Thursday, 7 May 2020

KUIH SAGU KUKUS SUKATAN SIKIT - RAMDHAN 2020(PKPB)

Semalam punya iftar, selain masak mee kari & nasi, mak aku juga buatkan Kuih Sagu Kukus.
Kuih Sagu Kukus ni fav kakak ni
1st puasa mak aku dah masak kan puding sagu gula melaka untuk aku..
Aku lagi suka puding sagu gula melaka sebab ada susu cair..
Tapi kan...
Paling sedap puding sagu yang pernah aku makna ialah yang Achik masak
Selalu kalau time raya ramai sedara mara pak cik dari Pahang datang
Menu Achik dah boleh hafal..
Nasi Tomato or Nasi Hujan Panas  & the gang. Laksa wajib la ada.. Air pun macam-macam jenis..
Lepas dorang balik, kotorang la plak serbu
Aku akan cari Puding Sagu Achik
Sebab Puding Sagu Gula Melaka yang achik buat memang the best..
Sebab kuah dia achik x guna susu cair
Taoi achik akan guna santan pekat yang fresh..
Pergh.... Bab Puding Sagu Gula Melaka..
So far.... Achik nyer lah paling sedap..


Puding Sagu Kukus ni selalu mak aku gaul jer kelapanya..
Yang ni mak aku letak kelapa dalam lobang kuih..
Sebab kuih tu guna mold puteri ayu..
Ops... Kuih Puteri Ayu lagi 1 kuih fav aku, kakak & abang
Kuih tu sedap, bau pandan & ada kelapa
Tapi mak aku jarang giler buat..
Mold ada tapi selalu guna mold dia buat kuih lain
Kasihan mold puteri ayu


PUDING SAGU KUKUS
1/2  cawan sagu (+-4 sudu besar)
1/4 cawan gula
1/2 sudu teh pewarna merah/sirap rose
1/2 cawan kelapa parut putih + sikit garam
(jika nak kelapa lambat basi, kukis dulu kelapa bergaram sebelum hidang)

1. Rendam sagu 1/2 jam. (Sagu akan kembang 2x ganda & cepat jadi jernih bila dimasak)
2. Buang air rendaman sagu
3. Tambah gula, pewarna & kacau perlahan.
4. Panaskan kukus hingga memdidih
5. Sudukan ke dalam mold atau cawan lompang yang kecil. Masukkan juga air yang ada dalam bancuhan sagu kerana itu adalah air gula cair yang akan memaniskan kuih.
6. Kukus selama 10 minit & bila nampak jernih, angkat kuih dari kukus. Jangan kukus terlalu lama kerana kukus dalam bekas kecilnakan menyebabkan sagu akan mengembang & melimpah dari mold.
7. Sejukkan & keluarkan dari mold & hidang dengan kelapa parut + garam


Kalau mold kecil dapat 8- 10 pcs
Mak aku kukus guna rice cooker jer


Boleh letakkan sikit kelapa on the top


Jadi la macam ni


Kalau gaul kelapa penuh kuih
Jadi la macam ni..

Dulu mak aku selalu masak kuih sagu ni untuk minum petang, untuk pot luck & kadang pagi pun mak aku buat untuk sarapan bersama mihun or nasi goreng
Selalunya mak aku akan buat masa tanak nasi..
Haaaaa..kat bawah masak nasi
Kat atas kukus kuh sagu ni..
2 in 1 la..
Biasabya juga mak aku akan buar 2 colout
Hijau & merah macam

KUIH SAGU DELIMA ZAMRUD... kat sini

Aku lagi suka KUIH SAGU TANPA KUKUS... macam kat sini sebab lebih lembut

Paling best PUDING SAGU GULA MELAKA...
All time favourite...

No comments:

Post a Comment