Saturday, 12 January 2019

PASTA GORENG SAYUR-BEKAL 11 JANUARY 2019?

Pasta Goreng Sayur
Bersama  Kopi Susu Panas
Sepinggan untuk aku
Sepinggan mak aku
Lagi sikit dalam kuali untuk abang balik nanti
Simple
Tapi cukup sedap pada aku
Mungkinkah sebab tengah lapar  kerana hujan

 Ni bekal  hari ni ker..?
Haaa....jawapannya x...!
Sebab hari ni mak aku x sempat masak bekal..
Mak aku cakap sebab malam tadi x boleh tidur.
Dah pagi baru boleh tidur..
Bangun lambat..
Mak aku cakap azan subuh baru sedar..
Patutlah tengah azan baru mak aku kejut aku..
Sekarang subuh memang lewat..pukul 6.01
Selalu mak aku bangun pukul 5 & 5.45 mak aku dh kejutkan aku
Mak aku cakap x sempat masak bekal
Nanti beli kat Lori Paksu jerlah..



PASTA GORENG SAYUR
1/2 paket pasta
1/2 kiub ayan
1/2 bawang holland
2 bawang putih
1 cawan broccoli
1 cawan couliflower
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
1 sudu makan lada hitam- tumbuk

1. Masak air + garam hingga mendidih
2. Celur broccoli & couliflower 2 minit dan rendam dalam air sejuk/ ais
3. Rebus pasta dlm air yang sama hingga lembut.Tapiskan.
4. Panaskan minyak dan tumis bawang hollan dan bawang putih cincang
5. Masukkan pasta dan tabur kuih ayam
6. Kacau rata dan tabur lada hitam tumbuk
7. Campur sayur yang telah dicelur dan sesuaikan rasa.



Mula pandang aku ingt mac cheese..
Yang putih2 si bunga kobis telah mengaburi mataku.
Haaa. .sib baik sedap giler
Nampak budud tapi siyes sedap
Pedas2...rangup sayur..lemak2
Minum lak kopi susu
Biarlah orang italy nak marahpun kannnn
Haaaaa.....ok bye

2 comments: