice cooker bersama 10 cawan air hingga mendidih
3. Tambah bawangholland, bawang putih, halia & rempah ratus.
4. Renih lebih kurang 1 jam hingga ayam empuk
5. Tambah garam & tabur daun sup & sesuaikan rasa



Mak aku juga buatkan Ais Asam Tomato untuk cicah ayam sup
Sedap sangat ayam sup cicah Air Asam Tomato ni
Tapi aku lagi suka tuangkan skit air asam ni ke dalam kuah sup & hirup
Pergh...
Berpeluh bai..!!!!

& wajib la ada telur dadar
Patut kena ada ulam salad or timun baru lengkap
Brrrrrrrrr....
الحمدالله


SELAMAT HARI RAYA


No comments:

Post a Comment