Thursday, 7 May 2020

KUIH GEGETAS-RAMADHAN 2020(PKPB)

Iftar semalam
Rabu 6Mei 2020
Bersamaan 13 Ramadhan 1441
Masuk hari ke 3Perintah Kawalan Pergwrakan Bersyarat (PKPB)
Kalau campur semua PKP 1,2,3,4 & PKPB dah 50 hari.
Hari ini dah 51hari dah pun.


Untuk Kuih manis, ssmalam mak aku buat Kuih Getas-getas..
Mak aku uli tepung
Aku gentelkan bentuk oblong..
Mak aku ajar aku cara nak sira kuih gegetas ni
Haaaa.... Kata mak aku bukan semu aorang berjaya sira kuih gegetaa ni jadi kering berderai..
Macam kuih keria juga mak aku kata ramai juga yang mengalami masalah bila kuih disira xnak kering & gulanya melekit..
Haaa... Betul kata mak aku
Sebab memula sira aku dah give up sebab air gula tu macam xnak kering jer
Melekit pada kuih..
Bila nampak air gula pekat aku masukkan kuih
Kacau punya kacau dia xnak kering juga..
Air gula tu jadi meleki
Risau dah aku takut kerana aku nanti ssmua x dapat makan kuih tu
Hahahha
Tapi mak aku soh padamkan api..
Kacau.. Kacau.. Kacauuuuu kuih tu jangan henti sampai dah rasa berpasir.
Mak aku cakap kalau x jadi pun xper sbb 1st trial kan..
Tapi aku ikut jer cakap mak aku soh kacau jer jangan benti..

Lama-lama dia memang kering berderai la..
Excited giler aku berjaya buat gula tu kering..
Sayangnya xde saper snap & record yang
Takper nanti buat lagi



KUIH GEGETAS
2 cawan tepung pulut
2 cawan kelapa putih
1 sudu tepung gandum( opsyen)
1 sudu teh garam halus
air ( bergantung jenis tepung)
Minyak untuk goreng

Sira:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

1. Campur tepung pulut dan 1 sudu tepung gandum
** tujuan penggunaan sedikit tepung gandum supaya kuih stabil dan tidak terlalu liat
2. Masukkan garam dan kelapa putih dalam tepung dan gaul rata
3. Tuang air sedikit demi sedikit hingga agak2 dapat dibentuk sahaja( JANGAN TERLALU LEMBUT) Sekadar boleh dibentuk sahaja.
Seperti dough karipap
4. Ambil dough sebesar fishball dan gentel  serta leperkan seperti bentuk oblong
5. Buat hingga selesai
6. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga golden brown


Untuk Sira:
Dalam kuali kosong masukkan gula dan air.
Masak hingga pekat dan berbuih
Masukkan kuih dan MATIKAN api.
Terus gaul kuih menggunakan sudip hingga gula memjadi berderai dan putih

Untuk step by step & tips nak goreng kuih dah pernah share dalam post KUIH GETAS- GETAS... kat sini


Taraaaa.....
Inilah kuih Gegetas yang aku gentel & sira..
Bab dough tu masih mak aku yang sediakan
Puasa kali ni memang setiap hari tolong mak aku sediakan juada berbuka puasa..
Bukan aku jer
Rasanya almost pun begitu kerana seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia pun memang  berada dalam rumah angkara wabak corona virus ni..
Mostly pun kena masak kat rumah kerana dah xde bazar ramadhan..

No comments:

Post a Comment