Sunday, 31 May 2020

NASI IMPIT GORENG - MASIH RAYA AIDILFITRI 2020(PKPB-COVID 19)

Syawal ke-7 punya sahur untuk puasa 6
Kalau tahun-tahun lepas banyak cabaran nal puasa 6 sebab masih sekolah.
Puasa hari sekolah penat sebab naik turun tangga pindah kelas PAK 21.
Kalau Rabu lagi la koko sampai petang.. Belum lagi kira majlis sambutan raya kelas al, kelab la, pengawas la, unit beruniform & paling besar sambutan raya peringkat sekolah la...
Weekend plak paling kuat cabarannya sebab banyak open house
2018 & 2019 memang aku all out la ginopen house kawan-kawan..
Jenuh  jugak la curi-curi hari nak cukupkan 6 hari puasa Syawal
Tahun ni xyah nak bagi alasan sangat la kan..
Raya pun hanya dibenarkan sehari sahaja.
Itupun raya @ home.
Sekolahpun dah habis,
Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ni.. Open house dilarang sama sekali.
Nak jenjalan sesuka hati pun x boleh
+ takut sebenarnya
Kerana Corona Virus ni bukan kita tahu ada kat mana & memang x nampak
So, memang stay@home jer pun kan
Apa lagi alasan xnak puasa 6?
Kalau boleh dalam bulan syawal ni  nak settle kan semua puasa ganti Ramadhan hari tu.


Mak aku masak Nasi Impit Goreng untuk sahur


Makan panas-panas  waktu sahur..
Mak aku memang selalu masak Nasi Impit Goreng ni
Tengok dalam old post..
KETUPAT GORENG... kat sini
KETUPAT GORENG... kat sini pun ada
NASI IMPIT GORENG BEKAL..... kat sini
NASI IMPIT GORENG SEDAP.... kat sini


Actually nasi impit tu lebihan nasi impit buat HIDANGAN TETAMU SYAWAL KE-6... kat sini.. 

Makan panas-panas  sedap


KETUPAT/NASI IMPIT  GORENG  
10 biji ketupat mini adabi- rebus
1 keping dada ayam-hiris kecik
1 batang carrot- mayang panjang
2 biji telur
1pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 cawan kobis hiris
3 sudu ninyak
2 sudu kicap manis
sikit garam

bahan blend:
5 cili kering
1/2 bawang besar
(boleh ganti sambal tumis) 


1. Panas minyak & tumis bahan blend hingga garing
2. Masukkan isi ayam,carrot dan masak sekejap.
3. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
4. Tambah garam dan kicap.
5.Pecahkan telur dan gaul rata
6. Sesuaikan rasa dan tutup api.
7. Tabur daun sup daun bawang .

SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT PUASA 6

No comments:

Post a Comment