Tuesday, 8 December 2020

SEMALAM YANG SERBA TIDAK KENA

 

Seawal pagi semalam sepatutnya saya panjangkan perkongsian Al-Ustaz Kamarul Hafidz berupa sepotong ayat ini . Tapi mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja sebelum pukul 8.30 pagi menjadikan hari saya kucar kacir dilanda  beberapa peristiwa.


Sumber Google :gambar sekadar hiasan 

Sudah bergerak separuh jalan, Adah call Cella bagitahu saya tertinggal handphone di tempat charging. Hati berbelah bagi untuk balik kerana Cella ada class takut lambat. Tapi kalau dh yang tertinggal itu adalah "nyawa" haruslah kena berpatah balik. Waima sudah sampai sekalipun. Sampai sahaja saya menunggu dalam kereta, Cella yang turun untuk ambil handphone. 5 minit menunggu tetiba ada warning signal berbunyi nyaring. Tut....tut....tutttttt.Biasanya kalau ada bunyi warning pada kereta mesti ada something wrong somewhere. Kerana panic, saya matikan enjin. Mencari-cari apa amarannya. Memang tak jumpa la kalau cari dengan mata kasar. Bila enjin dihidupkan menyala lah semua lampu pada dashbord. Terpampanglah temperature full bar berkelip-kelip. Sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini.Memang panic habis. Cuma rasa terlalu sangat bersyukur kepada Allah kerana hal ini terjadi dipetak parking di kawasan rumah & bukan ditengah jalan. 
Call anak bujang minta tengokkan kereta nanti. Saya dan Cella sudah bergerak dulu. Pesan saya agar gunakan kunci sapare, tapi dicall katanya kunci spare di rumah remotenya sudah kehabisan bateri. Kalau dibuka manual nanti alarm akan menjerit. Katanya nanti dia ke tempat kerja saya untuk ambil main kunci kereta. 


Bukan lagi masa untuk berfikir tetapi memerlukan 1 keputusan terbaik kerana kesuntukan masa mengejar online class Cella. Cella order Grab Car. Saya memang buta bab online. Tidak pernah seumur hidup saya order grab car.Ketika saya terhegeh-hegeh membetulkan parking kereta, memeriksa sekeliling kereta, Cella cakap dia terpaksa cancel kan order tadi kerana saya lambat. Grab tidak boleh lama di gate. Mana saya tahu mesti cepat-cepat. Huhuhu. 2nd order dapat Grab Car Proton Iriz. Cantik & kemas dalam kereta tu. Harum, nyaman & muzik yang dipasang pun tenang sahaja hingga sampai ke tempat di tuju. Dipendekkan cerita memang ada lah barang yang tertinggal dalam kereta di rumah.Baru terasa betapa berharganya & nikmatnya ada kereta kerana ke mana sahaja bergerak ibarat membawa rumah ke-2.Semua tersedia dalam kereta. Kelam kabut mencari altenatif untuk back up. Plan nak siapkan laporan & dapatkan tandatangan big bos. Tapi big bos pula tidak datang kerana self quarantine sebab ada contact rapat dengan +ve covid. 

Plan asal pagi masa drive konon nk singgah Petronas nak beli nasi lemak bungkus, susu & roti. Tapi dah berpatah balik, tak sempat nak beli. Dah naik grab car memang tak menyinggah la.Nasib baik kat little pantry ni ada stok maggi, biskut, sekotak susu dan  kerepek pisang. Alhamdulillah, masih ada rezeki.  Dari parking berbelas kereta hingga parking kosong menandakan semua sudah pulang. Tinggal kami berdua beranak menyiapkan kerja masing-masing. Saban tahun, bulan 11 & 12 adalah bulan yang paling sibuk bagi saya. Dari anak-anak masih sekolah hinggalah sekarang, bulan 12 adalah bulan saya berkampung hingga dari pagi hingga lewat petang. Kalau dulu,ketika anak masih kecil & masih sekolah, saya akan hangkut ketiga-tiga anak bersama sebeban bekalan makanan & segala permainan mereka & kami akan berkampung di bilik kerja saya. Puan Jamilah banyak menyaksikan keberadaan saya. Rindu Pn Jamilah yang banyak memahami dan menghargai saya  sebagai pekerja dibawahnya. Antara kami ada wujud rasa saling percaya. Ketika saya jatuh terduduk, beliau meniup nafas semangat. Ketika saya difitnah hebat oleh rakan sejawat angkara mediasocial facebook(yang saya sendiri pun tidak pandai berfacebook ketika itu) , setiap pagi Puan Jamilah akan memegang & menepuk bahu saya & meyakinkan saya dia sentiasa ada dibelakang mempercayai saya.Kerana sebuah  kepercayaan itulah membuatkan saya seronok dan segan untuk berkira dalam bekerja walaupun cuti ketika  umum. Semoga Pn Jamilah dalam rahmat Allah Sering juga hingga maghrib, kami 4 beranak masih belum balik. Kadang jika hujan waktu senja, ex security, Pak Malik akan meronda & nasihatkan kami supaya segera balik kerana tidak elok untuk  anak-anak bersenja di situ. Kadang Pak Sarip akan meronda waktu petang bertanyakan jika kami perlukan apa-apa bantuan. Ketika itu sangat selesa bekerja & langsung tidak risaukan keselamatan. Kini semua  mereka sudah bersara. Sejak khidmat  jaga kerajaan sudah berakhir & digantikan jaga swasta yang sering bertukar ganti, memang trust issue menghantui saya. 


Petang semalam hujan lebat. Guntur & kilat bersilih ganti. Hati sangat walang seiring dengan cuaca. Nak balik dengan grab car takut sebab hujan lebat. Nak tunggu lagi takut. Semua penuh dengan ketakutan. Cella sudah terlelap di sofa maroon. Kepenatan yang amat. Bila hujan sedikit reda, kemaskan semua, tutup lampu, kunci pintu & sambil Cella order Grab Car. Dapat Chinese, saya tak setuju, Cella terpaksa cancel lagi. Saya nak yang Melayu. Dapat & kata Cella tak boleh banyak kali cancel. Berlari dalam hujan renyai menuju grab car di gate A. Nasib baik dia tidak berhenti di gate B kat bawah sanun. 

Aduh...!!!! 
Drivernya kurus berambut panjang bersulam uban 
Saya agak umurnya lewat 40-an.Bila saya langkah masuk pandangan sangat saya tidak selesa. Cella menjeling saya & menberi isyarat🤫🤫Sepanjang jalan hati sangat tidak tenteram. Sesekali driver tu memandang dalam cermin pandang belakng & saya sengaja buat-buat tidak nampak. Hati sangat takut bila sesekali dia menggeleng-geleng kepala seperti orang terkena sawan. Kejap-kejap dia memusing-musingkan tangan  (isyarat yang membawa maksud "tiada") tapi saya tidak tahu mengapa dia melakukan begitu. Lagu yang dipasang pula kuat & gaya kepalanya terjenguk-jeguk terhangguk. Beberapa kali dia berdecip & mengomel sendiri kerana jalan jem. Aduh, saya tacutttttt..!!! Perjalanan 1/2 jam terasa 10 jam. Sampai security guard perumahan saya, panjang ucapan Alhamdulillah dari mulut saya.. Kata Cella dia pun takut juga dengan gaya driver tu tapi katanya bila melihat saya yang obvious sangat ketakutan tu, jadi dia terpaksa tunjuk rilex. Lagipun kata cella dia sedikit berani kerana review passangers nampak 5 star. Mana tahu pula masa kami naik driver nya begitu. Dia tak kacau atau ancam kita tapi perlakuannnya mencurigakan & sangat tidak selesa. Pesannya kepada saya lain kali kalau takut sekalipun jangan lah obvious sangat sampai orang boleh detect. Huhuhu.. Tapi saya memang takut dengan perlakuan driver tu. 


Masuk sahaja rumah, lutut sudah menggigil kelaparan. Tanak nasi, masak sardin & telur.. Brrrrr Alhamdulillah. Kereta pula, si bujang cakap dia sudah hantar workshop sebelum gi kerja. Katanya kipas problem tak berpusing. Nasib baik juga berlaku di rumah & hanya kipas yang rosaknya. Kalau berlaku ditengah jalan & teruskan juga perjalanan jauh mahu melarat 1 frame kosnya 1k juga katanya. Apapun Alhamdulillah, semoga kereta yang menjadi nadi penggerak kami akan sihat semula & semua urusan dipermudahkan... 












13 comments:

  1. Alhamdulillah wpun didatangi masalah Allah masih tunjukkan jalan tuk kita ikhtiar dan penghujung hari semua selesai. Pernah jadi keta berasap tgh jem nasib baik smpt ketepi Jalan matikan enjin.sementara tunggu bantuan dtg hamba Allah mintak duit ckt nak gi klinik.smpi office anak buah gelak dlm kesusah pn kena paw gak. Apo nak dikato rezeki Allah utk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Allah uji
      Allah jua memberi.. Kan..

      Delete
  2. saya baca pun kelam kabut jugak kak... alhamdulillah semalam dh berlalu walaupun macam² perkara berlaku... semoga hari mendatang lebih baik dpd semalam

    ReplyDelete
  3. Ada hikmahnya tertinggal handphone, kan.

    Duluuuuuuuuuuuuu.. sy naik teksi dgn mak sy, pemandu teksi tu apek tua, dia tak bawa ikut laluan yg biasa kami lalu, mak pun tanya, apek bawa kami pergi mana? Terus dia marah dan cakap, "lu ingat gua nak bawa pergi hutan ke?" kurang ajar betul apek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...dia tak tahu dalam hati kata dah berhutan serabut kan... Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang tak diingini

      Delete
  4. Pengalamn saya naik grab...dapt drive ikan keli👤...dia dok sembang bab politic sambil tangn dok ketuk2 stereng....amboiiii.makin lama makin tinggi voice dia...
    Ouhhh seram rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Tu kalau macam tu punya gaya, jangan la dok cuba bangkang @ kondem parti dia.. Mau dia tinggai tengah jalan.. Hihihi

      Delete
  5. Saya pun ikut kelam kabut membaca, terasa berada bersama dalam setiap kejadian yang dilalui...heheee. Itulah perlunya kita bertenang, saya sendiri pun selalu panik kalau apa-apa yang tak diduga berlaku. Syukurlah hari yang serba tidak kena itu sudah dilalui dengan selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya mak-mak ni memang mudah panic kan.. Anak lambat balik pun risau dia tahap gaban.. Kadang saya rasa separuh dari hidup ni penuh panic & kwrisauan yang tidak sepatutnya pun.. Hihihi

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan mendatang.

    ReplyDelete