Dah masuk hari ke-9 dah puasa
Semalam hari Jumaat mak aku buat Pulut Mangga Harumanis Kedah
Haaaaa.. Panjang kan nama dia
Pulut Mangga jer nama pendek dia
Mangga Harumanis Kedah tu nama mangga tu
Mak aku panggi Pelam Harumanis
Orang Kedah memang panggiil mangga tu pelam
Lemak, manis & sedap
Pulut Mangga Harumanis Kedah
PELAM HARUMANIS KEDAH....
Ni kiriman dari Achik...
Dah masak manis
Pulut Lemak
Sos Santan
Mangga Harumanis
Bila digabungkan
Rasa dia memang lemak manis & sangat sedap
Semua pun makan Pulut Mangga ni dulu walaupun mak aku juga masak nasi & lauk
PULUT LEMAK
1/2 kg pulut -
(rendam semalamn @sekurang2nya 4 jam)
1 cawan santan pekat +1 sudubteh garam & 1 sudu teh gula
1 helai pandan
1. Kukua pulut lebih kurang 1/2 jam sehingga masak jernih
2. Angkat & masukkan ke dalam bekas besar.
3. Tuang sedikit demi sedikit santan yang telah dicampur garam & gula ke dalam pulu. Sambil tuang santan sambil dkacau pulut supaya sebati.
4. Biar 15 minit supaya pulut d santan sebati sebelum dimakan.
5. Untuk hidangan banyak & untuk tahan lebih lama supaya lambat basi, kukus semula pulut yabg digaul santan TETAPI JANGAN TUTUP pengukus. Biar kukua tebuka suoaya wap dapat keluar & pulit tidak lembik
SOS SANTAN LEMAK
3 cawan santan
(jika guna santan kotak
1 kotak kecik santan +2 cawan air)
2 sudu tepung beras
1 sudu teh garam halus
2 sudu teh gula
1 helai pandan
1. Campur santan, garam, gula, pandan & tepung beras & masak atas api sederhana hingga mendidih d agak pekat
2. Teruskan kacau anggaran 5 minit supaya masak dan berkilat.
3.Masukkan dalam mangkuk & biar sejuk
Mangga masak ranum..
Yummy...
Selain pulut plain putih...
Mak aku juga selalu masak pulut warna hijau untuk makan ngan mangga macam
PULUT MANGGA HIKAU KUNING.. kat sini
Sedapnya..tau mkn..tak tau byat..tq share resepi
ReplyDeleteMemang sedap mangga yang manis makan lak ngan pulut lemak tambah lagi sos santan...
DeletePulut ngan santan jer kena siapkan
Mangga tu xleh buat.. Memang kena je🤣
Hehehe.. good luck
& Selamat Berpuasa....
Hmm vangga Kita kalau dapat makan mangga. Sebab Kita blom makan pulut dgn mangga
ReplyDelete