Wednesday, 2 January 2019

MENU LUNCH TAHUN BARU 2019

Menu lunch 1st day Tahun Baru 2019
Semalam nyer lunch la
1st day Tahun  Baru 2019 dapat lunch sama2
Semua ada masa lunch
Mak aku..
Aku...
Abang ada..
Kakak ada..
Cukup corum
Rasa macam iftar plak
Sekarang dah jarang dapat lunch sama2.
Kadang ada kaka ...abang kerja
Ada abang ..kakak lak kat kolej
Semalam semua dapat lunch sama2
Sedapnya makan ramai2


 Mak aku masak Kari Ayam + Kentang...
Lauk biasa tapi sedapnya luar biasa sebab makan ramai time tengah lapar..
Sebabnya semalam mak aku x masak sarapan..
Pagi teh O ngan biskut jer
Mak aku cakap biar semua lapar ...
Baru feel nak makan nasi
Hahahaha....
Pukul 11.30 dah lunch
Kira brunch la
Abang la paling suka kari ayam ni
Sebab hari ni mak aku masak Karo Ayam fav abang..
Kari Ayam fav abang ialah Kari Ayam guna rempah kari ikan..
Abang kata kuah dia lebih sedap dan x muak..
Masa makan walaupun mak aku x cakap guma kari ikan tapi bila makan ner abang terus cakap ni kari guna rempah ikan..
Haaa....lidah abang dah boleh cam

KARI AYAM..mak aku
1/2 ekor ayam- potong2
3 ubi kentang - belah2
4 cawan air
1/2 kotak santan
1 sudu garam
1 sudu rempah kari ayam
2 sudu rempah kari ikan
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
3 bawang merah
3 bawang putih
3 hiris halia
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyam dan tumis baham tumis
2. Masukkan keduaw rempah yang sudah diba cub dengan 1 cawan air.Masak hingga naik minyak
3. Masukkan ayam dan kentang dan gaul rata hingga ayam 1/4 masak
4. Tambah 4 cawan air dan masak hingga mendidih dan ayam serta kentang empuk
5. Tambah garam dan santan biar mendidh sekali lagi
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan beberapa.minit supayanluah naik.minyam dan cantik
7. Sesuaikan rasa




 Dolu2 masa abang & kakak sekolah menengah memang waktu makan semua makan sama2
Time aku 5 tahun kakak darjah 5..abang darjah 6..mmmm...kalau sebelum tu masa 4 tahun ..3 tahun semua tu aku dah x ingat
Yang aku ingat masa aku dah 5 tahun..
Itulun bukan eua aku ingat
Masa aku masuk darjah 1...
Kakak dan abang dah sekolah menengah..
Setiap hari sekolah semua akan sarapan dalam kereta..
Semua bawa bekal...
Pagi2 lagi mak aku dah siapkan bekal sorang 1..
Siap ngan sarapan dan 1 tumbler teh O untuk share bertiga ngan abang ngan kakak..
Bakik sekolah agama kadang kakak amik..
Kadang abang amik ..
Malam buat homework sama2..
Dinner sama2 depan TV
Berebut ayam goreng..
Berebut nak cuci tangam kat sink..
Bergaduh sebab ssmua ngelat nak cuci pinggan..
Hahaha..selalunya abang yang kena sound mgan mak aku sebab cuci pinggan x sabun..
Kakak selalunya x banyak cakap..
Dalam kereta selalunya abang duduk depan
Aku ngan kakak kat belakang..
Tapi abang ngan kakak akan turun dulu sebab  mak aku akan hantar abang ngan kakak dulu
Seronoknya masa tu....
2019 abang dah kerja
Kakak lagi 1 sem nak habis study
Aku lak tahun ni last sekolah..
Tajun depan in sha Allah jika ada rezeki aku plak akan sambung study..
Tahun 2020 tak tahu apa plak ceritanya...


 Lauk mak aku ngan kakak..
Kakak makan lauk ni jer


 Ulam Peria Katak rwbus dan Carrot rebus..
Acty mak aku cakap bukan rebus tapinkukus atas nasi jer..
Bawah masak nasi..
Atas letak kukus...kukus ulam nj


Paria katak lebihan masak lemak ngan kulit lembu sebelum tu
Mak aku cakap sebab peria ni saiz besar
Sebiji pun dah penuh piring ulam peria katam.rebus


 Cicahan ulam
Mak aku cakap ni namanya Cabai Picit
Biasa kalau makan ulam dicicah Sambal Belacan a.k.a  nenek panggil Cabai Tumbuk
Kata mak aku Cabai Picit mi hanya sesuai dicicah ulam yang direbus.
Kalau ulam segar macam ulam raja, pucuk kayu sesuai ngam cabai tumbuk..


 Bahan untuk Cabai Picit

7 batang cili padi hijau + merah
½ sudu tejhgaram.halus
1 sudu teh belacan
½ limau nipis
¼ cawan air masak

1. Campur garam,belacan,dan air.
2. Patah2kan cilinpadi sambil dipicit cilinya hingga keluar bijinya bercampur garam belacam dan air.
3.Perahkan limau dan seshaikan rasanya.
* hidang bersama ulaman rebus


Kata mak aku ni antara makanan nostalgia
Sebab dolu nenek selalu buatkan Cabai Picit kerana keliling rumah nenek.banyak ulaman yang boleh direbus untuk dimakan dengam Cabai Picit ni
Kata mak aku bezanya kalau nenek buat nenek guna belacam fresh yang tidak dibakar..

Kata mak aku paling sedap cicah ngam Ulam Kangkung rebus,bayam rebus,terusng rebus dan pucuk ubi rebus..
Mmm....Cabai Picit ni memang sedap la..
Nampak budus tapi siyes sedappp sangat..
Lepas makan bau melekat kat tangan walaupun dah dicuci..
Aummmmm...!

 Ikan Masin wajib ada..
Mak aku cakap kalau ada Cabai Picit tanpa ikan masin
Umpama lagu tanpa irama..
Hahahaha...jauh nau bandingan..!



Alhamdulillah.....
Rezeki 1st day 2019..

No comments:

Post a Comment