Dah seminggu dah beraya rupanya
Tapi tahun ni kan beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat kerana wabak Covid 19..
So, masing-masing beraya sendiri-sendiri jer xleh nak beria sangat
Tapi dalam seminggu ni dah 2x mak aku masak rendang daging
1st masak untuk JUADAH PAGI AIDIL FITRI.... kat sini..
Ni plak Rendang Daging mak aku baru masak semalam..
Haaa.... siap ngan nasi impit plak kali ni
Memang betul-betul beraya @ home tahun ni
Banyak juga mak aku masak rendang daging ni
Satu bekas ni untuk letak kat meja makan
Sebab nanti tengahari ada tetamu nak datang
Yang dalam kuali ni plak simpan untuk petang sebab ada tetamu lain plak nak datang waktu petang
Sekarang kan masih PKPB
Takleh beraya ramai-ramai dalam 1 masa
So.. Kena bahagi 2
Tengahari kawan kakak nak datang
Petang kawan abang nak datang..
Bukan ramai pun..
Kawan kakak sorang jer🤭
Kawan abang pun sorang jer🤣
Mak aku cakap sajer
Ada la alasan nak masak rendang & nasi impit ni
Penghuni rumah ni yang nak makan banyak sebenarnya
🤣🤣🤣🤣🤣
Sejak malam mak aku dah masak rendang ni
Tapi mak aku cakap masak half way jer
Sambung masak pagi sampai kering
3/4 kuali penuh rendang...
Mak aku cakap ni rendang versi + rempah rendang Adabi
Mak aku kata ni sekilo setengah dagingnya
Buat versi kuah lebih
Sebab nak makan ngan nasi impit
Rempah Rendang Adabi...
Adabiii... Melazatkan..
Adabi.. Menyelerakan...
Mengandungi berbagai rempah..
Melazatkan kari & kuah..
Adabiiii...
Haaaaa.. Lately ni selalu plak iklan ni kat TV7
RENDANG DAGING ADABI
1½ kg daging lembu -
2 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
2 asam keping
2 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
2 sudu garam
2 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
1½ kg daging lembu -
2 paket rempah rendang Adabi
1 kotak santan
2 asam keping
2 sudu besar kerisik
1 daun kunyit
2 sudu garam
2 sudu besar gula melaka(1/2 ketul)
½ cawan minyak
Bahan Blend:
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih
20 cili kering
3 batang serai- kecik
1 ketul lengkuas - besar ibu jari
1 ketul kunyit - saiz ibu jari
1 bawang besar
5 bawang putih
1. Daging dipotong besar dan rebus empuk, baru dihiris- hiris.( rebus dulu baru potong supaya lebih manis & berjus).Tetapi jika hendak dimasak terus dalam kuah,hiris dahulu,tetapi perlu masak lebih lama hingga empuk.
2. Panaskan minyak & tumis bahan blend + rempah rendang hingga naik minyak
( perlu tumis kerana guna santan kotak.Jika guna santan segar ,tidak perlu tumis,hanya terus masukkan bahan blend bersama dafing hiris dan masak hingga pekat kerana santan akan mengeluarkan minyak bila dimasak lama.
3. Bila naik.minyak masukkan daging rebus hiris dan air rebusan daging
4. Tambah garam,gula melaka,asam keping dan masak hingga agak kering baru masukkan sangan kotak.
5. Masukkan kerisik dan masak dengan api kecil sambil dikacau sesekali supaya tidak berkerak
6. Masak api perlahan supaya naik minyak cantik dan sesuaikan rasanya..
7. Tabur daun kunyit

Selamat hari raya ketujuh, Cella & family
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Deletejuga untuk aunty SKDTJ.. Maaf Zahir & Batin...
Kenapa dah lama x update blog?
Semoga aunty SKDTJ juga ceria & dirahmati الله...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..Nampak menyelerakan
ReplyDeleteTerima kasih cikgu....
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Fitri..