Tuesday, 26 May 2020

RAYA @ HOME (PKPB-COVID 19)

Aidil Fitri 2020 sangatlah berbeza dengan semua raya sebelum ni.
Sejak aku lahir ke dunia hingga tahun 2019 tak pernah lagi waktu raya x balik kampung(Aku cuma ingat bermula umur 5 tahun masa da tadika.. 4 tahun sebelum tu memang la aku x ingat)
Tapi dari cerita mak aku, cerita abang & kakak memang every year akan balik beraya di kampung. Biasanya beberapa hari sebelum raya kami dah balik
Yang aku ingat setiap tahun mak aku akan amik cuti awal sehari atau 2 hari lebih awal dari cuti raya yang sepatutnya..
Sebab nak elakkan terperangkap dalam jem
Balik KL pun sama, kitorang akan balik bertolak awal pagi sebelum subuh untuk elakkan tersangkut dalam jem
Biasanya Achik akan sediakan bekal nasi & lauk ayam & daging kerana dah tahu semua R&R akan penuh dengan manusia & juga untuk jimatkan masa. Biasanya kalau musim raya time balik KL kami x singgah R&R untuk makan. Mak aku akan drive masuk juga R&R tapi just nk tengok suasana kesesakan jer.. Pastu akan cari port bawah pokok untuk makan. Selalunya time kitorang makan mak aku akan tidur untuk rehat sebelum sambung drive. Masa tu lah aku akan update location & keadaan lalulintas kepada nenek & Achik. Kiranya aku jadi informer la.. Hahahaha
Tapi tahun ini keadaan berubah 360°
Plan nak balik kampung bulan Mac terpaksa cancel sebab bermula 18 Mac dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19..
Bersambung bersambung sampai raya &  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat fasa 5 akan berakhir 9 Jun minggu depan.
Lepas tu x tahu apa ceritanya
Maka mostly warga KL beraya lah di KL kerana x dapat balik kampung.
Baraya pun dalam keadaan #stay@home tak boleh kunjung menunjung kera takut berlaku jangkitan wabak corona virus ni
Kena tulis panjang kerana nanti kalau baca catatan ni  20 tahun lagi akan still faham.
Tapi detailnya kenalah search & study..

Pagi raya buat video call ngan  nenek & family Achik.
Kakak sedang cari angle

Kakak sambung kat TV
Besar skit nak tengok


Takleh nak rotate la plak video ni..
Kena pusingkan PC @ laptop kalau nak tengok😅


 Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk nenek,
Achik, Pacik, Haikal & Aqil..

 Waaa... Hari ni Haikal ditugaskan baca khutbah raya...
Dah minta Haikal share video khutbah tapi Haikal kata  segan😁
Haikal memang juara pidato sekolah dia dulu
Selalu jadi wakil sekolah..
Macam2 bakat Haikal
Wakil negeri pun pernah tau
Dah la sekolah asrama penuh
Hafaz Al-Qur'an plak
Rupa pun boleh tahan
Haaaaa.... Ok.. Ok.. Sesapa nak buat calon menantu sila pm tepi kat aku
Tapi pengerasnya tinggi la skit🤣🤣🤣🤣


Ok nak salam-salam ngan nenek plak
Salam jer lah kat screen handphone..
Huhuhu..
Kakak kata nenek duduk dah macam Penyimpan Mohor Besar  Raja-raja nak umum tarikh sambut hari raya🤣🤣
Tahun ni boleh salam ngan sepupu sebab salam kat screen jerk x sentuh tangan🤭🤭🤭
Dah salam-salam online, nenek kata dorang dah ready nak sarapan juadah raya sebab semua dah lapar lepas solat sunat hari raya..
Aqil dah x sabar nak makan
Ok.. We all plak nak salam-salam dengam own family

Dimulakan dengan abang salam d minta ampun maaf kat mak aku
Mak aku kasi duit raya untuk abang
Abang pun ada balas juga kasi duit raya untuk mak aku
Tak tahu la berapa abang bagi mak aku
Mak aku bagi abang aku tahu lah mesti sama banyak ngan bagi kat aku & kakak
Heeeee


Next........ 
Kakak plak bersalam selepas dah sanitize tangan🤭
Pun dapat duit raya dari mak aku

Next......

Heeee.. Aku kena salam lama skit
Kena banyak minta restu dari mak aku
Minta ampun maaf kerana memang tahu banyak dosa pun😭😭😭
Halalkan makan minum
Minta mak aku doakan untuk aku
Dah habis nangis2..
Dapat juga duit raya sama macam abang ngan kakak

Kakak plak salam ngan abang
Dapat duit raya dari abang...


 Muka ada sinyum lepas dapat sampul raya🤭


Giliran aku plak salam abang..
Pun dapat juga salam kaut😅
Abang kata rezeki sebab elaun abang stay dapat walaupun dicutikan dari attand class
Tapi elaun tetap dapat penuh..
Abang kata kongsikan ngam family bagi duit raya lebih skit tahun ni
الحدالله...
Semoga murah rezeki abang dapat sambung class & dapat poating cepat
Boleh cepat kumpul duit.
Boleh la kawin🤣🤣🤣🤣

TQ abang yang selalu tolong aku ketika aku perlukan pertolongan
Kadang abang kena dengar aku berleter mengalahkan mak aku..
Selalu kena marah ngan aku exspecially lepas keluar toilet..
Hahahaha aku memang akan bising kalau lepas abang guna toilet, aku masuk & lanfai basah..
Memang pantang aku kalau masuk toilet abang dah basahkan lantai..
Selori la aku bising
Abang buat derk jer macam xde apa-apa
Agaknya abang x boleh bezakan aku menyanyi  dengan aku berleter..
Ops.. kan dah bermaafan
Ok.. Ok..


Family pic plak..
Senyum
Cheeseeeee... 😁😁😁
Tahun ni tema hijau zamrud
Macam biasa sejak dah berbelas tahun pakaian raya adalah sponsored by Achik.
Tahun ni Achik sponsor sorang 3 pasang baju raya termasuk sorang sepasang kasut raya..!!!
Termasuk juga untuk nenek..
Bukan sahaja Raya Puasa, tapi setiap kali Raya Haji juga Achik akan sponser baju raya & jika aku @ kakak @ mak aku ada event, pasti Achik akan post  sepasang baju baharu.
TERIMA KASIH tidak terbalas kepada Achik.
Hanya الله  yang mampu membalas segala kebaikan Achik..



Raya jer lah dalam rumah masing-masing
#Stay@home
Berempat tapi riuh rendah
Mak aku plak awal-awal subuh dah buka pintu seluas-luasnya..
Kata mak aku hari raya kena buka pintu luas-luas supaya rezeki juga luas
Tapi ni Raya stay @ home
Bukan ada orang nak datang..
Mak aku cakap buka jer pintu luas-luas
Kalau ada orang datang kita terima
Kalau x pun, memang semua pun faham raya 2020 adalah raya dalam rumah sendiri.
Kesunyian memang terasa raya kali ini
Semua penghuni hanya berada dalam rumah..
Hampir setiap rumah ada orang kerana x dapat balik kampung
Tapi semua sunyi sepi sejak awal pagi
Hanya kedengaran takbir dari surau mecah sunyi pagi
Rasa macam rumah we all jerk bunyi suara
Rumah lain senyap & sunyi.
Mak aku plak pasang radio lagu-lagu raya agak kuat sebab nak feel raya..
Tapi menjelang tengahari dah mula dengar suara kanak-kanak & suara gelak ketawa dari rumah jiran-jiran
Dah mula nampak rumah-rumah mula menerima tetamu.
Maybe keluarga & saudara mara mereka
Kami tiada saudara mara di KL
Tapi Auni, Nad, Daniel, Izzati, Haikal Hassan dah janji nak datang beraya rumah aku..
Lepas Zohor nanti...

Sila lah rasa kuihku... 🎼🎼🎼
Pilih lah yang mana satu...
Hai.. dihari begini,kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari rayaaaa🎼🎼🎼
Ok jom makan dulu..
Nanti lepas Zohor kawan abang & kawan aku nak datang

SELAMAT HARI RAYA A
IDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
#stayhome
#staysave
#اللهjagakita









2 comments:

  1. Selamat hari raya aidil fitri,maaf zahir dan batin,pada Dik Cella sekeluarga...Sedondon meriah bahagia...Untung Dik Cella banyak dapat duit raya...Semoga cepat berakhir wabak covid 19 ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga untuk aunty Ogy... Maaf Zahir & Batin

      Baju sponsored by Achik nih. 🤭
      الحدالله..
      Dapatlah juga duit raya tahun ni walaupun PKPB.
      Kalau singgah umah aunty mesti dapat lagi duit raya kannnnn,😁
      Sama-sama kita doa wabak ni berakhir.. امين

      Delete