Sunday, 27 December 2020

LEPAT PISANG TEPUNG BERAS

 Kudapan petang semalam.. 

Lepat Pisang Tepung Beras. 


Setanda  Pisang yang Ita bagi hari tu masih berbaki. Saya asingkan biji & lenyek serta frozenkan.Ada 3 bungkus yang difrozen. Sebungkus saya masak lepat pisang ni



Daun pisang ni pun pemberian Ita juga. Daun dari pokok pisang yang ditebang ambil buah tu. Tapi daunnya agak keras lah sebab dari pokok pisang tua. Sekeras-keras daunnya pun, jauh lebih baik dari daun pisang beli. Daun pisang beli kebanyakannya daun pokok pisang hutan yang tumbuh liar dalam hutan tu. Kalau untuk bungkus nasi lemak cantik la. Tapi kalau untuk kuih kukus, daunnya akan hitam bila sudah dimasak. 

Lepat Pisang Tepung Beras. Saya suka guna tepung beras untuk lepat pisang kerana kuih lebih lembut dan harum. Boleh guna tepung gandum tapi kalau terlebih tepung, kuih akan liat & keras. Kalau guna tepung beras, kuih lebih lembut & kalau terelajak tepung pun kuih hanya sedikit keras tetapi tidak liat kerana tepung beras tiada glutin. 


LEPAT PISANG TEPUNG BERAS
2 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung beras
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula
1/2 sudus teh garam
10-15 keping daun pisang(layur)

1. Gaul pisang lenyek dengan tepung, gula, garam, kelapa & kacau sebati
2.Bentangkan daun pisang & sudukan 1-2 sudu adunan pisang keatas daun pisang
3. Bungkus kemas & kukus 15-20 minit hingga kuih masak. 
4. Hidangkan panas atau sejuk bersama minuman panas

4 comments:

  1. Replies
    1. Makanan evergreen kita genarasi mak-mak, bapagbapa & atuk nenek.. Hihihi

      Delete
  2. sedapnya lepat pisang.. semlm tgk kwn buat lepat jagung di fb nya... mst sedap jugak x penah rasa lepat jagung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka juga buat lepat pisang sebab anak-anak makan. Dulu2 mak saya tak buat lepat pisang sebab mak tak suka. Lepat jagung pun sedap Mim.. Lemak manis ala-ala puding jagung tapi versi lepat la. Kalau bungkus dengan kulit jagung lagi feel.. Harum jagung terserlah.

      Delete