Sunday, 27 January 2019

RESEPI LEPAT LIAT UTARA

Lepat Liat Utara..
Antara kuih yang aku suka sebab sedap macam dodol
Rasa dia lemak dan manis
Liat macam dodol
Rasa macam dodol
Rupa pun macam dodol
Tapi memang bukan dodol
Sebab ni nama dia Lepat Liat..

Lepat Liat ni mak aku kata antara kuih tradisional yang sangat popular  di utara terutama wakty bulan Ramadhan..
Mak aku cakap kalau dolu2 kat kampung2 xde orang jual kuih..
So..hampir semua rumah memang akan  buat kuih dan masak sendiri pada hari  iasa atau pada  bulan Ramadhan..
Antara kuih popular bulan Ra.adah mak aku cakap Kuih Lepat Liat ni


Namanya Lepat Liat
Memang texture dia liat..
Liat tu mean ...bila kita tarik dia strechable.
Dia x patah tapi boleh putus secara perlahan
Lemak dan manis macam dodol  tu mak aku cakap sebab memang bahan nak  uat dia sama ngan bahan nak masak dodol..
Tepung pulut,santan,gula melaka/ dark brown sugar,gula putih & sikit garam..
Mak aku kata kebanyakan kuih tradisional memang bahan x banyak..
Semuanya bahan basic yang ada dikebanyakan rumah.
Walaupun bahan yang digunakan hanya bahan basic..tapi proses penyediaan dan cara masak kuih2 tradisional memerlukan kreativiti dan kesabaran
Mak aku kata bahaan yang sama boleh menghasulkan kuih yang berbeza rasa,texture & rupa.
Contoh kuih baulu hanya guna telur,gula dan tepung ..tapi sangat harum dan sedap serta tahan lama
Bahan yang sama mak aku kata boleh buat buat kuih Apam Betawj ..tapi dikukus dan rasanya berlainan..
Mmm....Apom Betawi tu camaner..?
Mak aki cakap patut warnanya lagi gelap..
Macam warna dodol tu
Tapi yang ni light brown jer sebab guna gula Melaka sahaja
Kalau guna dark brown sugar + guka pasir..
Warnanya lebih gelap dan cantik


Daun pisang perlu dilayur dahulu suoaya lembut dan gidak koyak ketika membalit kuih
Koyakkan saiz selebar tapak tangan sahaja merana  Lepat Liat biasanya dibuat dalam saiz.comel  jer

Resipi c&p dari KAT SINI.....

LEPAT LIAT UTARA
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah( dark brown sugar) masak dengan 1/2 cawan air & tapis
sikit garam
1/2 cawan santan pekat- santan segar
( santan + air gula merah = 1 cawan)
daun pisang
sikit minyak masak- untuk sapu pada daun pisang...
inti kelapa putih + sikit garam...kalau suka..

1. Uli tepung pulut,air gula merah ( dark brown sugar) dan garam.
2. Tambah santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut..
( lagi lembik dari adunan buah melaka)
3. Ambil sekeping daun pisanv dan sapu sikit minyak
4. Ceduk adunan 1 sudu besar dan letak atas daun pisang..
5. Bungkus dengan cara menggulung dan lipat kiri dan kanan gulungan kiuh
6. Susun dalam kukusan dan kukus hingga masak ...anggaran 20 minit.

** mak aku pesan untuk yang baru belajar membuat kuih ni....jumlah santan 1/2 cawan bokeh dikurangkan supaya adunan tidak terlalu lembik..



Kuih siap dibungkus dan ready untuk kukus


Kukus kuihanggaran 15-20 minit sahaja kerana tepung pulut lebih cepat masak..
Jika dikukua terlalu lama,nanti daun pisang akan mudah terbuka dan tidak cantik


Kuih dah siap kukus


Kuih yang dah masak

Boleh makan panas2
Tapi lagi feel makan  bila kuih dah sejuk skit baru bertambah liat macam dodol


Mak kiter cakap ada yang suka letak inti kelapa bergaram dalamnya..
Sebab kuih ni dah manis...intinya guna kelapa lemak masin..
Tapi aku memang xsuka yang ada kelapa dalam dia sebab ganggu nak makan..
Heee....
Kalau boleh kiij buah melaka pun aku xnak gaul kelapa..tapi kalau x gaul mak aku cakap melakat


Begitulah kisah Lepat Liat..
Bye

2 comments:

  1. Sedap kan lepat liat..Aunty pun suka.tengok lepat liat teringat dodol.
    Nasib baik minggu lepas Aunty pun buat lepat liat..Tunggu tau Aunty posting..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa...kiter geng...
      Kat tempat aunty pun ada jugak ke...
      Kiter tunggu posting ...
      Hahaha...kiterpun x perasan ada tulisan yang x save...pic bawah jd kosong..
      Lepas publish dah tak tengok..
      Hahaha
      Miah3...

      Delete