Saturday, 5 January 2019

SANDWICH TELUR DADAR - BEKAL 4 JANUARY 2019

Sandwich Telur Dadar
Bekal  hari Jumaat
4 January 2019
Bekal sempoi yang sedap..
Sebab walaupun namanya Sandwich Telur Dadar jer
Tapi ada juga chicken slice


Chicken Slice hanya ada 5 keping
Makbaku cakap kalau buat Sandwich guna chicken slice sahaja hanya dapat sorang 1 set
Sebab ada aku..mak aku...abang dan kakak
Mak aku cakap nak bagi cukup tambah dengan telur dadar jadikan double decker..
Sedap...sebab mak aku letak mayonis +cheese powder..
Yummy
Tapi hanya inteframe yang dipotong sahaja
Aku nyer bekal mak aku dah masuk bekas..
Snap pic guna handphone mak aku
Takde sandwich tu nak posing cecantik sebab dah masa sudah time..
Hahaha...mak aku risau takut punchcard merah.
Minggu ninkena turun awal swbab depan sekolah aku memang jem giler..
Agaknya semua dak2 form 1 ..parents hantar kot..
Kereta penuh sepanjang jalan depan sekolah..
1st day sekolah mak turunkan aku dekat public phone tepi pokok Bunga Tanjung nun..
Menapak aku jalan naik bukit..
Hahaha..
Semalam dapat turunkan aku betul2 depan bus stop sekolah aku..
Ok la skit xyah jalan jauh.
Mak aku cakap tu belum kira lagi ada some parent yang selamber badak dah turunkan anak tengah sesak2 traffic tu..
Time tu lah baru nak salam..
Baru nak cium
Baru nak say bye...
Sampai kereta2 lain bertambah stuck
Haaa...harap2 minggu depan dah ok la..
Penat aku kalau setiap hari mak aku turunkan jauh2 nak


Sandwich Telur Dadar double decker ngan chicken slice..
Untuk 1 set double decker ni ..

3 slices roti
1 chicken slice
1 biji telur + sikit garam & lada sulah
1 helai daun salad
1 slice tomato
1 sudu teh mayonis
sikit butter dan sikit minyak

1. Pukul telur + garam + lada sulah
2. Panaskan sikit minyak dan buat dadar telur.Lipat kiri kanan & adjustkan supaya telur jadi 4 segi agak2 saiz roti
3. Sapu butter nipis2 pada setiap roti
4. Ambil sekeping roti dan letak telur dadar tadi dan sapu sedikit mayonis dan letak sehelai salad
5. Letak lagi sekeping roti dan lapiskan dengan chicken slice dan sekeping buah tomato.Akhiri sekeping roti ketiga .Cucuk dengan lidi cungkil gigi supaya lebih kemas
- Roti
- Inti telur dadar + mayo + salad
- Roti
- Inti chicken slice + mayo + tomato slice
- Roti
- Cucuk lidi cungkil gigi supaya tidak terburai

Ni untuk 1 set..
Aku bawa bekal 2 set...
Mak aku bawa 1 set
Untuk abang ngan kakak kena buat sendiri sebab mak aku cakap dah lewat nak gi kerja..
Tapi Telur dadar mak aku cakap dah siap buatkan..Chicken slice pun dah siap dicelur.
Tomato dag siap dihiris..
Cuma tak sempat nak menyendwichkan jer
Sebabnya masa tengah buat telur dadar tu
Hahaha...pepandai la abang ngam kakak susun sendiri...

Ok...callo...!
Bye..

No comments:

Post a Comment