Thursday, 21 May 2020

JUADAH IFTAR 27 RAMADHAN 2020- NASI DAGING (PKPB-COVID 19)

Juadah iftar 27 Ramdhan 2020
Hari Rabu nyer iftar

Nasi daging Simple
Juadah iftar semalam..


 Sejak pagi abang gi pasar beratur beli daging
Tahun ni semua orang pun x dibenarkan balik lampung untuk beraya
Semuanya kerana nk pastikan rantaian wabak  Covid dapat diputuskan..
Tapi ada jer yang curik2 balik kampung..
Huhuhuhu.....


Nasi Daging Sorang Sepinggan



NASI DAGING SIMPLE SEDAP
Bahan Nasi Daging:

1/2 kg daging- rebus seketul besar hingga empuk & baru hiris nipis)
4 cawan beras basmathi- rendam 15 minit supya nanti nasi gembur cantik
( Kalau beras biasa pilih beras yang agak keras)
4 cawan air rebusan daging  ( Ratio- 1 beras: 1 air)
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 sudu penuh serbuk REMPAH SUP ADABI
Bahan Tumis:
1/4 bawang besar- hiris
2 hiris halia- mayang
1 daun pandan -simpul
1 batang kulit kayu manis(kalau xde boleh skip)
2 bunga lawang ( kalau xde boleh skip)
2 sudu marjerin(kalau xde stok guna minyak jer) 
1. Rebus daging dengan air yang banyak hingga empuk. Air biar banyak sebab nanti nak guna air tu untuk sup dan nak masak nasi
2. Panaskan marjerin/ minyak dalam kuali....& Tumis semua bahan tumis
3. Bila harum..Masukkan  Perencah Sup Serbuk dan masukkan kiub ayam
4. Masukkan beras yang sudah direndam d dibuang airnya. Goreng beras bersama bahan tumis selama 2 minit
5.  Dalam rice cooker, sila panaskan 4 cawan air rebusan daging hingga mendidih
6. Tuang semua bahan dalam kuali tadi ke dalam rice cooker yang air daging sedang mendidih.Masukkan juga garam dan gula.. Tekan Cook dan masak hingga mendidih...
7.Bila air kering gaulkan sedikit supaya rempahnya rata.

8. Letakkan juga kepingan daging rebus hiris tadi ..Tutup dan biar nasi masak sepenuhnya

Bahan Air Asam 
10 cilinpadi hijau +5 cili padi merah
1 sudu belacan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi +1/2 cawan air
1/2 bawang besar hiris
1 buah tomato
1/2 lemon /limau nipis
1. Blend cili, garam, gula, belacan,separuh bawang hiris & air asam jawa. Blend jangan terlalu halus
2. Masukkam dalam mangkuk & tambah bawang hiris, tomato hiris & sesuaikan rasa


Selalu mak aku buat Air Asam Kerisik
Tapi hari ni air asam biasa tanpa kerisik.
Mak aku cakap kerisik simpan untuk masak rendang raya esok
Selain air asam ni mak aku juga masak
Dalca Telur untuk makan ngan nasi daging ni


KARI DALCA TELUR... mak aku
5 biji telur - rebus
2 biji kentang - belah-belah
1/2 cawan kacang dal - rebus 20 minit
2 biji tomato (xde stok)
1 terung bulat belah 4(xde stok)
5 batang kacang lanjang (xde stok)
1/2 kotak santan
2 sudu besar rempah kari ikan
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Tumis:
1 tangkai daun kari
3 bawang merah hiris
2 bawang putih hiris
3 hiris halia - mayang halus
Rempah tumis sup( boleh skip)

1.Panaskan minyak & tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1 cawan air.
3. Bila naik minyak, masukkan dal rabus, kentang & 3 cawan air. Masak hingga mendidih
4. Bila kentang & dal empuk, masukkan telur rebus, garam, gula & santan
5. Biar mendidih & kecilkan api d biar mazak perlahan selama 5 minit supaya kuah jadi cantik

Dessert sejak minggu ke - 2 puasa
Hampir setiap hari mesti ada tembikai
Kalau x tembikai, mesti mangga
Kalau x mangga mesti tembikai😂

4 comments: