Tuesday, 26 May 2020

RONDA-RONDA KL PETANG HARI RAYA AIDIL FITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Petang Hari Raya Pertama,
Lepas Auni,Haikal & Izzati balik
Mak aku ajak ronda KL
Kata mak aku peluang ni x selalu datang
Maybe seumur hidup, inilah sahaja peluang beraya kat KL & nak tengok suasana KL pada hari raya..
Kalau x kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni
Tak mungkin kita akan beraya di KL
So, jadikan musibah ini sebagai hikmah
Cari Hikmah Dalam Musibah...
Memula plan nak gi Putrajaya
Tapi mak aku cakap better gi KL
Mak aku kata selalunya setiap tahun kalau hari raya KL dimonopoli warga asing.
Sebab kebanyakan warga Malaysia akan balik kampung
Tapi kali ni memang xleh balik kampung, mesti ramai warga Malaysia yang keluar
Lagipun kan ramai dah warga asing & pendatang tanpa izin kena kuarantin & kena tangkap sejak PKP ni
So..... Jom gi KL
Destinasi pertama, Dataran Merdeka

Uittttt.....
Ramainya orang lain pun pakat kuar gi Dataran Merdeka jugak ke
2kali abang pusing baru dapat parking


Taraaaaa.....
Raya @ Dataran Merdeka...
Memula semua pic snap pakai mask
😷😷😷😷



Walaupun ramai orang
Tapi semuanya menjaga social distancing
Semua duduk dalam kumpulan keluarga masing-masing jer
Takde nak dekat dengan family orang lain

Hari Ini Dalam Sejarah
Hari Raya Aidil Fitri @ Dataran Merdeka
Raya puasa kot
Kalau Raya Haji x peliks sangat
Tapi nak buat macamana
Kita bukan berseorangan
Tapi kebersamaan
Hahhaha.. Betul ke ayat tu

Syukur sudah boleh keliar rumah walauoun masih bersyarat
Kalau raya dalam PKP 1 hari tu memang betul-betul dok dalam rumah la
Haaaa....


Ni sekurang2nya sudah boleh keluar bersama keluarga...
Boleh juga ronda-ronda..

Kakak macam xde feel jer🀭


Ok.. Ok...
Dah ada feel😁😁😁😁



Hahahaha pewut abang dah macam belon
Masa awal-awal PKP memang dah kurus
Masuk fasa 4 & 5 naik
Bulan puasa lagi la
Sepanjang malam makan
Sepangjang hari tidur & ngadap game

Mak aku jarang dah nak bergambar
Tapi raya kali ni mak aku lak beria suruh snap pic banyak-banyak buat kenangan
Dah puas bergambar @ Merdeka Square
Abang ajak gi Saloma Link
Mak aku plak ajak ronda Kampung Baru
Kata mak aku x dapat balik kampung
Dapat gi Kampung Baru pun jadilah
Mak aku kata kalau musim raya Kampung Baru biasanya meriah pasang lampu & deco raya

Lalu Jalan TAR...
Sunyi... Sepi
Hanya dengar enjin Monorel lalu atas kepala tu jer
Mak aku cakap dolu2 tahun 90-an Jalan TAR terkenal dengan meriah lelong kuih raya pada malam raya
Mak aku kata masa awal tahun 90-an budaya open house xde la sangat
Sebab tu bila malam raya penjual akan lelong kuih raya sebab lepas raya xde sangat dah orang nak beli
Tapi bila masuk hujung tahun 90-an mak aku cakap budaya open house dah jadi kemestian.. Sampai akhir bulan syawal
Sebab tu dah xde lagi lelong kujh raya
Coz sepanjang bulan syawal orang masih membeli kuih raya untuk olen house
Tu cerita mak aku la
Aku bafch 02 mana tahu
Setahu aku setiap kali raya akan balik kampung
Bila balik KL akan meriah open house plak
Dolu masa duduk kuaters mak aku kata setiap tahun buat open house
Sejak pindah rumah sekarang dah 13 tahun x buat open house
Walaupun x buat open house tapi setiap tahun mak aku akan buat kat tempat kerja
Mak aku akan masak & tempah makanan & jamu kawan-kawan kat tempat kerja sebagai pengganti open house.
Seingat aku memang setiap tahun mak aku buat macam tu
Dalam bercerita sambil abang drive
Abang cakap Saloma Link tutup la...
Mmmmm.. xde rezeki mak aku
Aku, kakak & abang dah pernah naik Saloma Link
Mak aku jer belum
Sebelum ni ajak mak aku xnak
Mak aku x suka tempat sesak
Now dah x sesak
Tutup plak

Ronda depan KLCC pun sunyi jer
Ada kenderaan lalu lalang
Tapi x nampak sangat kelibat orang
Semua pu. Sekadar ronda-ronda dalam kereta jer..
Ok... Dah maghrib...
Jom balikkkkkk
Esok fikir plak nk buat aktiviti apa sebagai pengisian Syawal 1441

SELAMAT HARI RAYA...
MAAF ZAHIR & BATIN

2 comments: