Wednesday, 23 December 2020

KARI MEATBALL +KELEDEK MADU

 Dua hari bertutut berlaukkan meatball. Sudah lama tidak membeli ayam & daging.

Semalam punya semalam, sehari selepas masak Sambal meatball. Masak pula kari metball

Saya campurkan dengan keledek madu. Masya Allah sedapnya pada selera saya.Kuahnya pekat  masin & ada sedikit manis dari keledek. Isi keledek madu yang halis  juga sungguh sedap. Terasa seperti makan kari daging dulu-dulu yang dimakan dikenduri kampung saya walaupun saya hanya guna meatball & bukan daging lembu pure. Dulu-dulu kat kampung saya kalau kenduri apapun, daging akan dimasak kari + keledek @ nangka muda. Tak adanya campur kentang. Mungkin sebab masa tu keledek senang dapat berbanding kentang yang kena beli kat pekan. Yang saya ingat kalau keledekw untuk kari daging yang dimasak berkawah-kawah tu,keledek akan dipotong besar-besar saiz sebji kentang & akan direndam dalam air kapur dulu sebelum dicuci d dimasak. Tujuannya untuk elakkan keledek hancur sebab dimasak lama dalam kawah bersama daging. Untuk hari ini, saya tidak merendam dalam air kapur pun kerana saya potong keledek tu besar & bukan masak sekawah. Hihihi

Pagi-pagi  Isnin tu, saya sudah masak  kari meatball ni. Tidak banyak songeh sebab meatball tidak perlu rebus pun. Biar reheat sekejap sahaja sudah boleh dimasak.Petang balik, tidaklah lagi kelam kabut nak masak. Kari pula sudah pekat & sebati sebab dimasak ssjak pagi. 

KARI MEATBAL + KELEDEK MADU
1/2 paket meatball Ramly (+-30biji)
2 biji keledek madu - potong besar
1 paket kecil rempah kari ikan
1 paket kecil.rempah kari daging
1/2 kotak kecil santan
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
3 bawang merah
2 bawang putih
5 hiris halia
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih, daun kari & halia
2. Masukkan kedua-dua serbuk kari yang dibancuh dengan 1 cawan air. 
3. Bila sudah naik minyak, masukkan meatbal & keledek serta 3 cawan air(ikut kepekatan kuah yang disukai) 
4. Biar mendidih & metball serta keledek emluk. 
5. Tambah garam & santan & masak hingga mendidih lagi
6.Perlahankan api & biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak cantik
7.Sesuaikan rasa. 
**Semua jenis kari elok dimasak beberapa jam awal sebelum makan supaya rasa lebih sedap

Saya juga masak sayur kobis + carrot letak kunyit ni. Memang kena digandingkan dengan kari

Hari Isnin saya kepenatan ber5S ditempat kerja. Balik sudah terbayang kari meatball + keledek yang dimasak pagi mesti sudah pekat dan  berminyak sebab  sudah dimasak awal
Nasi putih, kari maetball dengan keledek madu, sayur kobis & ikan. Tahu makanan laut jangan campur dengan makanan berdaging tapi buat juga sebab saya tak puas makan kalau tiada lauk yang masin. Masak lah apapun, ikan goreng @ ayam goreng @ paling tidak pun ikan masin kena ada baru puas makan. Bismillah..... 
Mmmmm sedapnya... 



Cella juga belum makan rupanya sebab beronline class sampai petang. Nampak saya makan, dia pun ambil pinggan nak makan sama-sama. Dia letak kicap kuah pekat kari ni. Ala-ala nak feel kuah nasi kandaq.. Hihihi... 
Brrrrr.... Alhamdulillah... 

4 comments:

  1. Betul kak..kari kalau masak lebih awal, rasa dia lebih sedap n lebih pekat. Saya kalau amik order roti jala, kuah mesti buat malam sblm tido. Esok pagi panaskan je. Lebih sedap n pekat 😊

    ReplyDelete
  2. Wah, Jaja amik tempahan roti jala.
    Hebat tu, bukan kaleng-kaleng orang nak menjala banyak-banyak. Semoga Jaja dilimpahkan rezeki yang halal lagi barokah.. Aminn

    ReplyDelete
  3. Adoih, kalau ada lebih kari, boleh buat sarapan lempeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan SK..
      Taoi sekarang tahap kemalasan saya sudah meningkat.. Hihihi

      Delete