Monday, 21 January 2019

PETUA SIMPAN UBI KAYU


Minggu lepas mak Wana ada bagi Ubi Kayu
Besarrr
Sebesar betis orang dewasa..
Haaa....tu bandingan dari mak aku
Kalau aku nyer bandingan xdelah nak banding ngan betis
Kalau aku....mmmm ...aku cakap sebesar bom motar..
Hahahaa.....boleh camtu..?


Sebab besar dan mak aku cakap belum ada kesempatan nak masak....makbaku cakap kena buat sesuatu.
Ini kerana ubi akan masul angin dan akan rosak..
Mak aku cakap ubi kayu kalau simpan lama akan lembik dan busuk
So..mak aku cakap sebab x sempat nak masak..
Kena simpan dulu tunggu waktu free baru mask jadikan kuih
Tapi bukan simpan seketul2 macam tu laa .
Kena potobg dan kupas kulit ubi tu


Pastu potong kecil2 supaya senang nak blend
Kalau nenek...mak aku cakap nenek parut guna mesin kelapa jer...lagi cantik sebab xde guna air..


Lepas blend...
Tuang dalam tapis..
Tadah bawahnya sebab air tu nanti guna untuk blend baki ubi yang masih ada .

Ubi yang siap ditapis dan diperah...

Tapi air tapisan jangan dibuang
Biarkan dalam 15 minit...
Nanti bahagian bawahnya akan ada mendapan putih dan atasnya air jernih kekuningan..

Airnya bahagian atas akan dibuang perlahan2 supaya mendapan putih baaanya tidak terbuang


Ni mendapan putih bawah air tadi..
Mak aku cakao ni namnya kanji ubi atau nenek panggi pati ubi..
Ambil pati ubi dan campurkan dalam ubi yabg ditapis tadi


Gaul ubi tapis dan pati kanji ubi hingga rata..
Kanji tu kena ambil..jangan dibuang kerana nanti kanji tu yang akan menjadikan kuih kenyal dan sedap..
Kalau kanjinya dibuang nanti kuih terasa kasar Tetapi kalau airnya langsung tidak diperah...nanti kuih akan terasa sedikit pahit.
Mak aku cakap bukan la pahit macam peria..
Tapi sedikit pahit laah..
Boleh sahaja kalau xnak perah airnya..
Boleh terus masak kuih tanpa perah aornya..
Tapi memang akan terasa sedikit pahit berbanding ubi yang telah diambil mendapan dan dibuang air kuningnya yang pahit kuih akan lebih sedap


Ubi parut/ blend yang sudah dicampur patinya dimasukkan dalam bekas / plastik dan ikat kemas..
Simpan dalam peti sejuk beku @ dalam freezer supaya beku dan tahan lama.
Bila hendak gunakan untuk buat kuih kukus...tamalm ubi...lepat ubi..bingka ubi...
Keluarkan 1 jam lebih awal dan biar defross.
Boleh campur gula..santan..garam  untuk dijadikan kuih kegemaran.


Yang ni mak aku cakap dah campur gula...gula perang,santan dan garam..
Mak aku tengah kukus nak jadikan boko ubi kayu...sejenis kuih Kelantan..
Tapi hasil yang dah siap dah terdelete dengan tidak sengaja
Haaa....xper ...ada baki ubi parut beku 1 pack lagi...
Yang baki tu mak aku cakap nak masak bingka ubi kayu..
So....hari ni belajar dulu cara simpan ubi
Nanti belajar  buat bingka plak..
Ok....bye

2 comments:

  1. Kalau tak sempat blend .. kipas potong kecik Dan masuk freezer. Simpan Dalam plastic. Ok Aja..
    Kat sini Jual beku.dah kipas Dan kecik kecik ubi gajah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa...kat sana pun ada tapioca jugak ker..
      Kalau yg frozen camtu leh rebus x..?

      Delete