Mee Suah Sup..
Untuk dinner..
Abang belum balik
Kakak lak kuar makan kat luar ngan kak Ziha
Aku ngan mak aku nyer dinner
Makan Mee Suah Sup
Actually aku masih ingat dolu mak aku pernah masak Mee Suah ni untuk dinner juga..
Tapi phobia nak makan sampai sekian lama
Sampai sekarang baru boleh move on
Haaa....sebabnya mee tu dah jadi bubur
Puncanya sebab mak aku kata lepas masuk mee...
Bayangkan la mee ni dah la jenis kena masak sekejapan jer...
Tapi dah dimasak selama waktu mandi.!!
Mak aku gi mandi..lupa nak tutup api.
Lepas mandi kuar tengok mee suah sup dah jadi bubur mee..
Sebab sayang nak buang..
Mak aku isikan dalam mangkuk sorang semangkuk makan juga
Baru beberapa suap....rasa nk mun...
Sebab mee tu dah kembang jadi bubur..
Sejak tu memang phobia tengok mee suah.
Hahahaa...
Tapi ni dah x phobia dah...
Hahaha...
Mee Suah ni mak aku cakap memang kena masak sekejao sahaja..
Sangat sekejap...hanya 1/2 minit..!
Haaa...masak maggi segera pun 2 minit..
Tapi Mee Suah hanya 1/2 minit
Kalau masak lama jadilah bubur mee
Hahaha...goli weh nak makan kalau masak lama..!
Mee Suah Sup
1 pack mee suah 2 ketul
sikit daging / ayam
1/2 carrot
1 pokok sawi
1 sudu minyak
2 baaang putih
Sikit garam
Sikit lada sulah
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih
2.Masukkan daging / ayam dan masak hingga berubah warna
3. Masukkan 3 caaan air dan rebus hingga daging lembut.( jika ayam hanya masak sekejap..jika daging masak lebih lama)
4. Bila daging / aymam lembut masukkan carrot,garam dan lada sulah.
5. Biar menggelegak dan masukaan sawi dan mee suah.
6. Masak hanya 1/2 minit..Bjla mee sudah lerai..matikan api dan hidang panas2.
Sedapnya .. Anak2 mmg suka mee suah ni,mak angkat yg ajar.tp lain sikit la cara dia masak,tumbuk bwg putih dan udang kering, tumiskan masukkan sos tiram lps tu blh la nk tambah air,udang, ayam @ sayur.. Mmg cpt kembang.siap masak kena terus mkn.
ReplyDeleteKan..kitwr pun suka yang ni sebab x lembik dah..hahaha
DeleteMacam sedap jer letak udang kering..nanti leh minta mak koter try...TQ sis FJ