Saturday, 19 December 2020

SARAPAN ROTI CANAI FROZEN

 Entah kenapa sejak PKPB 2.0 ni saya memang jadi pemalas nak masak.Kepenatan yang tiada penghujung. Apakah petanda banyak mengejar dunia hingga mengabaikan ukhrawi, maka Allah sibukkan dengan urusan duniawi? Banyak makan ikut dan sahaja. Ikut dan tu bahasa kampung saya. Maksudnya ikut suka. Kadang-kadang maksudnya samba lewa. Tengok pada topik. Kalau makan ikut dan tu maksudnya makan sembarangan la. Kalau buat kerja ikut dan maksudnya kerja samba lewa. Timbunan kerja yang tak nampak oleh orang lain saya kena hadap sorang-sorang.Hal ini banyak membuatkan saya penat sendiri. Ada sesetengahnya bukan kerja saya seorang pun,, . Tapi  terletak atas batu jemala patik. Sepatutnya dibuat bersama. Tapi banyaknya salah itu  dari diri saya sendiri. Tidak pandai menyuruh, tidak pandai membahagi tugas & tidak pandai time management.Salah diri sendiri kan.. Maka sendirilah menanggung akibat. Hadaplah sengsorang dari pagi sampai petang. Esok sambung lagi. Lusa sambung lagi. Tulat sambung lagi. Bergilir-gilir. Begitulah hingga abang Jamil mamp*s.. Hihihi.. tetiba pula teringat dialog Rohani membahagi giliran abang Jamil yang beristeri 3.. Hihihi.Apapun dalam banyak keadaan, sebenarnya saya seronok dengan kerja saya.Jika dibahagikan dari 100 tu hanya 5% sahaja masalahnya. Lagi 95% tu banyak yang Allah dah mudahkan urusan. Astaghfirullah.... Semoga Allah ampunkan dosa! 


Pagi ni pun sarapan frozen food sahaja. Roti canai frozen vs kuah kari semalam


Kali ni beli brand kart's kat Mydin 2 hari lepas. Ada kuah dal frozen sekali dalam tu. Tapi saya tak guna kuah dal tu. Saya makan dengan kari sardin. 

Selau beli brand Kawan.Kali ni beli brand Kart's. Dua-dua ada kelebihannya. Brand Kart's ni kelebihannya ada kuah dal siap-siap dalamnya. Rotinya kalau dibiar suhu bilik sebelum goreng pun boleh. Nak terus masak beku-beku tu pun boleh. Sesuai dibawa kalau travel sebab dia tak lembik walaupun room temperature. Tapi kelemahannya roti canainya agak keras pada selera saya @ mungkin juga saya yang tak pandai masak. Saya rasa roti canai ni dibakar  1/2 masak sebelum frozen. 
Kalau brand Kawan roti canainya lebih nipis & wajib masak masa beku keras. Kalau biar room temperature memang lembik susah nak goreng.Memang tak sesuai nak bawa travel sebab mudah benyek. Kelebihannya roti canainya lebih lembut & pada tekak saya lebih sedap. Tapi tu lah agak leceh nak handle. 

Roti Canai Kart's siap masak. Ni versi garing. Saya letak 1 sudu teh marjerin masa goreng. 


Ni versi goreng tanpa minyak


Nak kena jodoh yang sepadan kena ada teh tarik. Tapi tiada serbuk teh. Guna teh uncang sahaja.Kena double triple la nak dapatkan warna pekat. 1 mug ni saya guna 4 uncang & 2 sudu melimpah susu pekat. Hihihi tambah naik lah kilo. Kalau guna uncang bulat untuk teko
tu mungkin 1 uncang dah ok kot. Minum teh tarik ni teringat teh tarik Rose. Kalau ada pot luck selalu request Rose buat teh tarik. Teh tarik Rose memang cukup sedapnya. Selalu Rose akan bawa 1 cerek saiz sedang tu. Saya agak cerek tu size 5 liter kot. Kata Rose dia guna 21 uncang teh bulat (untuk teko) & 3 tin susu pekat. Memang cukup pekat cukup rasa. Rose kata dia terus rebus uncang teh tu atas dapur gas  dalam cerek tu terus. Dah mendidih dia tambah susu d buangkan uncang. Tapi memang sedap betul teh tarik Rose. 


Saya buat versi roti canai banjir. Padahal saya bukan suka kuah banjir... Kadang-kadang benda yang kita tak suka pun kita kena hadap juga kan  walaupun tiada siapa yang paksa.. Hihihihi

Cella nak feel makan kat mamak. Kena la letak dalam pinggan ayan ni. Pinggan ni mak saya panggil pinggan tapak gajah.. Gajah makan dalam pinggan ker? Hihihihi

4 comments:

  1. Rumah sy jarang ada roti canai frozen sbb Pak Inche tak minat, nak makan roti canai terus makan kat kedai. Tapi the tarik mmg sy selalu buat la, satu teko letak lima uncang teh, air mesti mendidih. Biar 10 minute baru letak susu pekat, eh.. dah rasa macam nak pi bancuh teh plak kat dapur, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Saya tidak bertanggungjawab di atas pembuatan teh tarik SK itu.. Tapi dah tahu SK bancuh air mwsti lagi kaw & sedap punya tu... Hihihi

      Delete
  2. Akak pun jarang beli roti canai frozen sebab kedai jual roti canai selang sebuah rumah je.Kadang beli lebih2 frozen kan sendiri jika tak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan roti canai fresh lagi sedap & feel la akak. Saya ni sebab tinggalnya atas kayangan. Kalau pepagi bercintanya nak turun ke bumi mencemar duli mencari rezeki.. Hihihi

      Delete