Setelah 2 minggu makan ala kadar bercampur tidak tentu arah masa. Dari pagi membawa ke petang makan minum pun tidak terurus. Sudah seperti orang tak betul layaknya.. Apapun segala perkara mandatang adalah ujian & hikmah. Cara mana kita menangani menggambarkan tahap iman. Saya malu kepada Allah kerana saya bukan hambanya yang baik. Saya terlalu banyak meminta mengatasi keimanan kepadaNya.Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya & masih sudi memandang saya yang hina ini.
Hari ini menenangkan diri untuk ke majlis terima bantuan PKPB pagi tadi. Takkan nak pergi dengan diri serabai barai. Tenangkan diri sambil terapi di dapur.Cella tanya saya masak soto lagi ker...Katanya sampai 1 rumah bau soto. Hihihi ini bukan soto. Ini bau ungkep ubi kayu la.
UNGKEP UBI KAYU
1 ketul besar ubi kayu
1/2 bawang besar-blend
3 bawang putih - blend
1 genggam ikan bilis bersih-blend
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
1. Kupas, potong & bersihkan ubi kayu
2. Panaskan minyak dalam rice cooker & terus masukkan bawang blend.
3.Bila bawang sudah nampak jernih, masukkan serbuk ketumbar & jintan serta serbuk kunyit.
4.Masukkan ubi & gaul rata. Tambah air hingga tenggelam ubi.
5.Rebus hingga mendidih baru masukkan garam,
6.Rebus hingga empuk & kering airnya serta ubi bersalut dengan bahan rempah.
Kalau rempah yang ditumbuk kasar lagi terasa sedap bila dikunyah tergigit ketumbar & jintan. Tapi saya sudah jadi pemalas sejak akhir-akhir ini. Saya menjadi pemalas untuk memasak & menguruskan diri. Hendak berbedak muka pun terasa malas.
Saya dah lama malas nak berbedak sejak kena pakai mask. Masak lagi malas cuma makan yg masih rajin, hihi
ReplyDelete🤣🤣🤣Sep sikit SK.. hihihi
DeleteLamanya tak makan ubi ungkep. Kena cari gang ni kalau ingin menikmatinya!
ReplyDeleteKena dengan selwra mak mak kan cikgu.. Hihihi
DeleteSedapnya ubi ungkep ni lama dah tak mkn kalu buat kita gak yg kena perabih.betul kata Amie kena cari geng setekak kalu nak buat sbb sikit pn for sekuali
ReplyDeleteHihihi... Ada betulnya.. Saya dengan cella layan.. Abanghya jamah la seketul dua. Kakaknya lansung xnak..
Delete